© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, December 31, 2009

mungkin ini terbaik

Saiful: Faiza tak percayakan Saifulkah?
Faiza: Bukan.
Saiful: Habis tu? Kenapa? Faiza tak sayangkan Saiful?

(Faiza serba salah)

Faiza: Faiza tak ada jawapan untuk itu.

(Faiza diam seketika..kemudian menyambung)

Faiza: Ibu bapa, keluarga Faiza tidak dapat menerima Saiful.

(Faiza melepaskan keluhan)

Saiful: Biarlah Saiful berjumpa dengan ibu bapa Faiza. Saiful mahu hidup bersama Faiza.

(Faiza menjawab tanpa perasaan)

Faiza: Entahlah.. .
Saiful: Saiful mahukan perhubungan yang sah dengan Faiza.
Faiza: Faiza tak tahu apa nak cakap.
Saiful: Saiful akan memujuk ibu bapa Faiza sehingga terima Saiful.

(Faiza menarik nafas, dalam)

Faiza: Faiza rasa tak perlu. Dan kita, setakat ini sahajalah…

(Saiful tidak berpuas hati)

Saiful: Tidak! Tak boleh macam tu.
Faiza: Kenapa?
Saiful: Saiful akan berusaha seperti yang dijanjikan. Usaha sehingga ibu bapa Faiza terima.
Faiza: Rasanya dah cukup. Faiza dapat rasakan mereka mungkin akan menerima Saiful nanti jika Saiful terus memujuk, merayu. Tapi Faiza tak mahu ianya berlaku.
Saiful: Faiza…

(Faiza pantas menyambung)

Faiza: Faiza takut mereka akan menerima Saiful nanti bukan secara redha, tetapi kerana kasihkan Faiza, kasihan, menurut kehendak Faiza. Faiza tak mahu itu. Biarlah mereka terima sejak mula, itulah yang terbaik.
Saiful: Tapi Saiful…

(Faiza memotong)

Faiza: Maaf. Faiza tahu Saiful ikhlas. Tapi kita.. banyak bezanya, halangannya.. Dan Faiza tak mahu ibu bapa Faiza susah hati kerana Faiza. Cukuplah Saiful.

(Faiza bangun dari kerusi)

Faiza: Faiza pergi dahulu

(Faiza mula melangkah, Saiful diam seketika. Kemudian bersuara, memanggil Faiza)

Saiful: Faiza! Bolehkah kita berjumpa lagi selepas ini?

(Faiza menggeleng)

Faiza: Jangan lagi. Tak perlu. Maafkan Faiza. Assalamualaikum.

(Faiza terus berlalu…)
(Lambat, Saiful menjawab salam. Perlahan)

Saiful: Waalaikumussalam

(02-12-2009)

2 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

sedey nyer citer ni.. huhuhu.. ni citer psl sape ni..? huhuhu..

Puteri said...

cite psl seorg kwn...
dgn teman luar negaranya...