Tiba-tiba, saya teringat tentang Pu Tam. Sebenarnya bukan tiba-tiba, malah sering mengingati dan merindui Pu Tam. Dialah adik saya, dialah kawan saya, dialah alat permainan saya.
Saya mengenali Pu Tam lebih kurang pada usia 7 tahun. Pada masa itu Pu Tam berlegar-legar dihalaman rumah nenek saya. Oh ya, dahulunya saya tinggal bersama nenek di kampung. Pu Tam menangis dan merayu-rayu di luar rumah. Mungkin kelaparan..
Jadi saya yang kasihan melihat dan mendengarkannya, saya memanggil dia ke belakang rumah. Saya membancuh susu pekat manis
Saya tempatkan Pu Tam di ruang kosong yang ada di antara rumah dan tandas. Orang dulu-dulu kan tandasnya di luar rumah. Sebenarnya, saya takut nenek marah saya beri Pu Tam
Pu Tam. Kenapa saya letak namanya Pu Tam? Nama itu mewakili warna bulu yang ada pada badannya, pu-tih dan hi-tam. Maka jadilah Pu Tam =)
(gambar sekadar hiasan: sumber)
Saya tak ingat macam mana Pu Tam boleh tinggal bersama saya, atau bila nenek membenarkan saya memelihara Pu Tam. Apa yang saya tahu, saya selalu bermain dengan Pu Tam. Mungkin nenek kasihan melihat cucunya yang 'tiada kawan' ini.. he.he..
Pu Tam sangat comel, cantik, manja.. Kaki Pu Tam seolah-olah memakai stoken..
Pu Tam suka datang dan duduk
Kalau tidur, saya suka tidur bersama Pu Tam. Dulu saya tidur dalam kelambu bersama nenek. Kami tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai. Tapi nenek akan marah kalau dia nampak Pu Tam menghampiri kelambu. Nenek tak tahu yang cucu dia setiap malam 'memanggil' Pu Tam untuk tidur bersama. :D
Saya akan sembunyikan Pu Tam dalam selimut. Bila nenek dah pejamkan mata, baru saya angkatkan selimut yang menutup Pu Tam. Pu Tam tidur di sebelah kanan saya.
Pernah suatu hari, saya pulang dari sekolah waktu zohor. Pu Tam tak ada di rumah. Iyalah, biasanya Pu Tam ada di rumah. Dia tidak ke mana-mana melainkan sekitar kawasan rumah. Saya panggil, Pu Tam tak menjawab, apa lagi datang kepada saya. Pu Tam tak pernah buat macam tu.
Saya menangis, dan tak nak makan sebab Pu Tam tak ada. Puas nenek memujuk dan siap nak suapkan nasi ke dalam mulut saya, tapi saya tak mahu juga. Saya nangis dan menangis..
Hinggalah hampir waktu asar, baru Pu Tam muncul. Dia datang kepada saya. Lekas saya memeluk dan memarahinya sebab pergi merata-rata
Bila saya berumur 10 tahun, ayah saya mengajak saya bersekolah di bandar, tinggal dengan keluarga saya. Saya tidak bersedih untuk meninggalkan sekolah dan kawan-kawan sekampung, tapi saya sedih untuk meninggalkan Pu Tam dan Merah, anak angkat Pu Tam.
(gambar sekadar hiasan: sumber)
Pada mulanya saya memanggil Merah sebagai Oren sebab bulunya warna oren. Tapi datuk saya memanggilnya Merah. Jadi terpaksalah saya
Lepas saya tinggal bersama keluarga saya, Pu Tam meninggal. Bila saya balik kampung, nenek beritahu. Saya menangis. Tapi di luar rumah. Tinggal Merah
Dah lama lepas tu pula, Merah pergi meninggalkan saya. Kata datuk, Merah dilanggar kereta. Siapakah yang begitu kejam??! Saya menyumpah seranah orang itu, walaupun tak tahu siapa gerangannya.
Di rumah ibu bapa saya, juga ada kucing. Tapi tak sama. Memang tak sama. Sebab di kampung, kucing-kucing tu milik saya. Di bandar, kucing-kucing tu milik abang dan kakak saya.
Saya sangat sayang Pu Tam. Paling saya sayang. Setiap kali bila saya rindu dia, saya akan menitiskan air mata.
Sehingga sekarang, bila saya ingat dia....
Pernah saya berdoa pada Tuhan, bila saya mati kelak, beri saya berjumpa dengan Pu Tam. Sebab saya sangat rindu dan sayang dia.
11 comments:
artikel yg menarik...
salam
Dikampung saya terdapat berbelas ekor kucing liar yang berkampung disekeliling rumah. Mungkin kerana ayah saya selalu memberikan lebihan makanan kepada mereka. Ada juga yang rupanya seperti pu tam. Paling menarik hati saya adalah beberapa ekor anak kucing bewarna kelabu bermata biru seperti kucing parsi. Geram juga nak bela tapi saya tau saya tak mampu bela. Bila dibandar, saya lihat kedai haiwan peliharan ada menjual kucing seperti dikampung dengan harga beratus2. eleh.. kat kampung diaorg buang2 je. Sehingga sekarang, setiap kali balik kampung mesti ada beberapa ekor anak kucing baru yang berbulu kelabu bermata biru
julianus -->>
trimas
=)
k. norasikin -->>
itula.. banyak je kucing2 yg comel2 kt kg2, kat pasar2, tp xbertuan. yg lebih kurg sma, tp diletak dlm sgkar utk djual, memakan harga yang..haih, rasa macam tidak berpatutan..
tringat seorg isteri mnteri mmbeli seekor kucing RM300++..
cute cats looks awesome
naveen
http://smsjar.blogspot.com/
aby -->>
comel kan?
:)
aby pelihara kucing?
waa.. bestnya.. ;-)
knk -->>
i love cat very well :)
kt kg ada kucing.sb tugas dia tangkap tukis buat hidagan kucing utk mkn thghari dia..hehee
k. suri -->>
kite suke 'tolong' kucing kite tgkap cicak :)
tikus le pulak asyik cicak jer..hhahaha heheeee huhu..
tikus??
g.e.l.i
hehe
Post a Comment