© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, July 15, 2010

setem 30 sen

Hai semua! Assalamualaikum.. Apa khabar semua hari ini? Semoga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu. Jangan masam-masamkan mimik muka anda, senyumlah selalu. Insya-Allah hati, jiwa dan minda akan semakin tenang. Keserabutan yang melanda, pasti beransur hilang... Mudah-mudahan.

Ops..panjang pula pendahuluannya ya? He.he.. Lama juga rupanya eden tidak meng-update blog ini. Seminggu.. Lama tuh... Ada sesiapa rindukan saya? ;-)



Sekarang saya sudahpun berpindah ke hostel yang baru. Dulu di Camellia Court, kini di Sutera Indah. Di Sutera Indah tiada khidmat wireless, sebab itu tak dapat online (daring ya masdin? :)) macam biasa. Sekarang ini saya di kampus, di makmal komputer. Barulah boleh online.

Ok. Berbalik kepada tajuk. Kenapa setem 30 sen? Baru-baru ini saya ingin mengirimkan surat kepada satu syarikat jualan elektronik. Saya pun pergi kepada kaunter Pos Malaysia yang ada di dalam Pasaraya Giant Nilai..



[Perbualan]

Saya: Akak, nak setem 30 sen satu.
Staff: Setem 30 sen surat tak sampai dik.
Saya: Ye ke? Paling murah berapa sen? (bajet ekonomi..he.he)
Staff: 60 sen.
Saya: Oh? Kad raya pun 60 sen ya?
Staff: Ya.. sekarang semua macam tu..
Saya: Ok, nak satu 60 sen..

Rupanya dah tak laku setem 30 sen... Kalau ya pun, 30 sen, kena ada dua, bagi menjadikan nilainya 60 sen. Pos, pos.. tak lama lagi makin berkuranglah pelanggan. Sekarang pun dah berkurang....

**************************

Psstt..
Kepada aby, cikli, knk, zikr, k. sikin dan lain-lain yang saya tidak membalas atau memberi komen kepada kalian, saya memohon maaf kerana site-site kalian tidak dapat saya lawati, masalah privacy dan block di universiti saya. Maaf ya. Nanti saya online di cyber cafe atau warnet, saya lawat semula ya..

10 comments:

suri said...

uhuk..nama cayer tak der..huhu..ma'ceh :'(

Masdin said...

Lama juga yah ternyata di luar talian :D

Saye pun macam tu, meskipun saye tetap posting tetapi postingannya banyakan bahas Wolrd Cup. Syukurlah WOrld Cup sudah berakhir, jadi ngeblog bisa normal kembali, dan selalu "dalam talian" :D

Kepala pusing rasanye bila sehari tak boleh daring :D :D

Unknown said...

alahaiii puteri

patutlar hilang lama... tak apa lah. teruskan pembelajaran dengan tenang...

Blogger said...

harga naik sebab pos nak tampung kerugian diorang suku tahun ni kot. pengurusan diorang ni melabur ape ntah sampai rugi teruk macam tu. :p

Puteri said...

k. suri -->>

nama u xde sbb i ble bkak ur web la :P

Puteri said...

masdin -->>

benar mas..
tak senang duduk rasanya bila tiada internet.. huu..

kerja2 'sekolah' pun banyak kene gune internet.. adoi..

kene beli broadband gak ni nampka gayanya.. broadband apa yg murah ye? hehe

Puteri said...

k. izan -->>

muah! :X
he.he

p/s: k. suri
nah, amek juga
Muah!

Puteri said...

benrauf -->>

kalo 3posen jadi 4ke, 5posen ke.. ok la jugak.. ni btol2 100% naik..

aisyhhh...

:(

Unknown said...

selam putri
apa kabar?
dah lama tak tengok putri..

Puteri said...

aby -->>

khabar baik.
terima kasih aby
:)