© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, March 02, 2011

derhaka kepada anak

Derhaka kepada anak. Pernahkan anda mendengarnya? Jangan disangka hanya ibubapa yang mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh anak-anak. Anak-anak juga mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh ibubapa mereka. Sudahkah kita menunaikan hak anak-anak kita?

Seringkali kita mendengar, anak tidak mahu menurut kehendak ibubapa. Bila permasalahan ini timbul, yang disalahkan ialah anak. Anak degil, anak itu, anak ini. Pernahkan terfikir, mengapa anak itu tidak mendengar kata? Mengapa anak itu memberontak?

Kurangnya masa yang berkualiti yang diluangkan bersama anak, membuatkan anak merasa jauh dari ibubapa. Masa yang ber-kuantiti sahaja tidak cukup. Yang penting adalah layanan dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa. Bagaimana kita melayan anak kita?

Gaya bicara ibubapa, bagaimana menegur jikalau anak melakukan kesalahan. Tengking? Herdik? Pukul? Maki hamun? Perli? Kalau begitulah caranya, pasti anak itu tidak akan ‘memahami’ kehendak atau teguran kita. Sebaliknya kita hanya menambah kesakitan di dalam jiwanya dan membuat dia akan semakin memberontak di dalam hati. Apakah salahnya jika berbicara dengan baik kepada mereka?

Cakap-cakap ada mengatakan bahawa di dalam sesebuah keluarga (adik-beradik), pasti (kebanyakan,) ada salah seorang di antara mereka yang lain (baca: kurang baik) dari yang lain. Sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tidak dapat dipastikan. Jikalau hal ini benar sekalipun, jangan menyalahkan anak itu, sebaliknya siapa yang mendidik anak tersebut sehingga dia menjadi begitu?

Pilih kasih. Benar, hati manusia tidak akan terlepas dari berlaku tidak adil. Tidak salah jika ibubapa menyayangi seorang anaknya melebihi anak-anak yang lain, akan tetapi yang menjadi kesalahan adalah apabila tahap perbezaan sayang itu ditunjukkan.

Anak yang ini dibenarkan buat apa sahaja, tetapi anak yang satu lagi, ini tak boleh, itu tak boleh. Walhal, apa yang ingin dilakukan oleh anak yang kedua itu adalah sama sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak yang pertama.

Contoh, anak pertama mahu motorsikal. Kita beri. Anak kedua juga mahu, kenapa tidak boleh? Kadang-kadang mereka (dia) tidak menyuarakan hasrat mereka kerana takutnya mereka kepada ibubapa mereka. Takut. Kita mahu anak kita hormati kita atau takuti kita?

Kehendak mereka, kemahuan mereka, kita menafikan. Suara hati mereka tidak diendahkan. Malah acap kali mereka dilayan dengan nada kasar, malah bermasam muka. Pernahkan kita berfikir perasaan mereka bagaimana? Seburuk mana pun anak itu, mereka tetap mempunyai hak, ibubapa bertanggungjawab kepada mereka. Nafkah, perbelanjaan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan seumpamanya, termasuklah kasih sayang dan perhatian.

Pernah suatu ketika di zaman Khalifah Umar, ada seorang bapa membawa anaknya menghadap Khalifah sambil mengadu supaya anaknya dihukum kerana anaknya menderhaka kepadanya, tidak mendengar kata-katanya dan ingkar arahannya. Lalu berlakulah perbualan diantara si anak dan Khalifah.

Anak: Wahai Khalifah, tidak terdapatkan derhaka seorang bapa kepada anaknya?

Khalifah: Tentunya ada.

Anak: Bagaimanakah ianya berlaku, wahai Khalifah yang disegani?

Khalifah: Apabila hak si anak tidak dipenuhi. Diantaranya ialah mencari perempuan (bakal isteri) yang baik untuk menjadi ibu kepada anak, memberi anak makan daripada rezeki yang halal dan mendidik anak dengan contoh akhlak yang baik.

Anak: Wahai Khalifah. Sesungguhnya ibuku perempuan murahan (pelacur) dan peminum arak. Makanan yang dibawa pulang oleh bapaku pula daripada hasil perjudiannya. Malah, aku sering dilontarkan dengan ucapan maki hamun dan herdik dari mereka.

Sebagai ringkasan, si anak dalam kisah ini tidak dijatuhkan hukuman atas kesalahan menderhaka (tidak menurut perintah) bapanya kerana bapanya itu sendiri terlebih dahulu menderhaka kepada anaknya. Jangan difikir tiada istilah ‘Derhaka kepada anak’.

Kepada ibubapa, bakal ibubapa.. Janganlah kita menjadi ibubapa (atau ketua) yang hanya mahu kata-kata kita didengar, kita juga harus mendengar kata-kata (keperluan) daripada anak-anak.

Layanilah anak-anak dengan kasih dan saksama. Kita mungkin mustahil untuk berlaku adil di dalam memberi kasih sayang, akan tetapi dari segi keperluan mereka, kita wajib berlaku adil dan saksama. Berilah contoh teladan yang baik kepada mereka agar membentuk mereka menjadi baik dihari muka.

Nota:

Macam mana orang nak dengar cakap kita, kalau kita tak nak dengar cakap orang?

[Penulisan ini adalah adaptasi daripada ceramah agama yang disiarkan oleh salah sebuah radio tempatan dan diolah smula oleh penulis menggunakan ayat penulis sendiri.]

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Puteri,

Setiap insan ada org dibawahnya dan adalah menjadi tanggung-jawabnya untuk memberi yg terbaik.

Rabiatul 'Adawiah Mohd Hosni said...

pernah dengar kisah nie..tapi bgus di cerita semula..
refresh kan nye..
moga kite tak jadi seperti itu..

~hunger to success to get jannah!

Cikli said...

satu perkongsian yang bagus terutama untuk para bapak

suri said...

bila sendri sllu ingat ibu..bila lihat ibu org lain terkeng jaug ubu ku di sana huu..

rindunya masakan ibu..rindu belain ibu..

Mohamadazhan.com said...

salam

keisah yang menarik utk pengajaran sy masa akan datang :) moga jadi bapa yang baik :)amin2

Aku Budak Melayu said...

pernah dgr pasal benda nie... ada ibu bapa yg hanya fikir pasal hak dia yg perlu diberikan oleh anak2...

tp mereka lupa... anak2 juga ada hak yg perlu ditunaikan oleh ibu bapa...

dalam kes zaman sekarang nie... ramai ibu bapa yg menderhaka kepada anak2 mereka... tp tak sedar...

tehr said...

salah pemimpin, kacau bilaulah orang yang dipimpin

ibu bapa kan pemimpin dalam sebuah keluarga