jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Monday, March 07, 2011
jemput ke rumah saya!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu hadapan 13 hb Mac (Ahad) akan diadakan kenduri majlis perkahwinan kakak saya, kak yah yang sudah selamat diijabkabulkan hujung tahun lepas. Insya-Allah.
Jadi kawan-kawan yang berada di Wilayah Utara, jemput-jemputlah datang ke teratak saya yang beralamat Taman Sentosa*, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah :)
Kalau cikgu, kompem cuti kan.. ;-)
Kalau bekerja, lepas habis kerja tu boleh datang.. B-)
Yang di luar Wilayah Utara boleh juga datang, yalah, ahad kan cuti.. hehe...
(pendek kata tak ada alasan nak lari..he.he)
Kalau nak datang tapi tak expert kawasan, saya boleh ambil di mana-mana seperti stesyen bas, supermarket atau mana-mana tempat (dalam kawasan pekan Sungai Petani).
Ok, kalau ada sesiapa nak datang boleh sms saya 012.564.6274, dan bagitau nama/nickname :D
Nota:
Seminggu ni mungkin tak update, hari khamis saya nak minta cuti, sebab kak yah balik hari tu (beliau pun mengambil cuti), bolehlah saya tolong dia apa yang patut.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Assalamu'alaikum puteri,
Jauhlah sayang. Tapi kakak doakan moga Kak Yah berbahagia dihari yg dinanti itu.
Puteri bila lagi? Hehehe.....
salam..
wawawa.. ada makan lagi ..
best tu sb ada yang pelawa.. nak2 teman dari bloger heee...
rsa nak jer pergi cumaa... jauh pula hoooo..
semoga majlis akan berjalan dgn lancar.Amin.
p/s:entri dah di pos kat blog cahayacinta.com :)
tq
insyaallah, kalau ada kesempatan, tarikh sama sepupu kahwin.hehe
huhu... ada makan nasi minyak...
tp jauh sgt... kat UTARA... sekarang saya di TIMUR :-)
semoga majlis berjalan lancar :-)
selamat berbahagia buat kakak puteri
... kalau la dekat
Puteri ...leh tumpak tak..heheheheh
apa selamat pengantin baru dan semoga kedua mempelai kekal sehingga ke akhir hayat...amin....
Assalamualaikum..
Salam Tahniah dan Selamat Pengantin baru untuk kakak kepada Puteri :)
nasi myk menu yg wjib ada heee..
semoga bgia ya
salam
insyaallah kalau sempat sy sampai :) ada kenduri juga
kakzakie -->>
amboi jauhnya soalan....
:P
k.suri -->>
kot2 berjalan cuti2 sekolah.. hehe
azhan -->>
:)
fahmi -->>
alhamdulillah..
:)
tehr -->>
kalau cuti2 malaysia di sini...
bolehlah singgah.. kan? :)
de_kerinchi -->>
wah lama sunggoh tak nampak di alam blog ni.. nampak kat FB aje..
hehe.. boleh2...
hadiah xde ke?
hayati -->>
w'salam..
trima kasih - bg pihak pgantin :)
k.suri -->>
brminyak sunggoooh
azhan -->>
lain kali, insya-Allah..
Post a Comment