© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, August 29, 2009

my beloved abah

Hari ini pergi ke library UKM, cari bahan untuk assigment yang sudah mula menambah-nambah dan menuntut untuk segera disiapkan. Oh.oh. Penat.

Semasa dalam perjalanan, abg zarin ada mengirimkan sms... terselit di situ tentang abah..

Kata abg zarin, abah sakit.. Ia membuat saya mahu menangis. Tapi saya bertahan supaya tak ada yang perasan perasaan saya ketika itu.. Doktor masih belum check. Pagi tadi abah tiba-tiba tak dapat mengunyah... Begitulah kata abg zarin. Pagi tadi, mak hantar abah ke hospital. Abah dalam wad. Tidur..

Saya rasa sebak dan sedih.. Entahlah.. tapi sedih.. Kata abg zarin, jangan risau sangat.





Tiba-tiba teringat suatu masa dahulu..

Abah...yang hantar saya ke asrama. Abah belikan laptop. Abah bawa beli barang-barang. Abah bagi duit. Abah..dan abah.. . Abah adalah segalanya bagi saya.


Saya takut jika kehilangan abah, na-a'uzubillah.. Mohon dijauhkan, ameen..


Buat kawan-kawan, doakan kesejahteraan dan kesihatan abah saya ya, semoga dia cepat sembuh..

Thursday, August 27, 2009

ayuh jayakan

Ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia
gemilang bangsa wajah dunia
melangkah maju negara kita

Bersatu kita rakyat Malaysia
hidup harmoni dan sejahtera
menjunjung tinggi rukun negara
tekad membela nusa tercinta

Walau berbeza agama bangsa
satu haluan mampu tercipta
jalin ikatan antara kita
sama menuju ke puncak jaya

Satu suara satu fikiran
satu fahaman satu tujuan
ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09, "Bersama Kita Eratkan Perpduan Negara Bangsa"

Monday, August 24, 2009

usim, banduan cipta lagu


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (Usim) dan Jabatan Penjara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Perbadanan Putrajaya menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik 2009 (Cipta '09), baru-baru ini. Ia bertujuan memperkasakan modal insan dan menyahut aspirasi kerajaan bagi mewujudkan warga patriotisme.

Program Cipta '09 kali kedua ini unik dan menarik kerana ia membabitkan gabungan pelajar Usim dan penghuni penjara dalam melestarikan semangat kemerdekaan negara ke-52 selari dengan tema 'Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa'.

Setiausaha 1 Cipta '09, Ismail Ahmed, berkata objektif program ini bertujuan memilih Ikon patriotik di kalangan penghuni penjara dengan penghasilan lagu patriotik. Beliau berkata, program ini bertujuan membuktikan mereka yang menjalani program pemulihan di penjara mampu mempunyai jati diri dan kecintaan kepada tanah air.

"Melalui festival ini, ia dapat menyemarakkan lagi aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah di kalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka terhadap persekitaran masyarakat. Program ini juga memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan masyarakat (banduan) daripada pelbagai kaum dan etnik," katanya.

Bermula dengan Bengkel Penulisan Lirik Patriotik, seramai 40 mahasiswa Usim diberi tunjuk ajar menghasilkan lirik oleh Siso dan Ranofla Dianti Erwan.Mahasiswa Usim yang bertindak sebagai penulis lirik akan bergabung dengan penghuni penjara untuk menghasilkan lagu patriotik.

Hasil gabungan itu, daripada 15 lagu yang tersenarai di peringkat saringan, lapan lagu melangkah ke peringkat akhir.Semua lagu hasil gabungan mahasiswa Usim dan penghuni penjara itu dinyanyikan artis tempatan antaranya Roy, Noraniza Idris, Zarina AF, Hafiz Hamidon, Sahri AF dan Nas Adila.

Pada malam kemuncak Cipta '09, lagu Semangat Anak Bangsa hasil karya Aizatul Ain Ismail dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Mohd Haikal Mohd Khatib Saadaly dari Penjara Kajang dinobatkan pemenang.

Shariayati Selamat


Ia diikuti Nur Fatimah Zaharah Ahmad juga dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Shariayati Selamat dengan lagu bertajuk Satu Malaysia di tempat kedua dan lagu Cinta Malaysia karya Afiq Naqiuddin Abdul Malek serta komposernya, Che Mohd Safary Che Mustafa dari Penjara Kluang di tempat ketiga.

Thursday, August 20, 2009

bagaimana menulis?

Kata Habsah Hasan, menulis perlukan idea. Idea boleh diperoleh melalui alam, atau apa-apa entiti yang bisa dilihat, tergambar atau terbayang. Contoh, secawan gelas yang berisi air. Lihat bukan hanya dari satu sudut, tapi lihat dari pelbagai sudut. Mungkin dari atas, bawah, tepi dan begitulah seterusnya.

Bagi saya pula.. idea adalah nombor dua. nombor satu bagi saya adalah mood.

Saya perlukan mood untuk menghasilkan penulisan atau karya. kalau idea sahaja, mungkin saya boleh menulis, tetapi tanpa kepuasan. Kerana itu, di setiap tulisan saya, saya akan cuba bermain dengan idea terlebih dahulu bagi menghasilkan mood. Oh? Kedengaran pelik atau memeningkan tak? He.he,.

Contoh: di mana kau, ampunkan aku dan izinkan aku (terpilih disiarkan di dalam Majalah Tunas Cipta, April, 2009).

Selebihnya.. er, sebenarnya apa yang saya biasa tulis ini adalah berkait dengan apa yang saya lalui sendiri. Hdup, emosi, perasaan, harapan, impian, angan-angan, juga kenangan. Ada juga berkait dengan teman saya. Contoh utusan doa, saya bukanlah berkawan rapat dengan watak di dalam sajak itu, tetapi saya meletakkan diri saya sebagai temannya yang akrab. Dan hasilnya.. itu lah tadi, he.he.

Seterusnya, setiap apa yang terlintas difikiran, segera catatkan. Jika tiada pen dan kertas, taipkan sahaja di HP. Hu.hu. Mudah kan? Itu idea. Kemudian, bila dah dapat, tak semestinya ada mood lagi untuk membina ayat yang menarik. Kadang-kadang dua-tiga hari, malah berminggu-minggu pun ada. Tak kisahlah berapa lama masa yang diambil, asalkan anda berpuas hati dengan karya anda dan menghargainya.

Itu sahaja tips (tiba-tiba pula jadi tips) dari saya. =)

Friday, August 14, 2009

aku dan cikgu

seorang cikgu
hadir tanpa kuduga
tanpa kupinta
buatku tertanya-tanya

aku keliru
aku hairan

cikgu itu
menghulurkan salam
menyapaku perlahan
lewat, ku membalasnya

aku bingung
aku bimbang

cikgu
siapa kamu
yang tiba-tiba
tertetera di telefon bimbitku
yang tiba-tiba
muncul di depan mataku

aku kaget
aku resah

cikgu
siapa sebenarnya kamu?
apa tujuanmu?
siapa mengutusmu?

dan tiba-tiba
dia menghilang..
sesungguhnya
kehadirannya tiada ku undang
pemergiannya tidak perlu ku halang….

Sunday, August 09, 2009

festival cipta 09


Untuk tahun yang kedua, Festival Cipta Lagu Patriotik (08-08-09) hasil gabungan kerja kreatif USIM dan Jabatan Penjara Malaysia berlangsung dengan jayanya. Seperti yang saya pernah ceritakan dalam entry-entry yang lepas, lirik saya telah terpilih untuk ke final, iaitu pada malam ini lagu saya (lirik yang telah dijadikan lagu oleh pihak penjara) bersaing membuat persembahan.

Tajuk: Satu Malaysia
Lirik: Nur Fatimah Zaharah
Lagu: Syariayati Selamat (Kak Yatt)
Artis: Zarina AF

Terima kasih kepada kak yatt dan kak zarina yang telah menyanyikan lagu patriotik ini dengan baik sekali. Lagu ini akhirnya berjaya merangkul dua anugerah iaitu kategori lirik terbaik dan lagu kedua terbaik!! Phewwwitt!! Tahniah3! :D

Juga terima kasih kepada semua pihak USIM, Jabatan Penjara Malaysia, Komposer2, Musician2 (Okestra DBKL), Perbadanan Putrajaya, Artis2, penonton2 dan teman2 saya yang hadir pada malam itu yang memberikan sokongan yang begitu mengharukan sekali. Oh.oh.oh...
He.he

Saturday, August 01, 2009

the concert


Konsert amal MISI pada sebelah malam. Sebelah paginya saya, ditemani Hamizah (FEM) ke PICC bagi majlis konvokesyen USIM ke-7 di sana. Kami menumpang bas yang dinaiki barisan MPP. Wah.. hebat nih.. he.he. YDP MPP ada bertanya (mesti cuak ni), ada kad ke? Ada, ada.. Semalamnya, abg zarin (abang ipar) memberi kad jemputan kepada saya. Ohya, abg zarin merupakan pelajar DPLI USIM. Tapi saya tak pernah mengenalinya sebelum dia bertunang dan berkahwin dengan kakak saya. Hu.hu. Masa diorang bertunang tu, dia dah habis belajar di USIM.

Hurm... next, sebelah petang jaga bas di Nilam. Pagi tadi agak kelam-kabut, ada urusetia C-Fest tanya pasal bas. Adoooi.. poning kaplo den. Tapi alhamdulillah dapat diselesaikan. Lepas tu malam, konsert. Tengok konsert, sambil goyang kaki. Ho.ho.ho. Urusetia lain jalankan tugas diorang. Pemantau bas (saya) berehat, he.he.

Konsert Amal Malam Irama Seni Islam (MISI) 09 mempersembahkan.....Mestica, Suhaimi+Ina, Demascus+542 dan ATRA+SPMM dengan jayanya!!! Tahniah3 buat semua ursetia konsert dan terutama pengarah konsert merangkap sahabat saya, saudara Hussein 'Azeemi. Ini kerana selain mendapat sambutan, galakan dan tempahan tiket (melebihi sasaran jumlah penohah Alam), Konsert ERA (Nilai Square) dan beberapa event yang berjalan serentak pada malam yang sama Konsert Amal MISI berlangsung. Syukur kepada Tuhan...

Apa lagi ya.. ohya.. abg zarin cakap nak datang tengok konsert. Dah bagi pun tiket dekat dia. Tapi tak datang pown.. :(

Apa-apapun, I'm happy with the event. Tahniah buat unit Konsert MISI (khususnya) dan sekretariat C-Fest (umumnya).

Sunday, July 26, 2009

jom meriahkan!

TENTATIF PROGRAM SEPANJANG

PESTA KONVOKESYEN KE-7 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (C-FEST 7 USIM 2009)


MASA/PROGRAM

TARIKH/HARI

8-00-1.00 PETANG

2.00-4.00 PETANG

5.00-7.00 PETANG

8.00-10.00 MALAM

29 JULAI 09

(RABU)

*PAMERAN & GERAI C-FEST KE-7 USIM 2009

LE TOUR DE C-FEST 7

PERASMIAN PEMBUKAAN

C-FEST 7



MALAYSIAN BOOK OF RECORDS

(MENGARANG ESEI BAHASA ARAB PALING RAMAI)


30 JULAI 09

(KHAMIS)



FORUM MILENIA MUSLIM

31 JULAI 09

(JUMAAT)



PERTANDINGAN MARHABAN INTERFAKULTI

1 OGOS 09

(SABTU)

FUTSAL MATRICULATION CHALLENGE


PROGRAM ANJURAN SRM (RAKAN MUDA)

SUKAN TRADISIONAL

KONSERT AMAL

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TADIKA

WALL CLIMBING

2 OGOS 09

(AHAD)

FUTSAL MATRICULATION CHALLENGE



PERASMIAN PENUTUP


WALL CLIMBING


*Catatan: Pameran & Gerai C-FEST 7 akan berlangsung sepanjang pesta dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam

Friday, July 17, 2009

nia ayuni - part 2

Sambungan Nia Ayuni - Part 1

Nia Ayuni makin tenat. Semakin banyak wayar dan suntikan ke atasnya dilakukan pihak hospital. Azmi dan Nurul tidak putus-putus berdoa ada hati diantara mereka yang hadir ke ujian kesesuaian hati minggu lepas sesuai untuk Nia Ayuni. Resah kian merajai hati Azmi dan Nurul. Mereka sangat berharap pemindahan hati dapat dijalankan secepat mungkin. Wang sudah mencukupi untuk pembiayaan pembedahan Nia Ayuni, hanya menunggu hati yang sesuai sahaja.

Keputusan ujian akhirnya dikeluarkan oleh pihak Hospital Selayang. Hati Amir Sufi sesuai buat Nia Ayuni. Alhamdulillah, doa Azmi dan Nurul telah dimakbulkan Tuhan. Setelah prosuder dan kelengkapan untuk proses pembedahan disediakan, Amir Sufi dan Nia Ayuni dibawa masuk ke bilik pembedahan. Azmi dan Nurul menanti di luar dengan penuh pengharapan agar Nia Ayuni dan Amir Sufi akan selamat.

Di dalam bilik pembedahan, para pembantu perubatan meletakkan katil Nia Ayuni bersebelahan dengan katil Amir Sufi. Sebelum pembedahan dilakukan, alat pengesan denyutan jantung Nia Ayuni tiba-tiba mengeluarkan bunyi dengan kuat. Pembantu perubatan segera mendapatkan alat pengesan denyutan jantung tersebut. Bunyi yang keluar sebentar tadi telah berhenti, bacaannya juga berhenti, sama terhentinya dengan denyutan jantung Nia Ayuni.

Doktor Yusri yang mengetuai pembedahan itu tadi keluar untuk memaklumkan keadaan Nia Ayuni. Azmi dan Nurul bingkas bangun dari kerusi yang mereka duduki dan mendapatkan Doktor Yusri. Apa yang berlaku? Pembedahan telah selesai? Mengapa begitu cepat? Doktor Yusri meminta supaya Azmi dan Nurul bertenang dan kemudiannya meminta maaf kerana tidak sempat menjalankan pembedahan ke atas Nia Ayuni.

Terasa nyawa direntap dengan kuat, Nurul hampir terjatuh mendengar butir bicara Doktor Yusri. Mujur Azmi sempat memautnya. Anak mereka tidak berjaya diselamatkan. Nia Ayuni telah tiada. Nia Ayuni telah mati. Nia Ayuni telah pergi. Nurul menangis teresak-esak. Nurul menyalahkan dirinya. Azmi memeluknya dan memberi semangat. Mereka perlu redha pada ketentuan takdir yang telah ditetapkan. Nurul akhirnya menyedari, Nia Ayuni itu pinjaman dari Tuhan yang pastinya perlu dipulangkan.

Sewaktu Azmi menemani rakannya untuk mengambil ubat dari hospital, ada seorang pemuda datang menghampirinya dengan tergesa-gesa. Pada telahannya, pemuda itu lebih muda daripadanya. Pemuda itu merayu kepadanya dan beberapa orang lain yang berhampiran dengannya untuk menjalankan ujian pemeriksaan hati. Pemuda itu mahu mendapatkan hati yang sesuai untuk abang tirinya yang sedang tenat di bilik rawatan.

“Abang, tolonglah abang saya. Dia sangat perlukan penderma hati. Abang saya Adam sakit tenat. Tolonglah abang. Tolonglah kakak. Kami tak ada sesiapa lagi untuk meminta tolong. Tolonglah saya,” Rayu pemuda itu dalam tangisan. Bila ada seorang lelaki yang sudi mengikutnya untuk berjumpa doktor bagi menjalankan ujian hati, barulah pemuda itu beredar bersama lelaki berkenaan.

Azmi tersedar dari lamunan kisah silamnya suatu masa dahulu. Azmi tercari-cari Amir Sufi. Patutlah Azmi berasa seperti pernah menemui Amir Sufi sebelum ini. Azmi baru teringat bahawa pemuda yang pernah merayu-rayu padanya suatu masa dahulu adalah Amir Sufi. Ya, tidak syak lagi. Azmi dilanda rasa bersalah kerana suatu masa dahulu dia tidak menghiraukan permintaan Amir Sufi.

Dalam tangisan kekesalannya, Azmi lekas mendapatkan Amir Sufi lalu memeluknya yang baru selesai bersalaman dengan Doktor Yusri dan beberapa pembantu perubatan yang lain. Amir Sufi tersentak, namun dia tetap membalas pelukan Azmi. Pasti Azmi begitu kecewa dan bersedih kerana tidak dapat menyelamatkan Nia Ayuni, sangka Amir Sufi yang tidak mengingati dia pernah menemui Azmi semasa abang tirinya, Adam Syauqi tenat menghidap penyakit bengkak hati. Dan Adam Syauqi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..

-Tamat-

Thursday, July 09, 2009

pembelaan USIM

Sebenarnya mahu memberi laluan kepada iklan Konsert Amal MISI pada 1 Ogos nanti di sini. Tapi tiba-tiba ada topik yang HOT mesti mau cerita punya, jadi saya meminta laluan dari Konsert kepada berita tentang USIM yang pernah hangat beberapa bulan yang lalu berkenaan "Markah Kasihan". Sila baca untuk perkara yang sebenarnya...

PETALING JAYA:

An investigation into allegations of marks-fixing at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) by former law lecturer Yasmin Norhazleena Bahari Md Noor found no proof of her claims, said the Higher Education Ministry.

In a statement issued yesterday to refute Yasmin’s claims, the ministry’s director-general, Radin Umar Radin Sohadi, said: “USIM has proved there was no marks-fixing in its investigations, and the allegations of such a practice are wholly untrue”.

“The statement by the minister of higher education (on June 25) that marks-fixing is wholly unacceptable is true,” it said. It pointed out that a thorough examination was conducted by the ministry after receiving Yasmin’s complaints in June last year.

“After receiving the first complaint on June 10, 2008, the Ministry of Higher Education began an investigation into the matter, evaluating the manner in which exam scripts were evaluated and whether there was injustice to the complainant,” it said.

The Public Complaints Bureau had also investigated the matter, and decided no further action was required, it said. The statement said USIM has clear internal rules and procedures in the marking of exam scripts and grading students.

“The USIM system of assessing and marking exams has clear policies and procedures. Every exam decision is discussed and examined at the undergraduate examiners committee meeting at faculty level, before being brought to the university senate for validation or re-examination if there is any doubt to its fairness,” it said.

The ministry also said USIM had received MS ISO 9001:2000 accreditation from Sirim, which proves USIM has clear and transparent systems for its examinations,” it said. USIM’s public relations office said the matter had been settled and it was “no longer an issue”.

Ex-lecturer seeks Najib’s help over exam marks incident.

PETALING JAYA:

A former Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lecturer has taken her fight against her forme employer to the highest level by sending an e-mail to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak yesterday. “I was being victimised at USIM because I refused to manipulate marks in order to pass undergraduates who failed my courses,” Yasmin Norhazleena Bahari Md Noor said in her letter to Najib.

Yasmin, who was a lecturer in USIM’s Law faculty, said in her letter she had written to the Ministry of Higher Education to complain “but had received only silence for eight months”.

“I reported to the Ministry of Higher Education (MOHE) in June 2008 about my victimisation. The continuous victimisation at USIM and MOHE’s silence to my complaint forced me to resign in November 2008. The MOHE only replied to my complaint in February 2009 (after eight months), in USIM’s favour,” Yasmin, who is seeking a meeting with Najib, said.

“I have been jobless for the past eight months, against my will. I have been victimised by USIM and the MOHE. Therefore, I seek Datuk Seri’s assistance so that I could be reinstated as I was victimised because I refused to manipulate marks.”

Contacted by theSun, Yasmin said she had sent the e-mail through a feedback option on the prime minister’s website after calling his office earlier.

“I called this morning and was told by an officer who handles complaints to write in to the prime minister’s office (website) and I left my feedback there,” she said.

Wednesday, June 24, 2009

promot

Konsert Amal MISI (malam irama seni Islam),
Pesta Konvokesyen ke-7 USIM.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal mengadakan Pesta Konvokesyen yang ketujuh (C-FEST 7) pada 29 Julai - 2 Ogos 2009 bertempat di kampus induk USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

Pada hari Sabtu (01Ogos 2009), kami akan menganjurkan konsert MISI (Malam Irama Seni Islam) berkonsepkan konsert amal, di mana sebahagian daripada kutipan hasil jualan tiket konsert berkenaan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan.

Konsert MISI kali ini menampilkan kumpulan Mestica, dan artis undangan Suhaimi, insya-Allah bersama isterinya, Ina, serta ramai lagi.. Tiket konsert boleh didapati dengan harga RM3 (biasa), RM5 (sederhana), RM10 (vip) dan RM15 (vvip).

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh berhubung dengan Saudara Hussein (Pengarah Konsert/ 019-6106916), juga melalui saya Nur Fatimah (Perhubungan Konsert/ 014-8440190). Sekali lagi, dijemput kalian semua untuk memeriahkan Pesta Konvokesyen USIM pada 29 Julai - 2 Ogos, dan terutamanya Konsert MISI pada 1 Ogos 2009. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan salam hormat.


*******************************************

+VIP dan VVIP (RM 15/ 10)
+tempat duduk di hadapan, kerusi banquete,
cenderamata dari kami, dan sesi bergambar bersama artis
+vvip, dua baris depan
+vip, bermula baris ketiga

+sederhana (RM 5)
+kerusi biasa, belakang kerusi vip..

+biasa (3)
+belakang sederhana/atas

---lokasi: Stadium Tertutup Nilai, N9
---kampus induk USIM, nilai, N9 (berhadapan stadium)

Tuesday, June 23, 2009

selamat hari lahir

lirik : nurfatimahz AKA puteri

(A)
bersiul burung-burung
berlagu merdu mesra
bagaikan turut sama
meraikan dirimu

(A)
tiada kata indah
yang dapat ku susunkan
lantas pada irama
aku membicarakan

(B)
dendangan lagu ini
ku nyanyikan buatmu
hadiah istimewa
hari kelahiranmu..

(B)
selamat panjang umur
semoga diberkati
Tuhan makbulkan doamu
rahmat seluruh hidupmu

(C)
selamat panjang umur
selamat berbahagia
ucapku kepadamu
selamat hari lahir..

-nurfatimahz, 25 Mei 2008-


Monday, June 22, 2009

kadangkala


Adakalanya kita terasa kelam walau mentari sebenarnya menerang cerah
, adakalanya kita merasa sukar walau hakikat ianya terlalu mudah, dan adakalanya kita tersasar, walhal landasanNya terbentang sudah..


-nurfatimahz-

Sunday, June 21, 2009

nia ayuni - part 1

Setelah lima tahun menanti kehadiran cahayamata, akhirnya Azmi telah menjadi seorang bapa dan Nurul menjadi seorang ibu. Nia Ayuni selamat dilahirkan dengan sempurna. Hidung dan matanya mirip dengan Azmi, manakala bentuk wajahnya pula saling tak tumpah seperti Nurul. Mulus kulit Nia Ayuni, suci, putih bagai kapas yang bersih tanpa sebarang kotoran.

Hasrat bergelar ibu dan bapa tercapai jua. Syukur pada Tuhan tiada terkira. Azmi mengucup pipi dan dahi Nurul, tanda cinta dan terima kasih. Air mata Nurul mengalir keharuan. Tuhan mengizinkannya memiliki zuriat hasil perkongsian hidup bersama Azmi, suami tercinta. Nia Ayuni merupakan gabungan nama mereka berdua. Nia untuk Nurul, dan Ayuni untuk Azmi. Nia Ayuni binti Azmi.

Nurul masih membelai Nia Ayuni yang baru sahaja tidur. Nurul perasan sejak akhir-akhir ini, Nia Ayuni cepat keletihan dan sering menangis. Nurul cuba menyusukan Nia Ayuni, barangkali Nia Ayuni belum puas menyusu. Tapi, Nia Ayuni tidak mahu disusukan. Bila penat menangis, Nia Ayuni akan tertidur sendiri. Naluri keibuan Nurul meneka ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya.

Nia Ayuni semakin lemah. Menangis pun dalam nada yang terlalu perlahan. Azmi dan Nurul hanya mampu melihat satu-satunya permata mereka terlantar di atas katil Hospital Selayang dengan wayar-wayar yang seakan membelit anak mereka itu. Hati ibubapa mana yang tidak pilu melihat anak kecil mereka terlantar sebegitu? Azmi dan Nurul hanya mampu berdoa selain berikhtiar moga-moga Nia Ayuni akan sembuh.

Segalanya bermula sejak tiga minggu yang lalu. Nia Ayuni tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri diribaan Nurul selepas diberi susu. Bagai si buta kehilangan tongkat, Nurul kehilangan punca. Selepas seketika, Nurul menghubungi Azmi yang sedang bekerja. Pantas Azmi pulang membawa Nurul dan Nia Ayuni ke hospital. Nurul menangis tersedu-sedu sambil memeluk Nia Ayuni. Azmi memujuknya agar bersabar. Doa dalam hati, Nia Ayuni tidak apa-apa.

Usai sahaja Doktor Yusri menjalankan pemeriksaan ke atas Nia Ayuni, beliau mengesahkan bahawa Nia Ayuni dikenalpasti menghidap penyakit tiada saluran hati ke hempedu. Terpana Nurul dan Azmi, tidak percaya kenyataan pahit yang harus ditelan mereka itu. Tangis Nurul makin esak. Tambah Doktor Yusri, Nia Ayuni perlu menjalankan pembedahan pemindahan hati secepat mungkin bagi memulihkan keadaannya.


Azmi bermundar-mandir di ruang legar hospital. Nurul menemani anak mereka di dalam sana. Sudah dua minggu berlalu, namun masih belum ada seorang pun yang tampil untuk menjadi penderma hati kepada Nia Ayuni. Sayang sekali hati Azmi tidak sesuai untuk Nia Ayuni. Hati Nurul pula tidak dapat didermakan kerana Nurul mempunyai masalah kesihatan yang melarangnya dari berbuat demikian. Hari terasa kelam walau mentari masih bersinar.

Berbagai cara untuk menghebahkan bahawa Nia Ayuni yang berusia sembilan bulan itu memerlukan penderma hati secepat mungkin telah Azmi lakukan. Namun hampa. Masih tiada penderma hati yang ditemui buat anaknya. Nurul merupakan sebatang kara. Sedangkan Azmi pula, saudara-maranya telah lama berhijrah ke luar negara dan tidak dapat dihubungi. Bagai jatuh ditimpa tangga, Azmi hanya mampu berharap ada insan lain yang dapat membantunya.

Kini, sudah masuk minggu ketiga Nia Ayuni ditempatkan di dalam wad. Beberapa hari lepas, beberapa orang pemuda dan wanita telah tampil membuat ujian kesesuaian hati mereka untuk didermakan kepada Nia Ayuni. Azmi sangat-sangat berterima kasih kepada mereka walaupun keputusan ujian itu belum dikeluarkan. Azmi memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana masih ada insan-insan yang bersimpati dengan anaknya.

bersambung....

Saturday, June 20, 2009

dirundung malang

bagaikan jatuh ditimpa tangga

Semuanya berlaku pada dalam waktu yang hampir sama. Begitulah ibarat yang selayaknya untuk digambarkan bagaimana saya dan jawatankuasa saya bagi Konsert Amal MISI (Malam Irama Seni Islam) yang bakal dilangsungkan pada 1 Ogos 2009 nanti...

Pertamanya, status tempat program yang entah tidak dapat dipastikan. Ini kerana seperti yang pernah saya maklumkan Stadium Tertutup Nilai akan kembali bertukar tangan kepada pihak kerajaan negeri. Jadi, sekiranya konsert ini diadakan di lokasi lain, maka terdapat beberapa kekurangan dan kerugian bagi pihak kami.

Kedua, artis yang kami panggil untuk konsert pada malam itu ialah kumpulan Raihan. Setelah perjanjian dan persetujuan berlaku antara dua pihak, maka invois Raihan telah dihantar kepada kami pada 11 Jun yang lalu. Namun tiba-tiba, pada 18 Jun, Raihan menarik diri daripada program kami kerana bakal mengikut persembahan yang lebih gah yang bakal berangsung di Shah Alam pada malam tarikh yang sama. Teruk betul! Pandai janji, tapi tak pandai tepati. Dahlah, blacklist lah Raihan dari senarai kami.

Ketiga, status penempatan sepanjang gerak kerja yang sebahagian urusetia ditempatkan di Nilam sudah pun berakhir atas arahan pejabat asrama Nilam. Sepatutnya ia berakhir pada 24 Jun, namun pihak asrama telah mengeluarkan arahan supaya kami mengoongkan asrama Nilam serta merta keeokan pagi (19 Jun '09).

Keempat, kami terpaksa merempat di asrama Camellia. Staff Camellia datang dan mengambil beberapa maklumat daripada kami. Walaupun pada mulanya kami terpaksa menadah telinga untuk seketika, namun, Alhamdulillah, untuk sementara waktu ini, pihak Camellia membenarkan kami menumpang buat sementara waktu. Kawan-kawan saya cakap, "lebih baik daripada kena halau macam asrama yang satu lagi". Asrama yang mana? Fikir-fikirlah.

Dan akhirnya masalah kelima, merupakan masalah yang juga besar buat saya.. Masalah line internet yang mengalami masalah hingga menyukarkan saya dan rakan-rakan untuk melayari internet. Oh, sangat sedih.. :( Tak dapat nak online, update selalu... =((

Friday, June 19, 2009

lukisan rindu

oleh: are-buddy

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisaku bersama mu
Oh Rasulullah..

Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat

Ku andaikan diriku
Berada disisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku disamping mu

Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah

Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna
Ya Rasulullah…..
Ya Allah…..

Thursday, June 18, 2009

muhasabah cinta

oleh: EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Wednesday, June 17, 2009

penat

Sangat-sangat letih minggu ini
dengan gerak kerja pesta konvo
atau nama glamournya C-Fest........

Penat,
tensyen.
Semua ada.
Malas pun dah mula terasa.


Logo C-Fest ke-7...

Tuesday, June 16, 2009

bumi tercinta

Di sini aku bermula
di sini ku atur langkah
dari kecil jari menapak
menghirup damai sentosa

Kau asuhku kembara
melangkah menuju dewasa
budimu luas samudera
tak terbayar emas permata

Duhai bumi tercinta
padamu ikrar janji setia
relaku korban jiwa raga
demi daulat nusa bangsa

Di sini aku bermula
di sini ku atur langkah
semangat nyala membara
keranamu bumi tercinta

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2008-
CIPTA '08 "Di Sini Kita Bermula"

Monday, June 15, 2009

oh poning

Pening kepala terasa.

Malas juga mahu ke kampus untuk meng-edit kembali kerja-kerja yang telah selesai. Kenapa perlu edit kembali? Tak lain tak bukan, sebab perubahan tempat tapak program Pesta Konvo yang bakal diadakan nanti.

Jadi selaku Unit Pengangkutan (Induk) dan Unit Perhubungan dan Pengangkutan (Konsert), minggu lepas saya telah siapkan rangka jadual pengangkutan untuk Pesta Konvo. Dalam jadual berkenaan, tempat yang tertulis adalah ke Stadium Tertutup Nilai. Dan Hussein (Pengarah Konsert) telah menghantarkan borang penempahan bas tersebut ke Unit Pengangkutan USIM. (Ada dua jawatan).

Maknanya perlu menukarkan lokasi tempat dalam penempahan, dari Stadium Tertutup Nilai, kepada Pavillion USIM. Oh, oh, oh. Barangkali Pengarah Pesta Konvo akan memarahi sayakah? Hu, takut pula. Nantilah, saya baiki jadual dahulu barulah bawa ke sana semula. Jika perlu membuat penempahan bas semula, saya akan lakukan.

Oh ya, saya ingin mengajak kalian untuk mendengar radio online Radio Kita yang beroperasi pada setiap Isnin-Jumat bermula jam 9 pagi. Boleh tahan jugak radio online nih.. Tak kurang hebat Radio NasyidFM yang bersiaran 24 jam (tak salah saya). Jom dengarkan! =)