© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 06, 2007

soalan lazim


Saya inginkan kepastian dari dia. Siapa saya bagi dia? Siapa saya dihatinya? Tapi.. bila saya tanya dia, rindukan saya atau tak, dia jawab rindu, begitu juga soalan sayang.. jadi, apa yang dapat saya simpulkan? Hanya kekusutan semakin menjadi-jadi.

Kepada kawan-kawan saya yang bergelar ar-rijal, lelaki, di luar sana.. saya ingin bertanya dan sila jujur kepada saya..

Soalan satu :
Jika anda mempunyai buah hati, adakah anda akan mengajak perempuan lain untuk berjumpa dengan anda?

Soalan dua :
Bila anda mengenali seorang perempuan itu, adakah anda akan jujur padanya sekiranya anda telah berpunya? Atau, tidak memberitahunya anda telah berpunya? Biar dia fikir dan anggap yang anda adalah single and available?

Soalan tiga :
Anda selalu berhubung dengan seorang perempuan dan anda sering menulis atau menyebut “love u, miss u, syg awk, rindu awk” kepadanya. Anda tidak bermaksud apa-apakah? Sayang dan rindu itu sesuatu yang biasa, tidak bermakna bagi anda? Kenapa anda menggunakannya terhadap perempuan itu?

Soalan empat :
Anda tahu yang seorang perempuan itu yang tidak pernah anda bertemu (sms, emel dan lain2) sukakan anda, jika anda telah berpunya, apakah anda akan memberitahunya yang anda telah berpunya, atau biarkan dia menyukai anda dan menyokongnya? Kenapa?

Soalan lima :
Jika perempuan yang anda telah temui itu tidak mengikut cita-rasa anda (tapi sebelum ini anda beritahu dia yang anda tidak kisah paras rupa, pekerjaan, taraf dan seumpamanya) setelah anda berjumpa dengannya, apakah anda akan memberitahunya atau mendiamkan diri dengan menjauhinya secara senyap-senyap dengan tidak lagi menghubunginya?

Soalan enam :
Apabila si gadis menghubungi anda, anda memberi alasan sibuk, tidak membalas msg dengan alasan tiada kredit, tidak mmbls surat, emel dengan memberi alasan sibuk, kenapa? Sedangkan sebelum ini anda ok2 sahaja dengan dia walau sesibuk mana pun.

Soalan tujuh :
Anda tidak menyukai si gadis dan tidak lagi menghubunginya, biar dia tahu dan faham sendiri yang anda tidak menyukainya. Dan jika benar anda tidak menyukainya lagi, adakah anda akan mencarinya kembali? Untuk apa?

Soalan lapan :
Anda tahu gadis itu sukakan anda dan anda ingin menemuinya, kenapa? Anda akan beritahu dia yang anda telah berpunya sebelum menemuinya atau jika dia bukan taste anda, baru anda katakan sebegitu? Anda tahu yang dia tidak akan menemui anda jika dia tahu anda telah berpunya, apa lagi menyukai anda.

Soalan sembilan :
Anda bercakap tentang perkahwinan dan lain2 dengan seorang gadis, anda memaksudkannya atau tidak?

Soalan sepuluh :
Anda tidak lagi menghubungi si gadis setelah berjunpa dengannya. Kenapa? Anda yang belum berpunya, memberitahunya anda telah berpunya selepas menemuinya, mengapa?

Soalan cepumas :
Jika benar anda tidak menyukainya lagi kerana tidak menepati kehendak anda, tapi secara jujurnya, anda pernah mempunyai perasaan terhadap dia, ya atau tidak?

Bagaimana pula pendapat kawan-kawan saya dari golongan nisa’?

2 comments:

aria ayumi said...

adehhh manyaknye soklan... xtau nak jwb camne... diya amek satu je eh... diya pick soklan lima... jwpan diya akan berkait utk sume soklan yg puteri utarakan...

"orang yang menyayangi kite sepenuh hati, first and foremost, die akan menerima kite baik dari segi kelemahan, keburukan, bahkan kebodohan kite sekalipun... apabila di matanya kite adlh segala2nya, die sanggup korbankan ape saje utk kite..."

pu3, there's must be someone that will accept u as who u are and what u are... wait for him...

p/s-u've been tagged pu3

Puteri said...

thanks diya...