© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, April 02, 2010

inikah cinta - part 1

Anis mengambil tempat di sisi kanan Amal yang menantinya di kerusi yang disediakan pihak kolej berhampiran kafe kolej. Setelah berbual-bual seketika dengan Amal, niatnya mahu ke kafe seakan terbantut pula. Anis melepaskan keluhan dari dalam jiwa. Kacau. Hatinya terusik. Terasa air mata bagai mahu mengalir. Anis menahannya sehabis daya. Namun Anis juga yang mencari dukanya.

Amal di sebelah kiri Anis kelu. Tidak tahu apa yang harus dijadikan topik perbualan. Anis terus kaku. Diam membisu seribu bahasa. Amal tahu Anis terasa. Atau mungkin ada rajuk dihati kecil gadis itu. Tapi Amal tidak tahu bagaimana mahu mengembalikan diri Anis yang ceria, sedangkan selama ini Anis yang banyak menceriakan hidupnya.

Masa terus berlalu. Anis menarik nafas dalam-dalam. Telefon bimbit kepunyaan Amal dipulangkan. Beberapa minit lalu Anis meminta Nokia N81 itu dari Amal. Spot check? Anis tidak tahu untuk apa tujuannya. Mahu mengorek rahsia Amal, mungkin?

Anis tahu tindakannya tidak dilarang Amal kerana jejaka itu memberikan Anis sendiri telefon itu. Sebenarnya sebelum ini pun Anis pernah berbuat sedemikian. Dan Anis juga tahu perbuatannya ini hanya akan mengundang duka kepada dirinya sendiri. Anis tetap berkeras mahu melihat semua maklumat dalam telefon Amal.

Kerana itu Anis terdiam sendiri. Persoalan yang sering bermain difikirannya seakan menemui jawapannya. Hanya jemarinya yang bermain-main punat telefon Amal. Terkadang jemarinya juga turut kaku.

Anis bermonolog sendiri. Anis kembali sedar, dia tidak seharusnya berharap lagi. Apa perlu mengharap andai harapan hanya bisa untuk dimusnahkan. Kecewa. Ya, Anis bakal kecewa dengan harapannya yang menggunung itu. Sanggupkah dia melaluinya? Pastinya tidak. Anis telah berkali mencuba untuk tidak mengharap, namun dia sendiri tidak mahu untuk berhenti berharap.

Amal menggenggam telefonnya yang diberikan Anis sebentar tadi. Amal memusing-musingkan telefonnya, barangkali boleh membantu Amal untuk mendapat idea topik perbualan bersama Anis. Makin dipusing Nokia N81, makin pusing juga kepalanya.

"Jom pergi makan," Tiba-tiba sahaja Amal teringat tujuan mereka berada di sini.
"Ok," Balas Anis, pendek.

2 comments:

BuDak cOUntry said...

ai...cam penah dgr jew citer nih...hahahaaa...citer betol nih!

Puteri said...

he.he..

hidup inikah suatu jalan cerita...
:)