© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, April 10, 2010

inikah cinta - part 3

Pagi itu semasa Anis sedang menuju ke kelas bersama Syaza, telefonnya berbunyi muzik yang disetkan Anis sebagai bunyi mesej diterima.

'Morning,'
'Morning too.. :)'

"Siapa?" Syaza ingin tahu.
"Aku tak punya siapa," jawab Anis sambil cuba mengikut lagu yang pernah dinyanyikan oleh Diana Naim. Kemudian Anis ketawa. Tahulah Syaza jawapan Anis.

"Tak ada orang lain la tu," tambah Syaza dan diikuti ketawa kecil.

Selepas tamat sesi pengkuliahan pada waktu tengahari, Anis dan Syaza melangkah kaki ke kafeteria yang terletak dihujung bangunan fakulti di sebelah kiri. Anis memilih nasi putih dan ikan pari masak asam pedas sebagai pilihan. Syaza pula memilih lauk ayam masak rendang untuk dimakan bersama nasi putih yang diambil.

"Mana nak duduk ni?," Syaza meliar-liarkan matanya mencari mana-mana tempat kosong untuk dia dan Anis duduk dan menjamu selera.

"Ramai pula hari ni...," Anis menambah. Matanya juga ligat mencari tempat.
"Hah! Ada pun. Jom kat sana," Syaza kegirangan setelah menemui meja kosong di bahagian yang agak terbelakang. Itu pun sebab Syaza terlihat tiga orang pelajar yang duduk di meja itu tadi bangun dan mengambil beg masing-masing. Pasti mereka sudah selesai menjamu selera, atau selesai perbincangan? Syaza membuat perhitungan sendiri. Tanpa melengahkan masa, terus mereka melangkah ke sana.

Syaza mengambil tempat di sebelah kiri Anis. Mereka menghadap ke arah orang ramai. Lebih baik melihat orang yang makan di bahagian depan mereka, daripada melihat dinding kafe sahaja di belakang meja yang mereka pilih kan? Tak adalah boring sangat.

Sedang Anis dan Syaza khusyuk melayan juadah pilihan masing-masing, tiba-tiba satu suara lelaki menegur.
"Erm.. boleh kami duduk di sini?," pinta Taufiq sopan. Maklumlah meja yang lain rata-ratanya penuh. Meja Anis dan Syaza dua lagi kerusi kosong. Taufiq dan temannya, Firdaus mencuba nasib untuk berkongsi meja dengan dua gadis itu.

"Silakan," Anis menjawab permintaan Taufiq. Firdaus turut mengambil tempat. Syaza pula diam sahaja, dia hanya menghadiahkan senyuman buat Taufiq dan Firdaus. Kemudian terus menikmati makanan yang membuatkan dia begitu berselera.

"Awak budak Multimedia ya?" Taufiq cuba beramah-tamah. Manalah tahu tekaannya betul. Taufiq seperti pernah melihat kelibat Anis dan Syaza sebelum ini. Mungkin mereka dalam jurusan yang sama.

"A'ah. Kami kelas M2. Multimedia juga?" Anis menyoal kembali. Hati Taufiq berbunga girang. Bukan girang kerana Anis sama jurusan dengannya, tetapi kerana Anis memberikan respon yang baik terhadap soalan yang diberikan tadi.

"Ya, M1. Patutlah macam pernah nampak,"
"Ek?" Anis sekadar berbasa-basi. Aih.. susah juga ada dua orang mamat ni. Nak makan pun naik segan. Tapi nasib baiklah tak kaku sangat si Taufiq tu, jadi kurang la sikit keseganan yang ada.
Anis mengomel-ngomel di dalam hati. Banyak juga topik perbualan antara Taufiq dan Anis. Siapa nama, asal mana, adik beradik, dulu belajar mana, dan sebagainya.

Syaza disebelah Anis pula senyap sahaja sedari tadi. Firdaus juga begitu. Hanya sesekali menyampuk bila perlu. Hah.. Padanlah tu. Anis dan Taufiq banyak mulut. Firdaus dan Syaza pula lebih suka untuk tidak menyampuk.

"Boleh saya...," Taufiq teragak-agak untuk meminta nombor telefon Anis. Perlu ke? Tapi Taufiq merasa senang berbual bersama Anis tadi. Jadi tentu tak salah kan kalau Taufiq mahu perkenalan mereka diteruskan dengan lebih baik?

"Boleh, boleh.." Anis menjawab selamba seperti tahu apa yang Taufiq ingin katakan. Taufiq makin lebar senyumnya.
"Saya nak nombor telefon awak," Taufiq mengatur ayat dengan baik.
"Oh...," ucap Anis perlahan. Alamak! Itulah dah jawab 'boleh' pulak sebelum dengar soalan bagi habis. Anis merenung Syaza. Meminta jawapan. Beri atau tidak?

Syaza mengangkat kening sebelah kirinya, lampu hijau maksudnya. Ceh.. Anis sedikit hampa. Segan pulak nak bagi. Anis meminta telefon Taufiq. Dia sendiri menaipkan nombornya di dalam telefon milik Taufiq.

"Mintak nombor awak sekali boleh?" Firdaus berbicara sambil merenung mata Syaza. Syaza terperanjat. Nak jugak? Hahaha.. Syaza ketawa nakal di dalam hati. Syaza dan Firdaus bertukar-tukar nombor.

Cuma Anis yang tidak bertanyakan kembali nombor Taufiq. Ah, pandai-pandai dia lah kalau nak hubungi aku, tak nak sudah. Getus hati kecil Anis.

No comments: