© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, April 11, 2010

inikah cinta - part 4

Rozi bengang ditegur Anis tentang kerja berkumpulannya dengan Anis. Dia, Anis dan Wajdi berada di dalam satu kumpulan. Manakan tidak, Rozi disuruh melakukan apa yang tidak dia sukai.

"Tak boleh macam ni. Kita kan dah bahagikan setiap orang cari bahan untuk bahagian masing-masing," perlahan Anis melafazkan perkataan. Amarah Anis ditahan-tahan. Mahu sahaja dia brain wash si Rozi tu. Dah tahu kerja berkumpulan, kena bergerak secara berkumpulanlah. Kalau setakat Anis dan Wajdi sahaja yang buat, baik kerja secara berdua atau couple.

Tapi amarah itu ditundakan. Apa pula kata Wajdi nanti. Kesabaran Anis perlu ditingkatkan. Takkan nak bergaduh dengan Rozi, depan Wajdi pulak tu? Hiiii... Anis menahan geram.

Wajdi diam sahaja membiarkan Anis memberi 'syarahan' kepada Rozi. Malaslah dia mahu menegur, takut menangis pulak si Rozi ditegur lelaki seperti dia. Wajdi pun berang dengan Rozi. Sepatutnya hari ini mereka berbincang dan mengumpulkan bahan-bahan untuk assignment
berkumpulan mereka. Nasib baiklah lambat lagi kerja itu perlu dihantar.

"Biarlah, engkau peduli apa aku tak buat kerja?" bentak Rozi. Ternyata dia tidak suka urusannya dicampur Anis.
"Suka hati akulah aku nak buat kerja atau tak? Yang engkau sibuk apesal?" Rozi bernada kasar.
"Sebab kita satu kumpulan, sebab tu la aku kena ambil tahu," balas Anis, lemah-lembut. Api tak boleh disimbah dengan petrol.

"Sudahlah. Jangan gaduh lagi," Wajdi mencelah.
"Sekarang ni kita bincang balik elok-elok. Mana yang tak complete atau tak jumpa bahan lagi, kita cari sama-sama," Wajdi cuba untuk menjernihkan keadaan.

"Bila masa aku bergaduh? Yang engkau macam nak bela si Anis ni kenapa? Aku tahu la korang ada affair," Wajdi pula menjadi sasaran Rozi. Walhal Rozi yang patut dimarahi Wajdi. Tiba-tiba pula isu itu dibawa. Apa kes? Dahi Wajdi berkerut.

Wajdi juga merupakan rakan matrik Anis, namun berlainan kelas. Mungkin Rozi tersalah menafsirkan hubungannya yang agak mesra dengan Anis. Tapi kalau ada affair pun apa masalahnya? Wajdi turut geram dengan hujah Rozi yang tak munasabah tadi.

"Kau orang je lah buat mana yang patut. Aku malas nak ambil tahu. Aku tak suka kumpulan dengan kau orang!" terus Rozi menolak kerusi dengan kuat. Rozi bangun dan terus berlalu meninggalkan Anis dan Wajdi.

"Engkau ingat aku suka la kumpulan dengan engkau?" Anis memerli Rozi, perlahan.
"Hiii... Geramnya. Dia yang salah, marahkan orang pula," Anis melahirkan rasa tidak puas hatinya.

"Sudahlah. Biarkan saja dia tu. Kita buat kerja kita,"
"Bahagian dia pun nanti kita buat sama-sama, ya?" Wajdi seolah-olah memujuk.
"Jomlah kita balik. Syaza ada?" Wajdi melihat sekeliling. Mana tahu Syaza ada di sekitar kawasan pusat sumber. Wajdi maklum Syaza dan Anis satu bilik.

"Tak ada, Syaza dah balik habis kelas tadi,"
"Ok. Saya hantar awak ke hostel ya?" Wajdi mempelawa.


'buat ape tu?'

Amal mengirimkan sms kepada Anis pada sebelah malam.

'takde buat ape.'
'dah makan?'
'dah petang tadi'
'ade gaduh dengan kawan ke? haha'
'mane tau?'
'wajdi bagitau'
'wajdi cakap ape?'
'dia cakap ada budak gaduh. jadi saya agak awak lah. haha'
'bukan gaduhlah. dah dia tak buat keje. saya tegur je'
'haha. yelah. jangan gaduh-gaduh'
'iye, tak gaduh..'

Wajdi ni... memang nak kena. Anis menggenggam tangan kanannya seperti mahu menumbuk seseorang. Yang itu pun nak ceritakan dekat Amal ke? Geram Anis kepada Wajdi. Anis sendiri pun tidak memberitahu Amal perkara tersebut. Lebih-lebih pulak si Wajdi tu, tahulah satu rumah pun dulu. Anis mengomel seorang diri.

Walaupun geram, tetapi hakikatnya Anis senang dengan tindakan Wajdi. Sekurang-kurangnya Amal mengambil tahu tentangnya. Bolehkah Anis bergembira dengan perkara tersebut? Anis tidak peduli boleh atau tidak. Anis tetap gembira.

'dah. jom tido'
'jom'

Perbualan melalui sms tamat di ditu.

No comments: