"Ape yang kau tengah buat tu?," Syaza menegur Anis yang sedang leka melayan K770i miliknya.
"Tengah tengok gambar-gambar lama, gambar masa kita kat matrik dulu," jawab Anis. Sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan Anis menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di UKM.
Syaza, yang merupakan rakan sekelas Anis sewaktu di matrik dahulu turut mendapat tempat yang sama untuk menyambung pengajian. Hubungan Syaza dengan Anis memang rapat. Masakan tidak, dari dulu hingga kini 'jodoh' mereka adalah sekelas dan ditempatkan di dalam bilik kolej kediaman yang sama.
Sebenarnya, Anis dan Syaza merupakan kawan semenjak di sekolah rendah lagi. Cumanya semasa di sekolah menengah sahaja mereka terpisah. Jadi tidak hairanlah kenapa di mana ada Anis, di situ ada Syaza.
"Rindu pulak zaman matrik ni," ucap Anis perlahan. Tangannya masih tidak berenggang dengan K770i. Matanya pula seakan tidak berkelip menatap skrin telefon bimbit miliknya itu.
"Atau rindu pada Amal?," duga Syaza. Anis tersipu-sipu. Hanya senyuman yang mampu Anis berikan sebagai jawapan kepada soaman cepumas dari Syaza.
"Dia sekarang kat mana ye?" soal Syaza.
Syaza tahu tentang hubungan 'teman tapi mesra' antara Anis dan Amal. Banyak yang Anis ceritakan tentang dia dan Amal. Macam-macamlah. Kadang-kadang Syaza sendiri pun menjadi keliru, apa sebenarnya hubungan Anis dan Amal.
"UPM, hurmmm.." balas Anis.
"Tak adalah jauh sangat dari kita, kau tak nak jumpa dia?,"
"Haha. Buat apa?"
Anis tergelak kecil mendengar soalan Syaza sebentar tadi.
"Yelah, melepas rindu.... hu..," Syaza cuba menyakat.
Betul jugak jawab Anis sebentar tadi. Untuk apa berjumpa sedangkan dia dan Amal hampir setiap hari tidak pernah berhenti bermesej. Paling kurang sehari sekali. Yang jauh pun pastinya tidak terasa jauh, hati kecil Syaza berkata.
No comments:
Post a Comment