jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Wednesday, October 04, 2006
pantun raya
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik ghayo toksir laju
Nanti ghayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
hehehe...
Saturday, September 23, 2006
al-kisah

macam tak caya lak esok nak puasa dah,,huhu.. bukan tak pernah puasa dekat asrama, tapi tah macam sedih lak.. tadi ada berbual dengan sorang student tu (tutor lain), pasal kos yang kami ambil ni. Dia tanya ana, macam mana.. (sebab kami sama-sama tak de asas dalam akaun, math tam.. actually ana pun baru tau hari ni..hihihi..)
pastu dia tanya tak mintak tukar ke? Ana cite la ana penah mintak tukar sebelum ni tapi tak dapat, mintak tahap merayu-rayu lagi.. Ana tanya keputusan spm dia, dia lebih ‘satu’ dari ana. Herm..ok la tu.
Nak cite lagi tapi..macam bahaya lak..kuikuikuikuim… huhuhu.. (jangan marah ye..) ;)
Dapat msg dari rose..(sahabat di maahad) ana tny dia sape yang ambilkan anugerah yang ana dapat khamis hari tu kat sekolah, dia balas ‘ayh dan mak hmp p dan ambk hadiah kat hampa’ lepas tu dia hantar lagi.. ‘sume rindu kat hmp’ huhu..iye ke? Ade unsur2 membodekkah? ‘x dak bodek2 la..ikhlas ni’
Erm.. sampai sini je la dulu posting ana untuk kali ni.. lama dah tak posting yang baru, so kali ni ana postkan dua sekali.. hehe..jumpa lagi semua.. assalamualaikum..

“SeLaMaT MeNyaMbuT RaMadHaN aL-MuBaRaK…!!!”
sebuah memori

esok dah start puasa. Td gi jenjalan dkt nilai 3, window shoping..huhu
boring lak.. baru-baru ni abg hazar bg voice sms,,wah, best giler =D hihi..tah hape2

semalam dapat mp3 lagu yang disukai.. Warkah Berlagu Pilu – Felix AF3. bukannya sbb minat felix atau AF,.. Cuma lagu tu merupakan voice sms pertama yang ana terima sejak voice sms diperkenalkan, yang menghantarnya ialah akhi…… lupakan je la, huhu..
dan ia membangkitkan kembali sebuah memori yang tersimpan jauh di lubuk hati walau telah berkali-kali cuba untuk dilupakan..
itu semua cerita lama tp.. kenapa dalam hati ada perasaan? ya Allah susahnya untuk melontarkan segala-segala yang telah memberi kesan dalam hatiku ini. Bantulah hamba-Mu yang hina ini.. ya Allah lenyapkanlah dia dari hati dan ingatanku..
Kadang-kadang ana rasa tertipu dengan apa yang pernah berlaku terhadap ana. Sakit hati, terasa, terkilan, terluka..semua ada. pahit… bulan lepas, ana rasa tertipu yang amat sangat. Kenapa lepas setahun peristiwa itu berlaku, masih muncul lagi anasir-anasir yang ‘menggangu perasaan’ ana?
Seorang ukhti yang mengambil ana sebagai adik angkatnya memberitahu ana melalui msg yang sebelum ini akhi itu menaruh perasaan terhadapnya. Pada masa itu, ana dan akhi itu masih berbaik dan sangat-sangat rapat.. Ya Allah..tetiba ana rasa tawar hati untuk terus mengirimkan msg untuk ukhti itu.. maafkan ana..
Pelik..kan?
ramadhan al-mubarak
Wednesday, September 13, 2006
andai cinta hendak diberi...
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan.
Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg
tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak
amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia
memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya... "
Monday, September 11, 2006
taqwim bulan Ramadhan
hmm..tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak..
kita dah pun melepasi nisfu syaaban..
ini bermakna..tidak sampai 15 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak..
hehe..cam tak sesabo lak nak raya..hihihi =D
so kat sini..ana letakkan taqwim bulan Ramadhan untuk memudahkan muslimin dan muslimat terutama sahabat2 ana di KUIM ni..
eh..lupe lak..memang untuk student KUIM pun :D
sebab cuma taqwim untk bandar baru nilai..hehehe
haa..pasni.. ble la antum rujuk kat sini ataupun..
ble gi print.. hermm..

ataupun kalau macam xbape klear ke.. ble datang jumpe ana sendiri =) tu pun kalau kenal lah..hehehe
ok.. tu je untuk posting kali nih..
Friday, September 08, 2006
cara makan Rasulullah
Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua...
Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje?
sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL #
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU,
BARU MAKAN NASI. #
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. #
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... .........Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah...Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya. ......WallahuA'lamSabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Wednesday, September 06, 2006
boikot israel
marilah kita bersama-sama memboikot isarel laknatullah..!!

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.
* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.
* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.
* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.
* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?
http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm
Monday, September 04, 2006
pluto bukan lagi planet
Pluto Terkeluar dari Sistem Suria
JOCELYN Bell-Burnell berdiri tanpa semangat. Ia sedar, petang Khamis (24/8) itu di Praha Republik Ceko, adalah hari terakhir dalam pertemuan International Astronomical Union (IAU) ke-26.
Dengan wajah serius, tangan kanannya mengangkat kertas warna kuning bertuliskan “VOTE”. Sementara tangan kirinya memeluk Pluto, boneka anjing berwarna kuning dengan telinga hitam. Dari sikapnya, nampak jelas perempuan anggota IAU itu pendukung status quo Pluto.
Dan, nyatanya Jocelyn memang harus kecewa. Undian yang dilakukan kira-kira oleh 424 ahli astronomi dari seluruh dunia itu menghasilkan keputusan dramatik sekaligus bersejarah, membuang status planet dari Pluto.
Akibatnya, Pluto–yang selama ini dikenal sebagai planet terkecil dan menempati turutan kesembilan–harus dikeluarkan dari daftar planet anggota sistem suria. Dengan demikian, berdasarkan resolusi ke-26 IAU, jumlah planet anggota sistem suria tidak lagi sembilan, melainkan hanya lapan planet.
Keputusan ini juga sekaligus mematahkan usul penambahan tiga anggota baru sistem suria iaitu Ceres, Charon, dan 2003 UB313. Ceres adalah asteroid terbesar dalam sistem suria, Charon adalah satelit (bulan), dan 2003 UB313 adalah objek yang berada di luar wilayah sistem suria dan disebut sebagai Kuiper Belt. Bersama tiga calon anggota sistem suria inilah Pluto akan “menjalani” status barunya sebagai planet kerdil.
Para ahli astronomi bersetuju definisi planet. Menurut persefahaman itu, benda angkasa disebut planet jika memiliki ukuran cukup besar dan berada tetap di garis orbitnya selama mengelilingi Matahari, serta tidak tumpang tindih dengan planet lain.
Menurut para ahli, garis orbit Pluto tumpang-tindih dengan orbit Neptunus, sehingga secara otomatik (kerana ukurannya lebih kecil) Pluto tidak lagi diklasifikasikan sebagai planet.
Keputusan dramatik itu tampaknya menjadi klimaks dari perdebatan di kalangan ahli astronomi sejak dekad 1990-an. Hingga dekad tersebut, belum ada astronomi yang berani menggugat status Pluto sebagai planet.
Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, khususnya kemajuan dalam teknologi teleskop, sejak tahun 1990-an para ahli astronomi menemui beberapa objek di Kuiper Belt yang berada di luar wilayah sistem suria.
Ukuran dan sifat benda-benda itu kemudian dibandingkan dengan Pluto. Dari perbandingan itulah, beberapa astronom mempunyai usul agar Pluto digolongkan ke dalam icy world kerana suhunya yang mencapai -233 darjah Celsius.
Namun, pukulan paling hebat bagi Pluto datang ketika tiga tahun lalu ditemukan suatu objek yang diidentifikasi sebagai 2003 UB313. Setelah diukur dengan teleskop Hubble, 2003 UB313 ternyata memiliki garis tengah 3.000 km. Bererti lebih panjang daripada diameternya dari Pluto. Jika dibandingkan dengan lapan planet anggota sistem suria lainnya, Pluto–yang ditemui oleh astronom AS, Clyde Tombaugh tahun 1930–memang mempunyai ukuran paling kecil.
Diameternya hanya 2.360 km atau dua kali panjang Pulau Jawa, dan memiliki gaya graviti hanya 6 peratus dari graviti bumi. Jaraknya yang sangat jauh dengan pusat sistem suria, Matahari, yakni mencapai 5,9 milion km, Pluto mengelilingi Matahari setiap 248 tahun. Sedangkan masa rotasinya (dibandingkan dengan masa rotasi Bumi) selama 6,8 hari.
Sidang IAU juga memutuskan perlunya perubahan pada sejumlah buku teks yang memuat maklumat mengenai sistem suria, bahawa planet anggota sistem suria bukan lagi sembilan, tapi lapan sahaja. IAU adalah lembaga resmi yang mengatur nomenklatur bagi dunia astronomi dan bertanggung jawab atas penamaan bintang, asteroid, planet, dan benda-benda ruang angkasa.
Meskipun demikian, bagi para ahli astronomi yang mendukung status quo Pluto, keputusan sidang IAU ke-26 di Praha itu sangat memalukan. Tidaklah menghairankan jika proses pengambilan keputusan pada akhir sidang diwarnai adegan saling gertak dan pura-pura.
Bahkan, ketika ketua komite bersetuju definisi yang diambil secara undian, sejumlah astronomi AS menilai suara mereka telah dibajak. Dr. Alan Stern, yang memimpin misi ruang angkasa AS untuk Pluto, New Horizons, berkata kepada BBC News, “Itu adalah definisi yang kejam, dan kecerobohan ilmiah”.
Terlepas dari perdebatan para ahli astronomi, keputusan melucutkan Pluto dari menganggotai sistem suria akan mengganggu masyarakat yang selama ini sudah biasa dengan buku-buku dan pengetahuan yang telah lama dibangunkan mengenai astronomi. Ini bererti, buku-buku pelajaran sains, khususnya mengenai antariksa dan astronomi, harus diperbaharui.
Mudah-mudahan saja kita akan tetap mengikuti perkembangan teknologi dan sains tanpa tergagap-gagap sehingga salah menulis buku pelajaran sekolah. (Muhtar Ibnu Thalab/”PR”/BBCNews)***
Friday, August 25, 2006
Kem bahasa arab
Bertolak hari jumaat kul 4.00petang, dalam 6.30 sampai ke destinasi. Malam..xde pa pe cume bahagikan dalam kumpulan, pastu..buh nama kumpulan, eh..majmu’ah. almaklumlah kena cakap dlm bahasa arab ja kat sana. Alhamdulillah, ahli kumpulan ana ok2.. yang laki lak, sorang tu sibbek dah knl sket2 wlaupun kos lain. Actually 3 org lelaki dlm kumpulan ana kos lain2.. yg sorang lagi lak, kebetulan dak se negeri..senang nak berbicara. Ye la, orang2 negeri ana kan ramah+sporting+best.. hehe =D yang ketiga, hmm.. hehe.. ok jugak ‘dik’.. dan yang terutama housemate ana, huda =)
Hari kedua.. paginya lepas riadah, aktiviti @ permainan jual+beli. Setiap kumpulan bahagi kepada 2, iaitu pembeli dan penjual. Antara yang menjual, ana..
Petang masuk hutan+naik bukit dari kul 2.00 sampai kul 5.00, turun balik..jauh giler..
Oh ya, kiteorang dapat kad peserta, kalau sesapa cakap dalam bahasa selain bahasa arab, kad tu akan ditebuk lubang. Ana dapat satu lubang..uwaaAA..tidak!! :(( dak senegeri tu jadi ketua kumpulan. Hmmh..selalu je cakap melayu tau. So, kena la tebuk jugak, kuikuikui..
Hari last, bat pet ah..macam lasak gak..tak tahu benda apa tah.. kalau tak lepas bat semua2 tu, kiteorang akan bat flying fox lak..tapi sebab masa xcukup, dibatalkan. Pastu..BALIIIKKK!!
Hmm…best sesangat walaupun penat. Kalau ada lagi, ana nak sertai lagi la.. BEST!!
17 hb ri tu, sir @ abang pit mai sutera indah. Hari sebelumnya dia cakap nak pi konvo abang bun kot, xsilap lah. Pastu dia kata, esok atau lusa (17 atau 18hb) baru dia nak mai sutera indah. Lepas maghrib, dapat msg, “sy dah sampai..” sir dah sampai sutera indah. Pastu kuar jap, jumpa beliau, hihihihi.. (bahas, bahas….lum siap ma..*masa tu la) bagi duit nak bayaq hutang dekat idah, suh sir tolong bagi kat adik dia merangkap kawan ana tu.
Hari ape ek? Sir datang lagi sutera indah. 23hb, antara msg yang dihantar sir “nak kenal dengan kak ipaq idah dak?” ui..musti la nak. Pastu ana, sir dan kak ape tah (alamak, susah nak ingat la nama dia)
hurm..gitu la alkisahnya.. =)
Wednesday, August 09, 2006
Bila Al-Quran Berbicara
BILA AL-QURAN MULA BEBICARA ==================================================
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuhdalam keadaan suci,
Aku kau pegangAku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin
agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...
surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi..
.engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu membuat kerja pun kadang-kala
engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan
engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,
radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu..mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",
kitab sucimu yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Thursday, August 03, 2006
koleksi
koleksi gambar yang tersimpan..
versi 'Lafaz Yang tersimpan' oleh UNIC.. hehehehe
Semalam masa belek2 memory card kamere, terjumpa beberapa gambar...
yang ni best.tapi nampak macam laen sket :) baju sama je dgn gambar kat atas, tapi hari lain-lain tau. cube tengok gambar atas ni elok-elok. tengok dekat bunge.. hihi.. faham tak? *ade orang nak bagi, tapi ana tak nak sebab ana cume nak dekat.... :D huhuhu B)
*rekaan semata-mata.
ni je yang menarik. dalam entry2 terdahulu ade penah letak gambar gak. nanti kalau kawan2 yang kenal puteri kat blog nih, terjumpe puteri ke, terserempak dan sewaktu dengannya, sila-sila lah tegor :) (kuikuikui..)
jumpe lagi semua.
assalamualaikum :X :X
Wednesday, July 26, 2006
team nasyid baru
katanya, dia dan beberapa orang sahabatnya akan menubuhkan satu kumpulan nasyid di bawah naungan hijjaz records, insya-Allah jika diterima. sekarang ini, proses sedang dijalankan..
nama kump tu skrg Friends tak silap.. hmm.. bgtau abg senior tu.. tak sedap la nama tu..tuka2.. pastu dia ckp nk buh ape nama kump tu nanti ek? ikhwan? hehe...
pa pe pun..smoga brjy buat abg az and group beliau, abg shah.. lg dua org tak igt nm la.. =)
haa.. inilah gambar senior yang ana cakapkan tu.. yang mana satu ek?? hehehe..'biarlah rahsia'
sekarang dalam lab kuim, fsu.. dah lama tak update.. hmm..
rinduuuu lah!
Thursday, July 20, 2006
best joke
TEACHER : Why are you late?
BALGOBIN : Because of the sign.
TEACHER : What sign?
BALGOBIN : The one that says, "School Ahead, Go Slow."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Balgobin, why are you doing your math sums on the floor?
BALGOBIN : You told me to do it without using tables!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Balgobin, how do you spell "crocodile"?
BALGOBIN : "K-R-O-K-O-D-A-I-L"
TEACHER : No, that's wrong
BALGOBIN : Maybe it's wrong, but you asked me how I spell it!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : What is the chemical formula for water?
BALGOBIN : "HIJKLMNO"!!
TEACHER : What are you talking about?
BALGOBIN : Yesterday you said it's H to O!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Balgobin, go to the map and find North America .
BALGOBIN : Here it is!
TEACHER : Correct. Now, class, who discovered America ?
CLASS : Balgobin!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Balgobin, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.
BALGOBIN : Me!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Balgobin, why do you always get so dirty?
BALGOBIN : Well, I'm a lot closer to the ground than you are.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
BALGOBIN : Dad, can you write in the dark?
FATHER : I think so. What do you want me to write?
BALGOBIN : Your name on this report card.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : How can you prevent diseases caused by biting insects?
BALGOBIN : Don't bite any.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*
TEACHER : Balgobin, give me a sentence starting with "I".
BALGOBIN : I is...
TEACHER : No, Balgobin. Always say, "I am."
BALGOBIN : All right... "I am the ninth letter of the alphabet."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : "Can anybody give an example of COINCIDENCE?"
BALGOBIN : "Sir, my Mother and Father got married on the same day, same time."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : "George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it. Now do you know why his father didn't punish him?"
BALGOBIN : "Because George still had the axe in his hand?"
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
BALGOBIN : Daddy, have you ever been to Egypt ?
FATHER : No. Why do you ask that?
BALGOBIN : Well, where did you get THIS mummy then?
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : What a pair of strange socks you are wearing, one is green and one is blue with red spots!
BALGOBIN : Yes it's really strange. I've got another pair just like that at home.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped him, what virtue would I be showing?
BALGOBIN : Brotherly love?
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Now, Balgobin, tell me frankly do you say prayers before eating?
BALGOBIN : No sir, I don't have to, my mom is a good cook.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : Balgobin, your composition on "My Dog" is exactly the same as your brother's. Did you copy his?
BALGOBIN : No, teacher, it's the same dog!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
TEACHER : What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
BALGOBIN : A teacher
Monday, July 10, 2006
bertemu kembali
assalamualaikum..
hehe.. cakap sensorang lak.
Dah lama tak online sejak dapat title ‘student kuim’ nih.. hmmh.. sebenarnya ni kali ke berapa ntah dah online, Cuma tak sempat (kononnya) nak update blog. Cuma hari ni rasanya perlu update blog, ye la..dah lama sangat post yang terakhir tu..
Kepada viewier, atau surfer atau pengunjung baru di blog ana ni, ana minta maaf jika terdapat sedikit masalah teknikal dan seumpamanya. Dah berkali ana buka di rumah, ok je.. tapi bila ke tempat lain, lagu yang di setkan jadi semacam je.. sekerat2.. lagu yang ana rasa ok di kebanyakkan pc lain (yang sempat ana cuba di lab ms tgh study) adalah Layar Keinsafan-Mestica dan Satu Cinta-Ideal. Lagu pertama Tangisan Rindu-Wildan berapa minit je.. harap maaf. Cubalah di tempat lain nanti, insya-Allah ok.. hehehe..
Surat untuk sahabat2 telah ditulis Cuma..entah bila hendak mengeposnya. Pejabat pos pun tak tahu di mana.. huhu.. ohya, sahabat dari SRI Abim, filzah juga diterima ke kuim, alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada jugak ‘member’ di sini. Kalau laila, mesti lagi best, kn?
Masih dalam proses menyesuaikan diri di sini. Haih, macam mana budak yang selalu hingaq, selalu buat bising, riuh kat sekolah jadi pendiam ni?? Hehehe.. musti kawan2 atau ustaz2 tak percaya.. rindu la pulak kat skolah..ustaz.. hihi.. al-insyirah pernah kata. “kat ustaz je ke??” xde la..ustazah @ cikgu perempuan pun rindu jugak sebenarnya..
Wednesday, June 28, 2006
ya maahadi
Esok, khamis. Jumaat ini, dengan izin Allah, ana akan bertolak ke Negeri Sembilan. Ingin ke luar negeri hasrat di hati, negori jua yang menanti..hehe. hari jumaat, bermalam di rumah abang sulung yang berada di Subang Jaya. Pada hari berikutnya, pagi sabtu, akan menuju ke Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai.
Terasa rindu pula untuk ke sekolah..Maahad Mahmud. Ana belum bersalam dengan guru-guru sebenarnya. Seingat ana, seorang sahaja iaitu ustazah habsah. itu pun kebetulan ana ternampak dia. Hari guru yang lalu, hasrat ana automatic terbatal untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.. merajuk lah.. =P

model - junior dekat sekolah dulu..
Sebelum ana berangkat ke kuim..esok adalah hari terakhir..ya. hari sekolah. Bolehkah ana pergi untuk seketika?
“Ya Maahadan, ‘Allamani, Wa Bilhuda Jammalani..”
begitulah diantara lirik lagu sekolah. ingat lagi nih.. aih..rindunya, ustaz..
belajar luar negara
Alhamdulillah, ana sempat mengikuti kuliah magrib di Masjid Abu Bakar As-Siddiq (MABAS), sebuah masjid yang paling hampir dengan rumah ana. Boleh dikatakan, masjid inilah yang paling banyak mempunyai program, pengisian kuliahnya diantara masjid-masjid yang terletak di Bandar Sungai Petani, insya-Allah. Juga ana dimaklumkan web untuk MABAS dalam pembinaan dan belum sempurna sepenuhnya. Insya-Allah, ana akan linkkan url MABAS.
Selepas selesai solat, ada pengunguman mengenai seorang pelajar lelaki, siapa nama dia? Zubir? Ana kurang perasan sebenarnya.. =D Kutipan derma dijalankan untuknya, akan menyambung pengajian ke mesir. Baguslah..

Teringin ana ke luar Negara, belajar di sana.. tiba-tiba teringat tentang Jordan, Maghribi.. borang untuk ke Jordan masih di dalam simpanan.. untuk kenangan kah? Manakala Maghribi pula, ana pernah mengirimkan surat permohonan, kalau ada simpanan pun, dokumen di dalam disket, mungkin.
Abang nik (nik ape ek? :D), s/u Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) ada bagitau ana dia dah terima surat ana, juga surat2 sahabat ana yang juga berminat untuk ke sana. Actually peluang tu ada, akhi asyraf juga pernah cakap, BA dan BI kredit pun dah layak.. begitu juga ibnuhazam.Tapi..bila dah diambil alih oleh KPT, prosuder berubah.. maka, ana terpaksa kuncikan keinginan ana ini.. waaAA.. =(( memangla sedih tapi.. hmm..nak buat macam mana, kn?
konspirasi 911
Konspirasi 911- Kini Terbongkar
Kini konspirasi peristiwa 911 telah terbongkar. Dapatkan DVD dan VCD berkaitan pembongkaran ini segera. Inilah masa untuk semua umat Islam mengembalikan maruah yang telah tercalar.
1 :Bangunan WTC telah dipasang dengan bom.

2: Bangkai pesawat yang melanggar Pentagon tidak dijumpai.
3. WTC musnah dalam masa 8.6 saat sahaja.
4. Penglibatan MOSSAD.
5. Gambar Foto kejadian sebagai bukti yang menyokong bahawa perancangan orang kerajaan Amerika Syarikat.
6. Layari laman http://www.reopen911.org untuk mendapatkan maklumat lanjut.
7. Sebarkan maklumat ini ke seluruh dunia untuk mendesak Kerajaan Amerika Syarikat membuka kembali fail siasatan.
8. Mendesak PBB untuk mengambil tindakan terhadap pentadbiran George Bush atas jenayah perang terhadap dunia Islam.
9. Menyedarkan rakyat Amerika Syarikat dan dunia akan penipuan terancang yang telah banyak memporak-perandakan dunia.

10. Kita kena bersatu seluruh penduduk dunia untuk kembalikan keamanan dunia.
soal akidah - serius
Kemukakan elemen kongsi raya rosakkan akidah
KUALA LUMPUR 15 Jun - Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan digesa mengemukakan elemen yang dapat membuktikan bahawa perayaan kongsi raya dan rumah terbuka boleh merosakkan akidah hingga menjurus kepada perbuatan syirik.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kementeriannya ingin mengetahui aspek yang tidak betul di sisi hukum dalam mengadakan perayaan tersebut kerana setakat ini tiada sebarang aduan menyangkal kebaikan amalan itu.
Katanya, jika mereka (Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) dapat menyatakan satu persatu, maka barulah kementerian akan membawa perkara itu kepada kerajaan untuk diputuskan. Selagi tidak ada menerima elemen bahawa amalan itu boleh merosakkan akidah, kementerian tidak akan mengambil perkara tersebut secara serius kerana ia hanyalah sekadar teguran sampingan dalam akhbar.
‘‘Setakat hari ini, saya tidak menerima sebarang surat daripada Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Batik Korporat Amanah Raya Berhad dan Ikon Tepak Sireh, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria Selasa lalu yang meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Menurut Rais, pandangan mengenai perayaan itu hanya bersifat satu kejutan dan bukan merupakan keputusan muktamad diperoleh melalui proses sah bagi memastikan sesuatu itu wajar diikuti. ‘‘Bagaimanapun perlu kami tegaskan, mengunjungi sanak-saudara di Hari Raya, berhubung baik dan harmonis dengan kaum lain merupakan batu asas kepada perpaduan di negara ini sejak berdekad-dekad lalu.
‘‘Jadi jangan begitu mudah bagi sesuatu pihak memutuskan mengikut saluran ataupun pandangan bahawa sesuatu itu harus dipadamkan begitu sahaja,” katanya.
– Bernama
Tuesday, June 27, 2006
munajatku
Di malam syahdu ini
Ku menyingkap tadbir diri
Menyuci hati dengan
Bermunajat kepada-Mu
Tuhan, dosaku
Ibarat bintang yang bertabur
Terlalu banyak tiada terhitung
Bisakah ia kan terampun
Bisakan ku beroleh
Rahmat dan maghfirah-Mu
Pada-Mu oh Tuhan
Ku mengharap
Mendambakan pada-Mu
Cahaya kasih dan keredhaan-Mu
Ampunilah segala
Dosa-dosa yang lalu
Janganlah ku Kau biarkan
Terus hanyut
Bergelumang di dalam dosa
Ku ini hamba-Mu Tuhan
Yang lemah serta hina
Ku tak sanggup menanggung
Siksa api neraka-Mu
Di malam syahdu ini
Ku menadah kedua tanganku
Mogakan diterima
Segala doa munajatku
Lirik = puteri :D
**ble buat lagu tak? Hihihi**
seketika cuma
Ah..terasa begitu pantas pula masa berlalu.
Ya Allah, aku terasa gerun untuk itu. Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku. Tabahkan hatiku ini. Ya Allah sesungguhnya aku jua ingin seperti sahabat-sahabatkuku, punya hubungan yang baik sesama ahli. Berikan aku dorongan dan sokongan, bukan lagi ejekan dan mengecil-ngecilkan diriku ini. Ya Allah.. derita ini amat menyiksakan jiwaku. Inikah kifarat dari-Mu? Jika benar, aku redha.. namun, mengapa hati kecilku sering meronta-ronta?
Petang, masih di jitra, kemudiannya ke alor setar. Malam, baru pulang ke rumah. Hospital? Nampaknya ana masih belum berpeluang untuk ke sana.
Ada beberapa dokumen untuk ke kuim yang masih belum ana isi. Boring omr juga sedikit lagi perlu ana lengkapkan.
Malam, ingin mengedit web, mungkin ada benda-benda yang perlu ana ubah. Hanya blog akan terus bertambah, posting. Web akan kekal. Sebelum ini ana buat macam blog.. ish, mana la sesuai. Tapi.. nampaknya line pula tidak mengizinkan.
Monday, June 26, 2006
balik kampung
Petang, balik kampung di Jitra. Sebelum tu, ana dapat mesej daripada khadijah, katanya maksu (ibu faradila) berada di wad. Ana telefon faradila, katanya dah dua hari di wad. Dua? Maknanya jumaat yang lalu? Hari ana lawat haris kah?
+bila mak masuk wad?
-kelmarin dulu.. tau mana?
+mak orang, taula..
-lupaa.. hehe
+awat tak habaq awai-awai?
-kami terlupa, tak ingat apa langsung..
begitulah diantara perbualan ana dan sahabat ana, faradila.
Ana ingat nak lawat maksu. Tapi, ana batalkan hasrat ana tu. Mungkin esok, insya-Allah. Ana tanya abah, bila nak balik dari kampung, esok petang jawabnya..nampaknya ana masih tidak berpeluang untuk melawat maksu..ibu sahabat ana, ibu ana jua.. “Mak..”
Ana rindu.. entah kenapa, hati ana ingin ingin yang teramat sangat untuk menziarahi maksu. Kenapa?
Tidur di rumah tok. Masih ingatkan maksu..haris, hafiz.. ana doakan kalian cepat sembuh.
Sunday, June 25, 2006
Tangisan Rindu
Saat yang belalu terusku tunggu
di kala insan terus terlena
hatiku ini ingin terus berjaga
Dikala sepiku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
airmataku bercucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam
Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari Yang Satu
ku tahu cinta ku terbalas
kerna dialah pemilik cinta sejati
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentasi rasa cintaku
citra rindu dan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu
Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya
Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku hanya untukMu
Allahumma anta robbi
Zolam tu naf-si
Wa-ilam -ta'fiq-li
Wa-tar -ham -ni
La -aku-nan na minal-ko-si-rin
Allahummaantarobbi
a-an-ni-ni-ala - Zikrika-
Was-syu'rika wa-husni-min-iba-datik
Allahumma antarobbi
tah-tim-ni-ya ALLAH
hus-hus ni khotimah
wa-la tah-tim-alaiya
bi-sui-khotimah
Allahumma antarobbi
ta-qab-bal min-ni doa-
in-ni innaka-antas-samiul-a'lim
Wa-tub alaiya ya ALLAH
in-naka antas-samiul a'lim
wildan
sejak bila tah.. jadi sangat-sangat suka dekat Wildan ni.. hehe.. sebelum ni suka jugak..cuma biasa-biasa sahaja. suka Bahtera Kasih, Pusara Bonda..
sekarang Tangisan Rindu.. best-best.
:: Profile Kumpulan Wildan ::
Penerbitan album pertama Wildan memberi ruang kepada Wildan untuk mengenengahkan konsep yang serba sederhana. Konsep bersahaja tetapi kontemporari yang dibawa oleh Wildan kian diterima segenap lapisan masyarakat. Lagu-lagu dari album pertama mereka seperti Di Pusara Bonda, Bahtera Kasih, Impian Hati dan Kasih Sayang mendapat tempat di stesen Radio IKIM.fm.
Kini Wildan cuba melangkah setapak lagi untuk meneruskan perjuangan mereka dengan merancang penerbitan album ke 2 yang diberi judul “True Love”. Wildan diasaskan pada peringkat awalnya hanya sekadar untuk memenuhi permintaan sosial yang mahukan irama nasyid ini sebagai alternatif hiburan kepada masyarakat.
Di samping itu, ianya dijadikan platform untuk bergerak di dalam aktiviti-aktiviti NGO yang memerlukan banyak penglibatan insan-insan serba boleh bagi menangani program-program yang dianjurkan. Pada akhir tahun 2002, Wildan diberikan kepercayaan untuk merakamkan sebuah album amal yang dibiayai sepenuhnya oleh Akademi Bina Insan (ABI) menerusi syarikat Mind & Soul Edutainment.
Album Kau Istimewa yang disempurnakan dalam tempoh sebulan itu akhirnya diterima oleh para peminat nasyid tanahair bilamana beberapa rangkaian lagunya kerap dimainkan di stesen radio tempatan terutamanya di Radio IKIM.fm. Dengan mempertaruhkan lagu-lagu seperti Di Pusara Bonda, Bahtera Kasih, Impian Hati dan Kasih Sayang, Wildan cuba meletakkan diri sebagai salah sebuah kumpulan nasyid tanahair yang dikenali ramai.
Ahli Kumpulan
I.Zaidi Rustam
Nama : Zaidie Rustam
Nama Panggilan : Zaidie
Tarikh lahir : 26hb Mei 1971
Status : Berkahwin
Kelulusan : Akademi Laut Malaysia
Pekerjaan : Juruteknik KLIA
II.Rosli Che Ismail
Nama : Rosli Che Ismail
Nama Panggilan : Che Lie
Tarikh lahir : 08 November 1980
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UKM
Pekerjaan : Eksekutif akaun
III. Wan Hazaruddin Wan Hassan
Nama : Wan Hazaruddin Wan Hassan
Nama Panggilan : Hazar
Tarikh lahir : 29 Januari 1982
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda
Pekerjaan : Guru
IV.Mohd Razi Mohd Yasir
Nama : Mohd Razi Mohd Yasir
Nama Panggilan : Razi
Tarikh lahir : 10 September 1984
Status : Bujang
Kelulusan : Sek Men Keb. Meru Klang.
Pekerjaan : Nasyeed Edutainment.
Sebahagian profile Wildan yang ana copy..
Saturday, June 24, 2006
ziarah
22-jun-2006
hari ni hari lahir azam. Zahida dan Mariah mai, ptg..sampai waktu maghrib gitu la, nek bas.. erm, diorg tgk web ana, gambar hr guru, rakaman..
23-jun-2006
thanks to all my friend yang sudi datang kenduri hari ni..
1-zahida
2-mariah
3-SIR (abg hafiz, abg pit..hihi)
4-shahidah
5-faradila
6-abidah
7-azila
8-kak azira
Sir..dia sebenarnya bekas sir ana masa thn 2003, jadi guru ganti kt skolh. Dlm 3 bln xsilap. Pastu awal thn hr tu ada msg dgn dia, dia kata tak payah panggil dia sir lagi dah, sbb dia dh lama xmgajar. Mmg la, tp xreti nak panggil yg lain.. abul? Abg pit ble thn..hehe.. adik sir, shahidah, kwn ana.
Lepas tu, dlm tghr ana dan kwn2 pegi hospital..nak lawat haris dan apit. Wad apa>? Otopedik? Masuk, jalan cari wad mana.. fik ada ckp sebelah farmasi. Nmpk abg brpakaian seragam hospital (nurse laki kot..eh, panggil nurse jgk ke?) tny dia, ‘otopedik kat mana?’ dia tunjuk dan tny ‘lelaki?’ ana angguk je..ek eleh..memalu lak diri ini.. hihi.. nk pi wad lelaki? WAAHH..
Masuk,nampak apit. Kesiannya.. mana haris? Xnmpk pon. Apit kata hujung. Pi ah dkt hujung..nmpk la haris terbaring.. tgk kaki, dkt besi tu..ya Allah sedihnya. Dkt apit td xsedih sgt pon..isk3.. tetiba rasa sebak ja… nnt2..sapa yg ada skt haris tu>? Din,sidik..eh? shahir.. haih..rasa cemane tah. Ana tgk haris..“Haris, nak Tanya ni.. sakit dak?” bukannya taktau kata sakit, bukannya ana perli atau seangkatan dgnnya, tp ana.. ign menyelami? Haris angguk.. ya Allah..pedihnya.. rasa cam nak nagis lak.. (ble ah wat filem..) haris ni kwn ana, xlebih dr tu.ana rasa sedih dkt dia, mcm ana rs sedih ms fik..umah kg dia trbkr dlu.. sedih sgt.
Pastu, ada makcik mana tah dgr ana tny haris mcm tu, makcik tu marah (brckp lmbut dgn nada yg agak tinggi shj sbnrnya, iye kot..) ‘jangan Tanya lagu tu..’ makcik, ana… xpe la, takut kata xhormat pulak.. ana angguk2 je la dkt makcik tu. Nasibbek la bkn mak haris..hihi.. Shahir ucap tahniah, utk kuim. Mn dia tau?
Anak makcik tu sblh haris, ana senyum2 je..salam, kwn2 pun.. makcik tu tny.. “(haris dgn ana) adik beradik ka?” taktau nak kata apa..angguk ja..hihi..mengaku pi lah.. sat gi kata kwn..uih..bahaya2..takut kata pakwe lak, kuakuakua. “patutla lawak mcm tu (yg ana tny haris td)” haih..ana xleh duk lelama kat situ..sedey..sedih. hati rasa..taktau, tp mmg sebak, waaAAA… =((
Ana tgk haris, mata dia mcm..mcm..lps nangis. Ana tgk dia, dia tgk,..ana senyum (senyum, bkn gelak..) dia senyum balik..ana senyum simpati.. Haris, soalan ana td tu..haris rasa terkilan kah? Maafkan ana, bukan itu niat ana. Haris, ana harap ia tak membuat hati haris terluka..jgn sakit hati terhadap ana. “nak balik lah.. sedih..” yg ni keluar drpd mulut (hati) ana.. jom ah balik, isyarat kpd kwn2. shahir tgk.. knp?nmpk yg ana sukakan haris kh? Ana mmg suka dia,tp sbg kwn..ana lbh suka fik. Dan ana pnh bgtau haris (sket2) psl org yg ana suka..asyraf.
shahir Tanya, “takmau pesan apa2 ka?” errmm..ana berfikir seketika. Ngaji lek lok.. eh, mcm xsesuai ja.. nk pesan apa? “semoga cepat sembuh..” doa dan ucapan ana. Makcik yang td tu sambung ckp ana..ape tah. ‘doa2 la..’ lbh kurang la kot..hehe.. xbape pasan sbb mmg nk cpt2 balik (nk gi jenjalan sm sbnrnya..)
Thursday, June 22, 2006
al-ustaz
ana tefon, ajak ustaz hilmi mai kenduri jumaat ni.. sbl tu ada tefon us.hasbullah.. ustaz halim,tak angkat pun..knp? byk kali ana tefon..xpe la.. aiman buat2 tak kisah. Sembang2 dgn ustaz hilmi dlm 5 minit – no umah xkisah sgt..hehe..
dgr kata kena gigit tebuan..? ustaz Tanya tahu mana? Cepat btl.. hehe..ade la.. pastu ustaz Tanya, “tahu tak kawan kamu x-cident?” selambe ana ckp “taktau..” ye la..dh mmg taktahu pun.. ustaz cerita haris dan apit (hafiz) patah paha (ke kaki? Dgr paha..)
insya-Allah..nak pi tapi takmau pun ada..hehe. kalau fik ble thn sbb kwn lama, ada gak alas an..yg ni.. hmm..blasah je la
Wednesday, June 21, 2006
Dunia gesa Yahudi henti serang
**gambar tak dapat dibawa masuk..**
PENUNJUK perasaan membakar bendera Amerika Syarikat sebagai tanda membantah serangan Israel ke atas Lebanon dan Palestin ketika perarakan sempena Sidang Kemuncak Rakyat di Cordoba, Argentina kelmarin. – AFP.
--------------------------------------------------------------------------------
JAKARTA – Ratusan ribu penduduk dunia mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran semalam dan hari ini sebagai tanda sokongan terhadap Lebanon yang terus menjadi sasaran serangan Israel.
Ia merupakan protes besar-besaran pertama kali diadakan sejak Israel memulakan serangan minggu lalu.
Protes peringkat global dijangka berterusan hari ini dan esok di bandar-bandar lain.
Penduduk pelbagai negara - dari kota Jakarta sehingga Caracas, keluar berarak bagi membantah kezaliman tentera Israel melancarkan serangan ke atas Lebanon yang telah mengorbankan ramai rakyat yang tidak berdosa.
Di Jakarta, seramai 300 penunjuk perasaan yang diketuai oleh penganjur, Nana Juhana berarak di sekitar ibu negara Indonesia itu selepas sembahyang solat Jumaat.
Sebahagian daripada memegang sepanduk yang membawa mesej “Israel ialah syaitan dan pengganas sebenar” manakala sebahagian pula mengibarkan bendera Palestin.
Keadaan yang hampir serupa berlaku di ibu kota Bangladesh, Dhaka, apabila kira-kira 300 penunjuk perasaan, kebanyakannya anggota kumpulan konservatif, berarak secara aman di hadapan masjid utama Dhaka, Baitul Mokarram selepas sembahyang solat Jumaat.
Di Senegal, lebih daripada 2,000 penduduk Lebanon bertindak menutup premis perniagaan mereka dan berkumpul di pinggir bandar Dakar dalam tunjuk perasaan yang diluluskan oleh kerajaan.
Penduduk Lebanon yang menetap di Mauritania dan Sierra Leone pula menyeru masyarakat antarabangsa agar lebih aktif dalam meleraikan konflik di Lebanon yang semakin buruk.
Sentimen kebencian terhadap Israel turut dirasai di beberapa negara Amerika Selatan dan Amerika Utara seperti di Venezuela, Mexico dan El Salvador apabila penduduk turut keluar untuk memberi sokongan moral kepada penduduk Lebanon dan Palestin.
Tindakan yang sama turut diadakan di Sepanyol, Argentina, Korea Selatan, Filipina, Pakistan, Jordan, Iraq, Palestin, Mesir, India, Libya dan Syria.
Demonstrasi kecam Israel
Oleh: HAMDEN RAMLI
BERSATU KUTUK REJIM ZIONIS...Rakyat Malaysia menyatakan kemarahan terhadap tindakan ganas Israel yang menyerang Lebanon dan Palestin dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran diketuai Pergerakan Pemuda UMNO di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur, semalam.Demonstrasi sedemikian turut diadakan di beberapa negara lain.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 21 Julai - Rakyat Malaysia hari ini menyertai masyarakat antarabangsa mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan Israel melancarkan serangan dan pencerobohan ke atas Palestin serta Lebanon.
Selain Kuala Lumpur, perhimpunan yang melibatkan ratusan ribu orang itu turut diadakan di Indonesia, Filipina, Bangladesh, Korea Selatan dan Senegal.
Sentimen menentang keganasan rejim Zionis itu turut dipaparkan oleh rakyat di Venezuela, Mexico, Sepanyol, Argentina dan El Salvador.
Dalam perhimpunan berkenaan mereka mengecam kuasa-kuasa besar terutama Amerika Syarikat (AS) yang memberi lampu hijau kepada Israel melancarkan serangan serta mendesak supaya keganasan rejim berkenaan dihentikan.
Walaupun berbeza dari segi latar belakang kaum dan agama tetapi mereka berhimpun dengan semangat yang sama iaitu mahukan Israel menamatkan tindakan kejamnya menceroboh Palestin dan Lebanon.
Di Kuala Lumpur, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan anti-Israel bagi mendesak rejim Zionis segera menghentikan serangan dan pencerobohan ke atas kedua-dua negara tersebut.
Tanpa menghiraukan hujan, mereka yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memenuhi dua lokasi perhimpunan di Masjid KLCC dan Masjid Jamik Kampung Baru.
Perhimpunan yang bermula serentak sebaik selesai solat Jumaat itu berlangsung dalam suasana aman dengan kawalan rapi pihak polis.
Di Masjid KLCC, lebih 5,000 orang menyertai perhimpunan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO, yang diketuai Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin.
Perhimpunan yang turut disertai Pemuda Barisan Nasional (BN) itu kemudiannya berarak ke Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, bagi menyampaikan memorandum bantahan menuntut dan mendesak supaya serangan Israel dihentikan serta-merta.
Sambil menyanyikan lagu keamanan, mereka turut mengibarkan sepanduk dan melaungkan slogan mengecam tindakan ganas Israel.
Selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan AS, perarakan kemudian diteruskan ke Kedutaan Britain, sebelum ditamatkan di Kedutaan Perancis sebagai menghormati nasihat pihak berkuasa.
Khairy berkata, Pemuda UMNO dan rakyat Malaysia akan meneruskan bantahan dan demonstrasi selagi Israel tidak menghentikan serangan terhadap Lebanon.
Katanya, Pemuda UMNO juga akan meneruskan bantahan menggunakan rangkaian pergerakan pemuda seluruh negara.
‘‘Setiap pergerakan pemuda akan mendesak kerajaan negara masing-masing untuk memastikan mereka memberi tekanan kepada kuasa besar supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan ke atas Israel,’’ katanya kepada pemberita.
Mengenai memorandum bantahan itu, beliau berkata, Pemuda UMNO turut menghantar memorandum yang sama ke Kedutaan China dan Rusia serta pejabat kedutaan negara-negara yang bukan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
Di Masjid Jamik Kampung Baru, sekitar 1,000 orang termasuk ratusan penyokong parti pembangkang, Pas menyertai perhimpunan anti-Israel.
Israel sebuah kuasa tidak bermoral
Oleh: MUSTAFA KAMAL BASRI, HAMDEN RAMLI dan WAN SYAMSUL AMLY
KHAIRY Jamaluddin yang mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO menunjukkan deklarasi mengutuk serangan Israel ke atas Lebanon sebelum diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 21 Julai – Israel merupakan sebuah kuasa yang tidak bermoral kerana melakukan tindakan kejam membunuh orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan.
Tindakan ketenteraan yang dilancarkan oleh Israel itu sangat tidak berperi kemanusiaan kerana kanak-kanak, wanita dan orang tua itu bukan sahaja tidak berdaya tetapi tidak mempunyai senjata untuk mempertahankan diri.
Serangan tentera Israel itu juga telah menyebabkan beratus-ratus yang lain cedera dan kemusnahan ke atas kemudahan awam.
Kecaman itu terkandung dalam Deklarasi Pemuda Malaysia yang dihantar kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini bagi mengutuk serangan Israel di Palestin dan Lebanon yang telah mengorbankan lebih 300 orang awam.
Deklarasi dua muka surat itu diserahkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kepada pegawai Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di pintu utama bangunan kedutaan itu selepas perhimpunan di pekarangan Masjid KLCC, di sini selepas sembahyang Jumaat.
Kira-kira 5,000 orang menghadiri perhimpunan itu.
Khairy turut menyerahkan deklarasi tersebut kepada Kedutaan Perancis dan Britain yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Sementara wakil Pergerakan Pemuda UMNO menyerahkan deklarasi yang sama ke Kedutaan China dan Rusia yang juga anggota tetap Majlis Keselamatan.
Khairy semasa berucap pada perhimpunan itu meminta semua negara bersatu memulaukan segala bentuk konspirasi Israel dan AS.
“Pemuda menggesa PBB menerima memorandum yang kami hantar ini demi keamanan dunia,’’ katanya.
Secara keseluruhan, Deklarasi Pemuda Malaysia menuntut beberapa desakan yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam memastikan keamanan dapat dipulihkan di wilayah yang bergolak itu iaitu:
* Mendesak rejim Israel menghentikan serangan tentera dan provokasi terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza dan rakyat Lebanon serta menarik balik sekatan dan mengundurkan tenteranya dari Gaza dan Lebanon.
* Mendesak Majlis Keselamatan terutama lima negara anggota tetap majlis itu meluluskan resolusi mengenakan gencatan senjata serta-merta dan menempatkan tentera pengaman.
* Mendesak Majlis Keselamatan meluluskan resolusi membenarkan masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza dan rakyat Lebanon.
* Mendesak semua pihak yang terlibat dalam konflik itu supaya berunding bagi membuat pertukaran tawanan dan mereka yang dipenjarakan.
* Mendesak supaya semua pegawai dan menteri Kabinet Palestin dibebaskan segera tanpa syarat di samping merayu masyarakat antarabangsa memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan Lebanon serta pelarian.
* Pemuda Malaysia menutup deklarasi itu dengan membuat rayuan:
“Kami Pemuda Malaysia menggesa masyarakat dunia di mana sahaja mereka berada yang menghormati dan mengunjung undang-undang antarabangsa, maruah dan keadilan supaya bersama-sama kami dalam usaha menamatkan kesengsaraan dan penindasan yang dilakukan oleh Israel.’’
klinik
Sepatutnya pegi klinik gigi hari ni.. ana sakit gigi..hehe.. cam malu je nak ngaku, tp sungguh.. dah lama dah..Cuma ana takut nak bgtau family..knp? xtahu. Actually dr thn lps lg.. kwn2 ana tahu la jgk.. pnh ana pegi klinik dgn diorg waktu skolah.. tp xde doctor pun. (suh kitorg dtg hari lain.. amboi..suka suki dia ja.)
Kawan ana mariah dan zahida nak mai umah khamis ni..bimakna tidur sehari sbl knduri. Yang lelain, pagi jumaat, insya-Allah.. ana bukan apa, tak kisah smua nk mai pun, nak tidoq kat umah, cumanya..bilik & family..hihihi
Tuesday, June 20, 2006
medical checkup
pegi hospital sp, MC.. uih..gerun2 tahap kronik.. takutnya.. rasa cam sakit je.. ni la kelemahan pegi hospital..tak sakit pun rasa mcm sakit.. pastu x-ray, tah hape2.. ada doktor (kot..kiranya pekerja bahagian x-ray jgk) tu kata, xelok gambar x-ray ana.. suh bat sekali lagi.. aiyah..susa ati btl..
pastu pegi bahagian2 lain.. pastu..doktor mana tah tgk dan tunjukkan gambar x-ray..hmm..xde pa pe pon (tp..ana.. ilusi ana shj kah? Xde sakit? Isk.. alhamdulillah..) last sekali pegi check jenis darah..wah..sakitnya tebuk jari, jari hantu lak tu.. panggil tebuk ke? Hehe..macam dahsyat sgt je la pulak bunyinya.. amik darah, pastu.. disahkan.. B Positf (+ve) Hehe..
oh ya..kata nak bat kenduri jumaat ni..hurmm.. ana pun nk panggil jgk kwn2 ana. Bila lagi,kn? Dah la xtahu nk jumpa bila lg.. pastu, boleh la..diorang kata kalau xada apa2 hal, sampailah..
Monday, June 19, 2006
jatuh hati
sekarang ni dah terbit album baru..lagu yang best (yg pnh dgr setakat ni) ‘Tangisan Rindu’.. fisrt dgr lagu ni masa hari selepas ACNI di IKIM.FM.. masa tu tgh ikuti Alam Ria Si Kecil, petang.. hmm..sedap lagu tu…tapi taktau tajuk dan sapa yg nyanyi..
pastu..baru-baru ni tgk dalam forum, ada senikata lagu tu.. siap ada post yg bertajuk ‘Tangisan Rindu Best..’ bukak islah..eh, ada rupanya lagu Tangisan Rindu tu.. dgr.. masa tu adalah kali kedua dgr lagu tu.. lps tu, bari teringat penah dgr lagu ni dulu.. bukan apa, ayat dia best..
‘tangisanku mendayu-dayu, mengharap dari Yang Satu, ku tahu cintaku terbalas kerana Dialah pemilik cinta sejati..’ (lebih kuarang la..silap harap maaf =D)
ana ada buat ayat.. ‘Mengapa cintakan insan kerana ia belum tentu terbalas, Mengapa alpa mencintai Tuhan sedangkan cinta-Nya pasti terbalas kerana Dia pemilik cinta hakiki..’ ada lebih kurang dengan seni kata lagu tu sket2 kan?? (ngaku pi la…)
pastu..ana ubah la sket ayat yg ana buat tu..cam berengkai-rengkai ja.. (tatabahasa@perbendaharaan baru..berengkai-rengkai, pnh guna sbl ni? Tahlah..hihi)
‘Cintakan Insan Belum Tentu Berbalas, Cintakan Tuhan Pasti Terbalas Kerana Dia Pemilik Cinta Hakiki’
Saturday, June 17, 2006
tidak dihargai
Entahlah..biarlah.. izinkan ana menjadikan masa sebagai penawar hati walau ia sebenarnya amat berbisa..
Friday, June 16, 2006
hari guru MMKM
makan buah epal paling cepat
kayuh basikal paling lambat
cari gula-gula dalam tepungSeronok jugak hari ni..macam2 aktiviti yyg dibuat dan ada yang ana buat rakaman.. tp tu pun dah dipertengahan baru tergerak hati nak rakam..hehe
pecahkan belon dikaki lawan
isi air dalam botol
pecah belon berisi air sambil menutup mata Jugak..ada benda yang sedey.. sbl ni ana buat kertas kerja utk program hari guru ni.. ye la, ana s/u bdn kesenian & kebudayaan Islam skolh (x-s/u dah skrg..) tp ye la, ana dah siapkan anggaran perbelanjaan utk prog tu.. skali dgn cenderahati utk smua AJK bdn termasuklah ana jgk..ye la, dah ana yg ‘buat cadangan’ utk prog ni (kertas krja)..
pastu..ana ada tgk cenderahati tu..cemana ntah..tergerak hati nak tny..beli brp? Sbb dlm anggaran tu, ana letak 28 (ajk 26+pgadil tmbhn) pastu org yg ana tu selambe mnjawab..24. eh?? Knp 24? Ana tny dia balik.. dia kata “dah buang smua222..” “buang sapa?” “ainun..(sbl exam lg dah xdtg skolh@berenti)” “lagi?” “hampa la..”
Ya Allah, pedihnya hati waktu tu.. tetiba rasa cam nk nangis ja..masa tu lak dok atas pentas. Thn je la.pastu balik kls..tgk dak2 asrm tgkap gmbr, *adik jd jurugambar nya.. haih.. ntahlah..xdak mood nk tego.. *adik ada tgor psl tgkap gambr..nak tlg tangkap skali ke? Lbh kurg begitulah bunyi soalannya..entah, ana kata ape tah..
Pastu.ana letakkan kepala dan tangan atas meja..mcm tido.. hidayah tego..kenapa ni? Ana wat taktu ja..ish, lagi org dok tny,lagi rasa sedey…pastu mungkin sbb bosan ana tak layan dia kot..dia pun memblahkan dirinya. Kemudian, kak shu dok meja sblh.. “awat ni?” ana diam je..masih belum mgagkat kepala..
ana dgr tapak kaki yg lelain dtg mghampiri meja ana trmasuklh org yg ana brckp dgnnya di atas pnts td.. ana angkat kepala, tak tgk muka sesapa pun..sbb terlalu pedih hati ni, tahu tak? Tp sbg menjawab soalan kak shu td.. “nak balik..” ana masukkan brg2 ana dlm beg..ana nmpk org tu ada sentuh kamera ana, ntahlah..ana cepat2 rampas..rebut? ana ambil dari dia..
Ana keluar kls..kelua skolh..selambenye??ms tu kul 10.15 lbh.. rehat. Siap pgg beg lg..tp.. haih..pelik..xde cikgu ke? Huhu.. pastu lalu kat kantin..ade org pgey..mls nk tgk tp sbb fik..ana tgk la jgk, ye la..hati kawan, kena jaga kan? (wlaupun hati kita tiada siapa yg menjaganya..hati terluka..) “nak balik dah ka?” ana just angguk.
Ish,,kenapa ana xdpt brthn?? Sdgkn slma ni..ana nangis pun abis teruk, pegi tandas.. eh, pejabat kedua. Tp ni?? Mungkin sbb dh lps dr status ‘plajar skolh’ kot. Rasa..rasa tak dihargai..macam menyesal je ana datang hari ni..sambut hari guru. Sbl ni us.ada mgajak.. jd antara sbb la ana dtg..ada kwn2 jg yg ajak..tp..tp/// kenapa? Kenapa buat ana macam ni? Org tu..ya Allah..ana anggap dia kwn terbaik ana di sini.. masalah ana, kbykn ana cerita pada dia(wlau tak smua..sbb ana lbh byk brhsia sbnrnya).. terngiang2 je “kami buang nama hampa..” knapa? Ana jg turut myumbangkn tenaga dlm program tu.. knp? Knp ckp syg ana..suka ana.. rasa sedih bila ana akan keluar..tapi..bila ana dah keluar.. ‘buang’ ana.. mungkin begitu juga di dlm hati..buang ana jua?
Balik..dia ada hntr msg dkt ana..ana xada mood.. ‘..maaf kami lupa nk ucap HAPPY BIRTHDAY…’ ada lg ayat yg megharukan..tp ntah..rasa mcm xde makna je.. is nothing to me. Khadijah ada juga hntr ‘awat balik awal sgt?’ mungkin dia taktahu knp ana lari balik, mungkin juga dia tiada masa tu..biarlah. apakah perasaan anda apabila anda tidak dihargai?
Wednesday, June 14, 2006
Hari Lahir 2006
Xtahu lah.
Terima kasih kepada
1-kak syakirah (voice SMS)
2-abang (picture msg)
3-shila
4-nazeela
5-ruzaimi
6-faradila
Tuesday, June 13, 2006
Test JPJ
tapi..alhamdulillah.."LULUS"..hehe..
pegi kul 9.00 pagi, abis dalam pukul 1.00..lebih kurang lah..
mula2 buat jalan raya, testernya lelaki..hm..ble la.. cukup syarat lulus.
pastu, bagi borang dekat tester atas bukit, perempuan..senyum sikit dekat dia, uih..masam je.. takpe..senyum jugak, senyum kan satu sedekah...
pastu, dia panggil, naik bukit.. parking..er, alamak, cam terlebih sikit.. takut3..tapi..angkat tangan jugak, tengok tester tu..still smile dekat dia..
"jalan.." katanya.. "hah?" ana kurang perasan kot..hehe "jalan.." dia ulang..
hehehe..me kasih cik..puan kot?
pastu, parking biasa dan 3 penjuru.. tester lain pulak, lelaki..agak muda.. hehe
dah park semua..elok la jugak..bukan2.. memang kontrol banyak..hehe.. elok la.
pastu..pegi dekat dia, amik borang..dia tanda2.. "adik buat (parking) cantik.."
hihihihi..
pegi kaunter..bagi borang..tunggu keputusan.. pastu, pakcik tu panggil..
"sedap nama..." haha.. mekasih2..
kak nazeela (kenalan masa latihan) kata, pak leh (cikgu sek. memandu) masa ana wat parking tu, dia duk tak diam.. tak senang hati ke pak leh? hehehe.. dah pas dah ni.. mekasih pak leh.. =)
tak sabo nak dapat lesen P..hehe..
Monday, June 12, 2006
hari terakhir
pegi skolh..hntr buku teks..gi buat sijil berhenti skolh..
apa2 je lah/.
12-06-2006
rindu lak kat skolh..hehe. Rasa cam besalah lak ‘ponteng’ skolh ni.. ye la, xpnh saja2 xpegi skolh..sllnya demam ke..hal penting2 ke.. ni..??
gi skolh mmndu
Tuesday, June 06, 2006
Kias Cinta
Tetap kan ku kagumi
Indah maya alam ciptaanNya
KudratNya ku agungi
Namun jalin warna zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatNya
Ku pasti
Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna
Tika dalam gelita
Atau sepi kembara dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah dariNya
Hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
Naluri
Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna
Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang Esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihNya
Moga tak diuji asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Ilahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanyalah pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia
Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi
A.K.U.M
--->> Sudah lama saya ingin menulis artikel ini tapi selalu terbantut,tetapi kali ini insyaAllah di beri peluang dan kekuatan.saya cuma hendak menyentuh tentang sikap kebanyakan pengguna internet yang samaada melalui email ataupun mana-mana chat sistem seperti YM,MSN dan sebagainya yang sering mem'foward' sesuatu yang tidak tahu kebenarannya tanpa berfikir panjang.ini mungkin kerana kedangkalan ilmu ataupun sikapnya memang begitu.
sejak akhir-akhir ini mesej mengenai penggunaan perkataan 'AKUM' luar tersebar.mesej tersebut berbunyi :"Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ' BINATANG' dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud ' HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.. Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka. Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada salam=peace dlm bahasa arab.. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara keseluruhan... Jika anda sayangkan umat Islam,adalah lebih baik anda sebarkan kepada kawan2 yang lain.. wallahua'lam"
saya tidak tahu siapakah yang mereka-reka mesej di atas.dulunya kecoh dengan perkataan 'mosque' dan macam-macam lagi.masalah salam ini hanya di gunakan ringkasan perkataan dan walaupun di taip sebegitu kita faham dan tahu orang yang menaipnya itu menaip ucapan salam.dan AKUM itu tidak pula di sebut bila kita berjumpa di dunia nyata.
jadi ini hanyalah masalah bahasa di dalam internet ataupun sms lagi pun kita bukannya mendengar lafaz salam terbabit, dari kajian saya juga perkataaan Kokhavim itu bermaksud bintang bukannya binatang manakala Mazzalot itu juga merujuk kepada bintang iaitu bintang 12 atau di kenali sebagai zodiak yang terkandung di dalam ilmu astronomy yang di tulis di dalam bahasa Hebrew.di sana ada satu lagi ungkapan yang saya jumpai iaitu "abodat kokabim u-mazzalot" yang bermaksud pemujaan kepada bintang.ini bermakna maksud yang di rungkaikan oleh pencipta mesej di atas adalah tidak benar atau lebih tepat di reka-reka.mungkin untuk kepentingan diri atau mereka ini dari golongan 'extremisme' agama.
mesej kedua yang ingin saya paparkan di sini adalah berbunyi seperti berikut :"Adakah anda percaya Allah itu wujud,kalau anda percaya hantar e-mail ini kepada 100 orang yang berada didalam list anda atau semua orang dalam list anda la senang cakap sket dan jika anda tidak percaya anda sah kafir laknat"mesej ini lagi ternyata kesesatannya.saya merasakan pereka mesej di atas tidak mempunyai akal yang sempurna dan mesej seperti itu juga boleh merosakkan akidah umat islam.hanya dengan menghantar email yang mengandungi mesej tersebut sudah cukupkah percaya dengan wujudnya Allah?
satu kekarutan yang jelas di sini malah menyesatkan dan di sebar tanpa memikirkan benar atau salahnya.begitu mudah agama di permain-mainkan di zaman siber ini.mungkin juga kejahilan umat islam akhir zaman itu sendiri yang hanya seumpama buih-buih di lautan.saya menulis mengenai perkara ini kerana sudah penat melihat sikap mereka-mereka yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah siber.mungkin ada yang baru mengenal dunia siber dan cepat terpengaruh atau 'culture shock',mereka lihat kawan-kawan mengirim mesej-mesej seperti itu mereka pun turut serta,seolah-olah ianya sesuatu yang menyeronokkan,ialah 'nampak' macam berdakwah katakan.
saya ingat dulu perkara seperti ini jarang berlaku,saya sendiri sudah hampir sebelas tahun di dalam dunia siber ini dan saya dapat melihat perubahan budaya internet di malaysia ini.saya berharap budaya seperti ini tidak lagi di amalkan.jika ada mesej-mesej yang anda merasa muskil mengenainya bolehlah emailkan kepada saya (dome@digitaldome.org) atau gunakan k-forum dan saya akan 'reply' untuk menjawapnya sekadar mampu.
Monday, June 05, 2006
SUKMA XI
ade jugak tengok sikit-sikit masa upaca penutup SUKMA malam td.. hmmmh, boleh la.. tapi, macam ntah hape2 la pulak.. -->> tak lenguh kaki ke?? hihihi
"Sukan cemerlang negara terbilang
SUKMA di Kedah Darul Aman.."

--Mempromosikan Kedah semperna SUKMA--
baru register blog

assalamualaikum..
selamat datang ke blog ana nih.. ana baru je register =)
haih..tak reti nak kontrol la pulak..
sape expert?? ble tulong ajo..hehe
macam mane la nak edit yang tepi2 ni ek??
aih..
biar je la dulu..hihi