© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, November 10, 2009

prolog 6 - akhir

Aku melihat dia bangkit dari duduknya. Dia berbaju putih kebiru-biruan. Dia melangkah menuju ke kamarku. Aku tidak melihat wajahnya dengan jelas. Aku melarikan mataku. Aku gementar. Malu. Pelbagai rasa berpusu-pusu menerjahku.

Dia kini berada di hadapanku. Dia memberi salam. Dan aku menjawabnya. Aku cuba memandangnya. Ku lihat matanya yang redup, ku terasa damai. Ku lihat senyumnya yang kudus, ku terasa bahagia. Oh Tuhan, terima kasih untuk ini. Peluang ini.

Dia menyarungkan cincin dijari manisku. Kami bersalaman. Aku tunduk, mencium tangannya. Air mataku mula bergenang. Dia kemudiannya mengucup dahiku. Dan kemudian berbisik..
"Aku mencintaimu,". Air mataku mengalir keharuan.


Dia mengambil tempat disisiku. Menggenggam jemariku.

Dia : Terima kasih sudi menerimaku
Aku: Aku seharusnya berkata begitu
Dia : Kita sama mulakan hidup baru. Kita dekatkan diri dengan-Nya
Aku: Ya
Dia : Biarlah bahagia di sini, dan di sana nanti
Aku: (Aku mengangguk)

Monday, November 09, 2009

prolog 5

Aku: Masih adakah ruang untukku?
Dia : Ianya untukmu
Aku: Benarkah?
Dia : Aku akan berdosa pada-Nya jika aku berkata yang tidak benar
Aku: Aku...
Dia : Aku mahu menjadikan kau suri hidupku
Aku: Bisakah aku?
Dia : Tentu
Aku: Kunjungilah teratakku. Temui orang tuaku
Dia : Aku akan. Nantikan kedatanganku
Aku: Bagaimana dapatku kenali dirimu nanti?
Dia : Melalui mata hatimu..

Sunday, November 08, 2009

prolog 4

Aku: Diriku tidak setanding dirimu
Dia : Kau sebenarnya.. kita sebenarnya sama
Aku: Mungkin dahulu aku sepertimu, tapi kini...
Dia : Kau hanyalah tersalah arah. Haluan yang benar kini terbentang
Aku: Aku takut
Dia : Mengapa?
Aku: Diriku yang dulu..
Dia : Kau bisa kembali mendapatkannya
Aku: Aku lemah
Dia: Aku akan jadi kekuatanmu. Dan kau semangatku.
Aku: Benarkah hasratmu?
Dia : Aku ikhlas seadanya

Saturday, November 07, 2009

prolog 3

Aku: Masih bisakah aku?
Dia : Selagi pintu-Nya masih terbuka
Aku: Aku keliru
Dia : Apakah kau meragu ketulusanku?
Aku: Kau tidak mengenaliku
Dia : Dia memperkenalkan kau kepadaku
Aku: Apakah aku di alam mimpi?
Dia : Tidak. Kau di dunia nyata
Aku: Mengapa aku?
Dia : Seperti yang ku katakan, Dia yang menemukan aku kepadamu
Aku: Apakah ini...
Dia : Petanda Dia menyayangimu
Aku: Kau terlalu baik

Friday, November 06, 2009

prolog 2

Dia : Aku mahu kau menemani hariku, di dunia jua akhirat sana
Aku: Aku bukanlah manusia sempurna
Dia : Tiada manusia yang sempurna
Aku: Aku bukanlah yang terbaik
Dia : Aku mahu kau menjadi yang terbaik
Aku: Jika aku gagal?
Dia : Aku akan membimbingmu dengan ilmu yang aku ada
Aku: Jika aku jatuh?
Dia : Aku akan menghulurkan tanganku. Dia pasti membantu
Aku: Jika aku mengalah?
Dia : Percayalah janji Tuhan, Dia tidak akan pernah jauh...
Aku: Aku seringkali alpa.....
Dia : Izinkan aku membawamu pulang kepada-Nya

Thursday, November 05, 2009

prolog 1

Aku: Apa yang kau mahu dariku?
Dia : Aku mahu kamu, hatimu, cintamu
Aku: Sebanyak mana cintaku yang kau perlukan?
Dia : Sebanyak aku mencintaimu, tidak melebihi cintaku pada Tuhanku
Aku: Jika aku enggan?
Dia: Aku akur pada jawapanmu
Aku: Jika aku berikan?
Dia : Aku akan bahagiakanmu dengan izin-Nya

Wednesday, November 04, 2009

kembalilah

Sudah lama saya mencari apakah penyelesaian terbaik bagi mengelakkan hati sentiasa dirundung resah dan gelisah.. Bukan. Sebenarnya saya telah lama menemui jawapannya.. Cuma bagaimana untuk melaksanakan...........

Kerana banyaknya dosa
kerana banyakkan berada disekeliling dosa
kerana banyakkan mendiamkan diri dengan dosa

Bagaimana ketenangan bisa menjelma jika manusia itu berdosa?

"Cegahlah kemungkaran dengan tanganmu, bicara(teguran)mu, dan hatimu. Dan ianya (membenci di dalam hati) adalah selemah-lemah iman"

Aih..
entahlah..
banyak pula keluhan.....
melihatkan teman-teman......
persekitaran........

Sesungguhnya aku kecewa
memiliki teman-teman yang baik
yang tidak lokek
yang tidak berkira

yang sedia berkorban demi temannya

walaupun bukan terhadapku
yang sedia meluangkan masa demi temannya
walaupun bukan untukku
kerana aku tahu
teman-temanku itu baik budi bicaranya

Tapi..
teman-temanku ini
jauh sekali dari temanku yang dulu..
bukan mahuku membandingkan
tapi inilah hakikat
punca hatiku, hidupku tiada ketenangan

Jauh dari Tuhan
jauh dari amalan

Tiada yang hampir denganku
menyeruku ke arah Tuhan
banyak yang menjadikan aku insan biasa
biasa yang bagaimana?
biasa dalam kefasidan.....

Ya Allah
sesungguhnya hambaMu ini telah berdosa
bukan aku mahu menginggalkan teman-teman itu
apatah lagi memutuskan silaturrahim ini
tetapi ku fikir inilah cara yang terbaik
aku harus 'berjauhan' dari mereka
demi mengembalikan aku yang dahulu...

Tuesday, November 03, 2009

di mana kau?

Di mana kau duhai ketenangan?
hanya ku diteman resah, gelisah
hatiku runsing bertambah parah

Di mana kau wahai ketenangan?
hampirilah diriku, mindaku, jiwaku, hatiku
bawa kedamaian
bawa kebahagiaan
bawa ketenangan

Ampuni khilaf dosaku Tuhan
kerana ketenangan itu
tidak akan menghampiri
diriku yang berdosa ini
kerana hanya Kau yang mampu
berikanku ketenangan itu..

Monday, November 02, 2009

ampunkan aku

Kau. aku. kita
tak mampu bersatu
walau hatiku untukmu
walau hatimu buatku

Kita tak mungkin bersama
kerana aku. sakitku
tiada penawarnya

Derita ini
biarlah ku alami sendiri
bisa yang menusuk
akan tabah ku hadapi

Ampunkan aku kekasih
izinkanku pergi..

-kau mawarku-

Sunday, November 01, 2009

aku mahu kamu

Dalam lena
dalam jaga
aku mahu kamu

Dalam suka
dalam duka
aku mahu kamu

Dalam tawa
dalam tangis
aku mahu kamu

Dalam nafas
dalam udara
aku mahu kamu

Di mata
di hati
aku mahu kamu

Hidup
mati
aku mahu kamu

-kau mawarku-

Friday, October 30, 2009

nur kasih

artis: yassin
ost: nur kasih (tv3)

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Thursday, October 29, 2009

Kekasih Yang Satu

Ku Temui Mu Dalam Pencarian

Menyuluh Jalanku Terang

Mewarna Hariku Indah

Kau Beriku Pengharapan

Kau Ilhamku Kekuatan

Hadapi Hidup Penuh Dugaan


Kau Hadiahkan Senyuman

Yang Terbias Diwajahku

Bercahaya di Mataku

Damai di Hatiku

Pencarianku Temui Hujungnya..


Terima Kasih Kekasih Yang Satu

Kerana Tidak Pernah Menjauhiku

Sentiasa Membuka Pintu Buatku…

Terima Kasih, Tuhanku

Kekasihku..

Wednesday, October 28, 2009

cukup, cukuplah!

Pada hitaman noda tersalut dijemariku

Pada amarah iblis membeku ditelapak tanganku

Pada lumpur-lumpur durjana terpalit dikakiku

Pada debu-debu dosa yang menghinggap disisiku

Mengekori tiap langkah jalanku…

Cukup, cukuplah

Berhenti menghantuiku

Berhenti melambai padaku

Menggamit menyeruku ke sana

Ke lembah itu

Lembah kehancuran..

Cukup, cukuplah

Tiap khilaf yang pernahku laku

Atas kealpaanku

Tak sanggupku mengulanginya!

Tuesday, October 27, 2009

pengorbanan

Kalaulah dalam persahabatan itu memerlukan pengorbanan… Telah banyak yang ku korbankan untuk sahabat, kerana persahabatan.. Tak perlu diukur sebesar mana pengorbanan yang telah ku laku kerana aku sendiri tidak mampu untuk menghitungnya. Masa, tenaga, bahkan hati dan rasa juga ku korbankan demi menjaga hati sahabat. Bukan mahuku mengungkit, tapi inilah yang ku rasa, yang ku alami… Kalaulah memang dalam persahabatan itu memerlukan pengorbanan…. Mengapa hanya aku yang harus berkorban?

Monday, October 26, 2009

tesis oh tesis

Sekarang ini sedang dalam kepeningan memikirkan tajuk-tajuk tesis yang sesuai. Oh, oh.. ada sesiapa yang boleh membantu memberikan idea? he.he

Tapi esok dah kene submit form tesis tu....

Saya ingat nak tajuk yang ada kaitan antara fiqh dan ICT. Contoh, akad nikah atau lafaz cerai melalui media elektronik.. Ada kawan memberikan tajuk hukum membaca al-quran digital, erm.. terima kasih ya. Credit for Rosmalizi.

Kakak-kakak saya ada juga yang memberikan tajuk yang agak menarik seperti cerai SMS (outside the court), perancang keluarga.. dan lain-lain..

Apa tajuk yang saya pilih?

Bersambung selepas ini... He.he

Wednesday, October 21, 2009

hadis: jangan tamak

Hadith:

Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Monday, October 19, 2009

openhouse sir Ilias

Sir Ilias merupakan pensyarah saya (dan kami pelajar Fiqh, elektif ICT). Boleh lah.. sir seorang yang agak spoting, kami (saya) suka kacau, sakat, usik. hu.hu...

Umah sir dekat aje, dekat dengan saya punya kolej kediaman, Camellia Court.

Ohya, saya pergi dengan rakan bukan sama elektif dengan saya, merangkap jiran saya. He.he. Terima kasih ye Wahidah untuk bawak motor.. saya memang tak reti.. reti naik je.. He...

Again.. Thanks sir for the invitation to your openhouse :D






Saturday, October 10, 2009

openhouse asya

Nik Syafawati (Asya) merupakan teman baik saya dari sekolah menengah pertama saya iaitu Sek. Men. Islam Bestari. Dari tingkatan satu hingga tingkatan lima kami belajar bersama (Faradila, Azila dan lain-lain, kenal bermula semasa di tingkatan tiga).

Erm.. Thanks asya for inviting me.. hu.hu

Jemput la lagi yer...


Wednesday, October 07, 2009

cinta terakhir

Artis: Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Monday, October 05, 2009

masa dan kita

Seberedarnya masa
Manusia juga mula berbeda

Masa, banyak merubah manusia
Siapa yang harus dipersalahkan?
Masa?
Atau manusia?

Kau?
Aku?
Atau kita?

Saturday, September 26, 2009

takziah buat laila sekeluarga

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.

Al-Fatihah buat Allahyarham Abdullah Suhami bin Awang (bapa kepada teman baik saya sejak sekolah rendah, Laila) yang telah kembali ke rahmatullah pada 24/09/09 yang lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya dan dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah, ameen.

Saya baru tahu semalam, Laila baru beritahu.. .

Takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Friday, September 25, 2009

seorang pengembara

Aku pengembara
Mengembara, dan mengembara
Ku mencarinya
Di sini
Di sana
Di mana-mana

Tak ku temuinya
Walau lama ku menanti
Walau musim silih berganti
Walau masa terus pergi

Yang ku cari
Yang ku nanti
Tetap jua belum ku temui

Apakah kerana titik-titik hitam bertompok di hati?
Apakah kerana noda-noda khilaf bersarang di sisi?
Ataukah kerana debu-debu dosa berada dalam diri?

Apakah masih bisa ku memiliki
Dalam pengembaraan ini
Akan akhirnya ku temui
Cinta hakiki
Dari-Mu Rabbi
Yang ku nanti
Yang ku tercari-cari
Selama ini.. .

Thursday, September 24, 2009

tak mungkin kerna sayang

Artis: Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Tuesday, September 22, 2009

selamat bertunang, azila!

Macam tak percaya pula, kawan semasa zaman persekolahan dulu kini sudah mahu mendirikan rumah tangga. Oh Azura Azilawati (nama yang diberi oleh Ustaz Yahya kepada Azila), masih belum sepenuhnya percaya ni walaupun sendiri ke rumahmu dan menyaksikan cincin itu tersarung dijarimu. Hu,hu.

Faradila, Abidah dan lain-lain pun macam tak berapa nak percaya juga. Almaklumlah, dulu sama-sama entah apa-apa ntah, ada juga kawan sekolah yang dah kahwin siap dah ada anak lagi tapi tak berasa sangat, mungkin sebab tak berapa rapat kot.. Kata Faradila, sebab dia (orang yang dah kahwin tu) dah dok bercinta dulu.. Hurmm.. yelah kot, mana-mana je lah.. kan?


Anyway Azila, again, congratulation! =)





Saturday, September 19, 2009

adiestam04

"Fatimah yang dulu bukan macam ni. Fatimah sekarang sangat berbeza dari yang dulu. Fatimah yang dulu.. kalau dia sukakan seseorang, kalau dia sayangkan seseorang, dia tak akan cakap, dia tak akan luahkan perasaannya kepada orang itu sebab.. kasih, perasaannya terlalu suci dan tersangat mahal harganya untuk diperdagangkan!". -Abg Adie.

Walaupun hanya sekadar di dalam mimpi
ku mendengar kata-katanya,
namun suaranya, tegurannya masih
terngiang-ngiang di sini..
Italic
Ya Allah serius betul,
terasa betul-betul aku bersua dengan dia kembali
sudah pula, apa yang dia katakan
tepat mengena pada diriku

Oh mimpi
kenapa mimpi
salahkah bermimpi?
mengapa hanya sekadar fantasi?
bilakah mahu menjadi realiti?

Rindukah aku pada suatu nama itu
adiestam04

Wednesday, September 16, 2009

satu malaysia

Jalur gemilang berkibar megah
Rukun Negara tersemat indah
Kita punya satu cita-cita
Mendukung wawasan satu Malaysia

Satu Malaysia matlamat kita
Satu Malaysia harapan negara
Rakyat diutama pemimpin berjasa
Negara pewaris bangsa berjaya

Bersatu padu bekerjasama
Erat ikatan antara kita
Walau berbeza agama bangsa
Kita adalah warga Malaysia

Satu Malaysia matlamat kita
Satu Malaysia harapan negara
Kita buktikan pada dunia
Malaysia maju digerbang jaya

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

****************************************************
** Lirik terbaik, Festival Cipta '09
** Tempat kedua kategori lagu terbaik, Festival Cipta '09
** Tersiar di Metro, 24.08.09.

Sunday, September 13, 2009

pahlawan sejati

Di suatu ketika dulu
pernah kau menyerah diri
pada negara kau kota janji
rela berkorban jiwa raga

Kini masa telah berlalu
perjuanganmu beroleh hasilnya
negara merdeka yang kau impi
telah menjelma menjadi nyata

Biarpun
bakti kau curah jauh dikenang
jasa kau tabur lama dibuang
tepinggir kau di sisi desa
namun tidak pernah kau meronta
nama dijunjung seluruh dunia

Engkaulah pahlawan sejati
sejarah sesungguhnya telah bersaksi
pengorbananmu yang tulus suci
Tuhan pasti akan mengganjari

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

Saturday, September 12, 2009

aman malaysia

Desiran angin mendayu-dayu
Senyum langit disapa pagi
Alam desa melangkah maju
Nikmat harus kita syukuri

Awan ceria berarak indah
Riang burung dihiasi tawa
Anak muda mengenang jasa
Bakti juang pewira bangsa

Kedamaian....bahagia
Keamanan....sejahtera
Takkan dikecapi tanpa mereka

Perjuangan....seikhlasnya
Pertahankan....tanah tercinta
Harus dikenang kita sentiasa

Marilah kita bersama-sama
Bersatu hati menggenggam cita
Bawa negara ke persada dunia

Kita pewaris bumi merdeka
Kita pewaris negara jaya
Aman Malaysia selama-lamanya

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

**************************************************************
**Lirik terpilih ke saringan Festival Cipta '09
**Johan kategori sajak, pertandingan menulis semperna kemerdekaan

Friday, September 11, 2009

salam semua

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hurm.. Apa ya perkembangan terkini?

Ahha..!
Semalam mendapat johan pertandingan sajak sempena bulan kemerdekaan anjuran Kolej Kediaman Camellia Court. Tajuk sajak "Aman Malaysia".

Sebenarnya ni tajuk lirik yang pernah saya hasilkan dulu, pakai hantar je. Saat-saat akhir pulak tu. Yelah, esoknya tarikh tutup, malam tu saya hantar. Hu.hu.

Tapi kira bertuahlah jugak, sebab dapat johan. hi.hi.hi :D

Tapi hadiahnya orang lain yang ambil malam tadi, sebab saya ada kelas. Jadi tak dapat pergi tengok majlis tu. (Dan taktau kata menang, kalau tak boleh mintak roommate ambilkan..).

Hu.hu..

Jumpa lagi~!

Wednesday, September 02, 2009

kau, mawarku

Harummu mewangi
menemani disisi
kekosongan hati terisi
kehadiranmu penyeri

Merahmu menyala semangatku
merahmu menghembus nafasku
merahmu mewarna hariku
merahmu menyubur kasihku

Kau, mawarku..

-kau mawarku-

Tuesday, September 01, 2009

lagu itu

Seakan terdengar gemersik iramanya
Beralun-alun di cuping telinga
Lantas.. terus menusuk ke jiwa

Saat minda di alam khayalan
Saat fikiran terbang melayang
Saat itu, hati bagai dihibur
Melodi indah sebuah lagu

Lagu itu
Lagu rindu
Yang tercipta
Untuk, kerana dia.. .


-kau mawarku-

Saturday, August 29, 2009

my beloved abah

Hari ini pergi ke library UKM, cari bahan untuk assigment yang sudah mula menambah-nambah dan menuntut untuk segera disiapkan. Oh.oh. Penat.

Semasa dalam perjalanan, abg zarin ada mengirimkan sms... terselit di situ tentang abah..

Kata abg zarin, abah sakit.. Ia membuat saya mahu menangis. Tapi saya bertahan supaya tak ada yang perasan perasaan saya ketika itu.. Doktor masih belum check. Pagi tadi abah tiba-tiba tak dapat mengunyah... Begitulah kata abg zarin. Pagi tadi, mak hantar abah ke hospital. Abah dalam wad. Tidur..

Saya rasa sebak dan sedih.. Entahlah.. tapi sedih.. Kata abg zarin, jangan risau sangat.





Tiba-tiba teringat suatu masa dahulu..

Abah...yang hantar saya ke asrama. Abah belikan laptop. Abah bawa beli barang-barang. Abah bagi duit. Abah..dan abah.. . Abah adalah segalanya bagi saya.


Saya takut jika kehilangan abah, na-a'uzubillah.. Mohon dijauhkan, ameen..


Buat kawan-kawan, doakan kesejahteraan dan kesihatan abah saya ya, semoga dia cepat sembuh..

Thursday, August 27, 2009

ayuh jayakan

Ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia
gemilang bangsa wajah dunia
melangkah maju negara kita

Bersatu kita rakyat Malaysia
hidup harmoni dan sejahtera
menjunjung tinggi rukun negara
tekad membela nusa tercinta

Walau berbeza agama bangsa
satu haluan mampu tercipta
jalin ikatan antara kita
sama menuju ke puncak jaya

Satu suara satu fikiran
satu fahaman satu tujuan
ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09, "Bersama Kita Eratkan Perpduan Negara Bangsa"

Monday, August 24, 2009

usim, banduan cipta lagu


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (Usim) dan Jabatan Penjara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Perbadanan Putrajaya menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik 2009 (Cipta '09), baru-baru ini. Ia bertujuan memperkasakan modal insan dan menyahut aspirasi kerajaan bagi mewujudkan warga patriotisme.

Program Cipta '09 kali kedua ini unik dan menarik kerana ia membabitkan gabungan pelajar Usim dan penghuni penjara dalam melestarikan semangat kemerdekaan negara ke-52 selari dengan tema 'Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa'.

Setiausaha 1 Cipta '09, Ismail Ahmed, berkata objektif program ini bertujuan memilih Ikon patriotik di kalangan penghuni penjara dengan penghasilan lagu patriotik. Beliau berkata, program ini bertujuan membuktikan mereka yang menjalani program pemulihan di penjara mampu mempunyai jati diri dan kecintaan kepada tanah air.

"Melalui festival ini, ia dapat menyemarakkan lagi aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah di kalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka terhadap persekitaran masyarakat. Program ini juga memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan masyarakat (banduan) daripada pelbagai kaum dan etnik," katanya.

Bermula dengan Bengkel Penulisan Lirik Patriotik, seramai 40 mahasiswa Usim diberi tunjuk ajar menghasilkan lirik oleh Siso dan Ranofla Dianti Erwan.Mahasiswa Usim yang bertindak sebagai penulis lirik akan bergabung dengan penghuni penjara untuk menghasilkan lagu patriotik.

Hasil gabungan itu, daripada 15 lagu yang tersenarai di peringkat saringan, lapan lagu melangkah ke peringkat akhir.Semua lagu hasil gabungan mahasiswa Usim dan penghuni penjara itu dinyanyikan artis tempatan antaranya Roy, Noraniza Idris, Zarina AF, Hafiz Hamidon, Sahri AF dan Nas Adila.

Pada malam kemuncak Cipta '09, lagu Semangat Anak Bangsa hasil karya Aizatul Ain Ismail dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Mohd Haikal Mohd Khatib Saadaly dari Penjara Kajang dinobatkan pemenang.

Shariayati Selamat


Ia diikuti Nur Fatimah Zaharah Ahmad juga dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Shariayati Selamat dengan lagu bertajuk Satu Malaysia di tempat kedua dan lagu Cinta Malaysia karya Afiq Naqiuddin Abdul Malek serta komposernya, Che Mohd Safary Che Mustafa dari Penjara Kluang di tempat ketiga.

Thursday, August 20, 2009

bagaimana menulis?

Kata Habsah Hasan, menulis perlukan idea. Idea boleh diperoleh melalui alam, atau apa-apa entiti yang bisa dilihat, tergambar atau terbayang. Contoh, secawan gelas yang berisi air. Lihat bukan hanya dari satu sudut, tapi lihat dari pelbagai sudut. Mungkin dari atas, bawah, tepi dan begitulah seterusnya.

Bagi saya pula.. idea adalah nombor dua. nombor satu bagi saya adalah mood.

Saya perlukan mood untuk menghasilkan penulisan atau karya. kalau idea sahaja, mungkin saya boleh menulis, tetapi tanpa kepuasan. Kerana itu, di setiap tulisan saya, saya akan cuba bermain dengan idea terlebih dahulu bagi menghasilkan mood. Oh? Kedengaran pelik atau memeningkan tak? He.he,.

Contoh: di mana kau, ampunkan aku dan izinkan aku (terpilih disiarkan di dalam Majalah Tunas Cipta, April, 2009).

Selebihnya.. er, sebenarnya apa yang saya biasa tulis ini adalah berkait dengan apa yang saya lalui sendiri. Hdup, emosi, perasaan, harapan, impian, angan-angan, juga kenangan. Ada juga berkait dengan teman saya. Contoh utusan doa, saya bukanlah berkawan rapat dengan watak di dalam sajak itu, tetapi saya meletakkan diri saya sebagai temannya yang akrab. Dan hasilnya.. itu lah tadi, he.he.

Seterusnya, setiap apa yang terlintas difikiran, segera catatkan. Jika tiada pen dan kertas, taipkan sahaja di HP. Hu.hu. Mudah kan? Itu idea. Kemudian, bila dah dapat, tak semestinya ada mood lagi untuk membina ayat yang menarik. Kadang-kadang dua-tiga hari, malah berminggu-minggu pun ada. Tak kisahlah berapa lama masa yang diambil, asalkan anda berpuas hati dengan karya anda dan menghargainya.

Itu sahaja tips (tiba-tiba pula jadi tips) dari saya. =)

Friday, August 14, 2009

aku dan cikgu

seorang cikgu
hadir tanpa kuduga
tanpa kupinta
buatku tertanya-tanya

aku keliru
aku hairan

cikgu itu
menghulurkan salam
menyapaku perlahan
lewat, ku membalasnya

aku bingung
aku bimbang

cikgu
siapa kamu
yang tiba-tiba
tertetera di telefon bimbitku
yang tiba-tiba
muncul di depan mataku

aku kaget
aku resah

cikgu
siapa sebenarnya kamu?
apa tujuanmu?
siapa mengutusmu?

dan tiba-tiba
dia menghilang..
sesungguhnya
kehadirannya tiada ku undang
pemergiannya tidak perlu ku halang….

Sunday, August 09, 2009

festival cipta 09


Untuk tahun yang kedua, Festival Cipta Lagu Patriotik (08-08-09) hasil gabungan kerja kreatif USIM dan Jabatan Penjara Malaysia berlangsung dengan jayanya. Seperti yang saya pernah ceritakan dalam entry-entry yang lepas, lirik saya telah terpilih untuk ke final, iaitu pada malam ini lagu saya (lirik yang telah dijadikan lagu oleh pihak penjara) bersaing membuat persembahan.

Tajuk: Satu Malaysia
Lirik: Nur Fatimah Zaharah
Lagu: Syariayati Selamat (Kak Yatt)
Artis: Zarina AF

Terima kasih kepada kak yatt dan kak zarina yang telah menyanyikan lagu patriotik ini dengan baik sekali. Lagu ini akhirnya berjaya merangkul dua anugerah iaitu kategori lirik terbaik dan lagu kedua terbaik!! Phewwwitt!! Tahniah3! :D

Juga terima kasih kepada semua pihak USIM, Jabatan Penjara Malaysia, Komposer2, Musician2 (Okestra DBKL), Perbadanan Putrajaya, Artis2, penonton2 dan teman2 saya yang hadir pada malam itu yang memberikan sokongan yang begitu mengharukan sekali. Oh.oh.oh...
He.he

Saturday, August 01, 2009

the concert


Konsert amal MISI pada sebelah malam. Sebelah paginya saya, ditemani Hamizah (FEM) ke PICC bagi majlis konvokesyen USIM ke-7 di sana. Kami menumpang bas yang dinaiki barisan MPP. Wah.. hebat nih.. he.he. YDP MPP ada bertanya (mesti cuak ni), ada kad ke? Ada, ada.. Semalamnya, abg zarin (abang ipar) memberi kad jemputan kepada saya. Ohya, abg zarin merupakan pelajar DPLI USIM. Tapi saya tak pernah mengenalinya sebelum dia bertunang dan berkahwin dengan kakak saya. Hu.hu. Masa diorang bertunang tu, dia dah habis belajar di USIM.

Hurm... next, sebelah petang jaga bas di Nilam. Pagi tadi agak kelam-kabut, ada urusetia C-Fest tanya pasal bas. Adoooi.. poning kaplo den. Tapi alhamdulillah dapat diselesaikan. Lepas tu malam, konsert. Tengok konsert, sambil goyang kaki. Ho.ho.ho. Urusetia lain jalankan tugas diorang. Pemantau bas (saya) berehat, he.he.

Konsert Amal Malam Irama Seni Islam (MISI) 09 mempersembahkan.....Mestica, Suhaimi+Ina, Demascus+542 dan ATRA+SPMM dengan jayanya!!! Tahniah3 buat semua ursetia konsert dan terutama pengarah konsert merangkap sahabat saya, saudara Hussein 'Azeemi. Ini kerana selain mendapat sambutan, galakan dan tempahan tiket (melebihi sasaran jumlah penohah Alam), Konsert ERA (Nilai Square) dan beberapa event yang berjalan serentak pada malam yang sama Konsert Amal MISI berlangsung. Syukur kepada Tuhan...

Apa lagi ya.. ohya.. abg zarin cakap nak datang tengok konsert. Dah bagi pun tiket dekat dia. Tapi tak datang pown.. :(

Apa-apapun, I'm happy with the event. Tahniah buat unit Konsert MISI (khususnya) dan sekretariat C-Fest (umumnya).

Sunday, July 26, 2009

jom meriahkan!

TENTATIF PROGRAM SEPANJANG

PESTA KONVOKESYEN KE-7 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (C-FEST 7 USIM 2009)


MASA/PROGRAM

TARIKH/HARI

8-00-1.00 PETANG

2.00-4.00 PETANG

5.00-7.00 PETANG

8.00-10.00 MALAM

29 JULAI 09

(RABU)

*PAMERAN & GERAI C-FEST KE-7 USIM 2009

LE TOUR DE C-FEST 7

PERASMIAN PEMBUKAAN

C-FEST 7



MALAYSIAN BOOK OF RECORDS

(MENGARANG ESEI BAHASA ARAB PALING RAMAI)


30 JULAI 09

(KHAMIS)



FORUM MILENIA MUSLIM

31 JULAI 09

(JUMAAT)



PERTANDINGAN MARHABAN INTERFAKULTI

1 OGOS 09

(SABTU)

FUTSAL MATRICULATION CHALLENGE


PROGRAM ANJURAN SRM (RAKAN MUDA)

SUKAN TRADISIONAL

KONSERT AMAL

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TADIKA

WALL CLIMBING

2 OGOS 09

(AHAD)

FUTSAL MATRICULATION CHALLENGE



PERASMIAN PENUTUP


WALL CLIMBING


*Catatan: Pameran & Gerai C-FEST 7 akan berlangsung sepanjang pesta dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam

Friday, July 17, 2009

nia ayuni - part 2

Sambungan Nia Ayuni - Part 1

Nia Ayuni makin tenat. Semakin banyak wayar dan suntikan ke atasnya dilakukan pihak hospital. Azmi dan Nurul tidak putus-putus berdoa ada hati diantara mereka yang hadir ke ujian kesesuaian hati minggu lepas sesuai untuk Nia Ayuni. Resah kian merajai hati Azmi dan Nurul. Mereka sangat berharap pemindahan hati dapat dijalankan secepat mungkin. Wang sudah mencukupi untuk pembiayaan pembedahan Nia Ayuni, hanya menunggu hati yang sesuai sahaja.

Keputusan ujian akhirnya dikeluarkan oleh pihak Hospital Selayang. Hati Amir Sufi sesuai buat Nia Ayuni. Alhamdulillah, doa Azmi dan Nurul telah dimakbulkan Tuhan. Setelah prosuder dan kelengkapan untuk proses pembedahan disediakan, Amir Sufi dan Nia Ayuni dibawa masuk ke bilik pembedahan. Azmi dan Nurul menanti di luar dengan penuh pengharapan agar Nia Ayuni dan Amir Sufi akan selamat.

Di dalam bilik pembedahan, para pembantu perubatan meletakkan katil Nia Ayuni bersebelahan dengan katil Amir Sufi. Sebelum pembedahan dilakukan, alat pengesan denyutan jantung Nia Ayuni tiba-tiba mengeluarkan bunyi dengan kuat. Pembantu perubatan segera mendapatkan alat pengesan denyutan jantung tersebut. Bunyi yang keluar sebentar tadi telah berhenti, bacaannya juga berhenti, sama terhentinya dengan denyutan jantung Nia Ayuni.

Doktor Yusri yang mengetuai pembedahan itu tadi keluar untuk memaklumkan keadaan Nia Ayuni. Azmi dan Nurul bingkas bangun dari kerusi yang mereka duduki dan mendapatkan Doktor Yusri. Apa yang berlaku? Pembedahan telah selesai? Mengapa begitu cepat? Doktor Yusri meminta supaya Azmi dan Nurul bertenang dan kemudiannya meminta maaf kerana tidak sempat menjalankan pembedahan ke atas Nia Ayuni.

Terasa nyawa direntap dengan kuat, Nurul hampir terjatuh mendengar butir bicara Doktor Yusri. Mujur Azmi sempat memautnya. Anak mereka tidak berjaya diselamatkan. Nia Ayuni telah tiada. Nia Ayuni telah mati. Nia Ayuni telah pergi. Nurul menangis teresak-esak. Nurul menyalahkan dirinya. Azmi memeluknya dan memberi semangat. Mereka perlu redha pada ketentuan takdir yang telah ditetapkan. Nurul akhirnya menyedari, Nia Ayuni itu pinjaman dari Tuhan yang pastinya perlu dipulangkan.

Sewaktu Azmi menemani rakannya untuk mengambil ubat dari hospital, ada seorang pemuda datang menghampirinya dengan tergesa-gesa. Pada telahannya, pemuda itu lebih muda daripadanya. Pemuda itu merayu kepadanya dan beberapa orang lain yang berhampiran dengannya untuk menjalankan ujian pemeriksaan hati. Pemuda itu mahu mendapatkan hati yang sesuai untuk abang tirinya yang sedang tenat di bilik rawatan.

“Abang, tolonglah abang saya. Dia sangat perlukan penderma hati. Abang saya Adam sakit tenat. Tolonglah abang. Tolonglah kakak. Kami tak ada sesiapa lagi untuk meminta tolong. Tolonglah saya,” Rayu pemuda itu dalam tangisan. Bila ada seorang lelaki yang sudi mengikutnya untuk berjumpa doktor bagi menjalankan ujian hati, barulah pemuda itu beredar bersama lelaki berkenaan.

Azmi tersedar dari lamunan kisah silamnya suatu masa dahulu. Azmi tercari-cari Amir Sufi. Patutlah Azmi berasa seperti pernah menemui Amir Sufi sebelum ini. Azmi baru teringat bahawa pemuda yang pernah merayu-rayu padanya suatu masa dahulu adalah Amir Sufi. Ya, tidak syak lagi. Azmi dilanda rasa bersalah kerana suatu masa dahulu dia tidak menghiraukan permintaan Amir Sufi.

Dalam tangisan kekesalannya, Azmi lekas mendapatkan Amir Sufi lalu memeluknya yang baru selesai bersalaman dengan Doktor Yusri dan beberapa pembantu perubatan yang lain. Amir Sufi tersentak, namun dia tetap membalas pelukan Azmi. Pasti Azmi begitu kecewa dan bersedih kerana tidak dapat menyelamatkan Nia Ayuni, sangka Amir Sufi yang tidak mengingati dia pernah menemui Azmi semasa abang tirinya, Adam Syauqi tenat menghidap penyakit bengkak hati. Dan Adam Syauqi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..

-Tamat-

Thursday, July 09, 2009

pembelaan USIM

Sebenarnya mahu memberi laluan kepada iklan Konsert Amal MISI pada 1 Ogos nanti di sini. Tapi tiba-tiba ada topik yang HOT mesti mau cerita punya, jadi saya meminta laluan dari Konsert kepada berita tentang USIM yang pernah hangat beberapa bulan yang lalu berkenaan "Markah Kasihan". Sila baca untuk perkara yang sebenarnya...

PETALING JAYA:

An investigation into allegations of marks-fixing at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) by former law lecturer Yasmin Norhazleena Bahari Md Noor found no proof of her claims, said the Higher Education Ministry.

In a statement issued yesterday to refute Yasmin’s claims, the ministry’s director-general, Radin Umar Radin Sohadi, said: “USIM has proved there was no marks-fixing in its investigations, and the allegations of such a practice are wholly untrue”.

“The statement by the minister of higher education (on June 25) that marks-fixing is wholly unacceptable is true,” it said. It pointed out that a thorough examination was conducted by the ministry after receiving Yasmin’s complaints in June last year.

“After receiving the first complaint on June 10, 2008, the Ministry of Higher Education began an investigation into the matter, evaluating the manner in which exam scripts were evaluated and whether there was injustice to the complainant,” it said.

The Public Complaints Bureau had also investigated the matter, and decided no further action was required, it said. The statement said USIM has clear internal rules and procedures in the marking of exam scripts and grading students.

“The USIM system of assessing and marking exams has clear policies and procedures. Every exam decision is discussed and examined at the undergraduate examiners committee meeting at faculty level, before being brought to the university senate for validation or re-examination if there is any doubt to its fairness,” it said.

The ministry also said USIM had received MS ISO 9001:2000 accreditation from Sirim, which proves USIM has clear and transparent systems for its examinations,” it said. USIM’s public relations office said the matter had been settled and it was “no longer an issue”.

Ex-lecturer seeks Najib’s help over exam marks incident.

PETALING JAYA:

A former Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lecturer has taken her fight against her forme employer to the highest level by sending an e-mail to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak yesterday. “I was being victimised at USIM because I refused to manipulate marks in order to pass undergraduates who failed my courses,” Yasmin Norhazleena Bahari Md Noor said in her letter to Najib.

Yasmin, who was a lecturer in USIM’s Law faculty, said in her letter she had written to the Ministry of Higher Education to complain “but had received only silence for eight months”.

“I reported to the Ministry of Higher Education (MOHE) in June 2008 about my victimisation. The continuous victimisation at USIM and MOHE’s silence to my complaint forced me to resign in November 2008. The MOHE only replied to my complaint in February 2009 (after eight months), in USIM’s favour,” Yasmin, who is seeking a meeting with Najib, said.

“I have been jobless for the past eight months, against my will. I have been victimised by USIM and the MOHE. Therefore, I seek Datuk Seri’s assistance so that I could be reinstated as I was victimised because I refused to manipulate marks.”

Contacted by theSun, Yasmin said she had sent the e-mail through a feedback option on the prime minister’s website after calling his office earlier.

“I called this morning and was told by an officer who handles complaints to write in to the prime minister’s office (website) and I left my feedback there,” she said.