© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, February 27, 2009

sunnah Rasulullah

Jaga 7 sunnah Rasulullah

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup".

*** Credit for Abdul Muhaimin

Thursday, February 26, 2009

mid MIS


Mid yang kedua yang diduduki, tapi yang pertama yang keluar markah.

Berapa markah saya?
He.he..

P/S: Asyik letak pasal MIS je.. hu.hu

Thursday, February 19, 2009

mark for MIS


Management Information System
Mark for Quiz and Presentation 2

Group 4 (My best group members)

1071397 NOR HARTINI BT MOHAMAD
1071459 WAN HAFIZAH BT WAN MUSA
1071147 NUR FATIMAH ZAHARAH AHMAD
1070731 ABDUL MUHAIMIN BIN HAJI AHMMAD SIUTI

Tuesday, February 17, 2009

masihi-hijri


Jom tukar tarikh lahir daripada tahun masihi kepada tahun hijrah!

klik di sini..

Monday, February 16, 2009

midsem exam

Er, belum baca lagi buku. He.e.. malas betul sem ni. Makin naik sem, makin malas pula jadinya. Kenapa ya? Mungkin ada sesiapa yang ada petua atau cara yang boleh 'merajinkan' saya? :D

Kepada kawan-kawan SMFF dan terutama kawan-kawan yang sama kumpulan elektif Management Information System dengan saya (termasuk diri sendiri), jangan lupa tarikh-tarikh midsem berikut:

Setelah ditukar...

23/02/09 : Family Law @ Ahwal Syahsiah
24/02/09 : Management Information System
24/02/09 : Creative Thinking
13/03/09 : Qawaid Fiqhiyah
16/03/09 : Munakahat

Thursday, February 12, 2009

bulan kelahiran


Muharram Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi b0doh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang b0d*h atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Ramadhan Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Wednesday, February 11, 2009

esaimen + tutorial

Sebelum ni agak sibuk dengan beberapa assignment. Alhamdulillah, sekarang dah kurang sikit. Tapi keserabutannya tetap ada. Mau tak nya, kene buat ayat ikut kefahaman sendiri, tapi ahli group yang lain semua buat ikut ayat buku. Dah tu, saya nak combine, terpaksa menterjemah kesemua sekali......ke?

Maaflah kalau ada yang terasa, tapi it's true. It is hard to me. Saya bukan ketua kumpulan. Tapi, tak ada sesiapa pun yang mintak hasil kerja untuk digabungkan. Ni saya mintak, baru bagi. Eloklah, hujung minggu ni kena submit. Tensyen tau tak?

Sabar, sabar.

Sabar pun ada batasan tahu?

NAK TUKAR KELAS!!! Sem depan saya tak nak duk kelas ni lagi. Saya nak kembali ke kelas lama saya. Benarlah kata-kata "Hujan emas di kelas orang, hujan batu di kelas sendiri, lebih baik di kelas sendiri,".

Friday, January 30, 2009

tabung gaza @ usim


Pada Add Image12-Januari-09 yang lalu, USIM telah mengadakan perarakan membantah Israel dan Zionis serta Majlis Pelancaran Tabung Gaza. Perarakan bermula dari Bangunan Canselori USIM dan berakhir di Stadium Tertutup Nilai. Beberapa Media antaranya Kosmo, turut hadir.






Bagi rakan-rakan usim yang mahu melihat gambar lain yang telah diambil oleh pegawai, klik di sini.

Thursday, January 29, 2009

confusing


Tadi, saya on YM. Tiba-tiba, asyraf memberi IM. Dah lama tak tegur. Tiba-tiba tegur pula. Siapa dia? Muhammad Asyraf bin Sulaiman. Bekas abg angkat yang pernah saya maksudkan dalam entry-entry yang lepas.

Ah..kenapa muncul kembali? bukankah sudah meninggalkan diri ini? Adik? Adik angkat? Semuanya tidak bererti. Dan tadi, dia memberitahu yang dia sudah berkahwin. Kenapa? Kalau sudah berkahwin tidak boleh bersahabat lagi? Mama dan papa masih berkawan dengan saya. Sir Hafiz juga. Pak Ngah, Abg Khairi dan lain-lain. Tapi tak mengapa, saya langsung tidak kisah. Dia bukan sesiapa lagi. Tak ada maknanya. Asyraf yang saya kenal sudah lama tiada, sejak tahun 2006. Dia dah 'mati'.

Asyraf kejam. Dia bukan orang yang baik. Saya tidak mampu merasa hormat lagi kepadanya. Ustaz Asyraf yang jahat!! Apa motif dia menegur saya kembali? Bukankah kami sudah 'berpisah'? Dia sudah lama menghilangkan diri dari saya. Bukan sekali, bukan dua, bahkan berkali-kali dia melakukan perkara yang sama.

Semua macam tu.
N (perkara dua) juga begitu.

Dan asyraf sangat-sangat kejam. Patutkah dia menyuruh saya 'anggap kita tak pernah berkenalan'. Sangat-sangat tidak patut. Selama ini dia tidak ikhlas bersahabat dengan sayakah? Dia yang mengambil saya sebagai adik angkatnya. Apa dia lupa? Atau sebenarnya dia bermain-main? Ah.. sayang adik konon.

"Abang sayang adik, sebab adik..adik abang".

Kejam. Sangat kejam. Semua kejam.

Monday, January 26, 2009

1-2-3-4-5

Perkara Satu.

Saya sangat gembira mama dan papa sudah memperoleh cahaya mata pada 14 Jan yang lalu. Baby boy, namanya Kazim Affan. Kazim berkongsi tarikh yang sama dengan hari lahir saya, Cuma bulannya berbeza. 14 Jan, 14 Jun.. Haaa. Kira ok lah tu, kan? Tanya mama, kenapa tak letak Kazim Irfan ke..untuk Kamal-Ira. Kata mama, sebab nama papa Kamal Ariffin. Nanti dapat baby girl nak letak nama huruf ‘I’ ikut nama mama.

p/s: mama, papa.



“..Anak-anak adalah permata ayah bonda Penghibur duka lara menyejukkan mata..” (UNIC)

Perkara Dua.

Segalanya sudah berakhir. Bukan saya yang tinggalkan dia. Saya telah lama ditinggalkan tanpa saya ketahui. Setahun…, bukanlah tempoh yang singkat. It is hard, too hurt. Sampai hati dia. Rupanya saya ditipu selama ini. Apakah salah saya terhadap dia sehingga saya dipermainkan? Bohonglah kalau saya tak sedih atau kecewa, cumanya mungkin agak kurang kerana…. Entah. Lama sangat kot. Ah, kusangka dia mutiara putih yang kutemui di dasar lautan, rupanya yang ku jumpa hanyalah sebutir pasir yang.. tidak berharga!




“…Kau datang dan pergi oh begitu saja Semua ku terima apa adanya…”.(LETTO-Ruang Rindu)

Perkara Tiga.

Fakrul, rakan sekelas saya memberi nasihat:
1-Kita kena menjaga hati kita dari lalai mengingati Allah.
2-Kita sedang melakukan jihad paling besar, menuntut ilmu. Jangan cemarkan ia dengan perkara yang melalaikan.
3-Ketahuilah Allah menyayangi hamba-Nya lebih 40 kali ganda dari kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.



“…Bila ku sedari diri disayangi Langkah kaki ini semakin bererti Bila terkeliru ku ucap nama-Mu Terasa diriku kembali dipandu…”(UKAYS-Bila Diri Disayangi)

Perkara Empat.

Sedang cuti sempena raya cina. Ah..banyak esaimen dan soalan tutor yang kena siapkan. Aduh.. Baru buat sikit-sikit, tu pun esaimen, sebab taip je..ha.ha. Soalan tutorial kena banyak berfikir sikit. HeE..


“Masa depanku aku yang menentukannya Kejayaan bukan percuma..”(ALARMME-I Wanna Be Somebody)

Perkara Lima.


29-1 h/b ni ada program anjuran Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM, sudah memberi nama untuk menyertai. Insya-Allah jika tiada aral mendatang.


“Bulat niat tekadmu Dalam hijrahmu itu Allah nanti kan bersama Tempuh jalan yang diredhai”(DEVOTEES)

Friday, January 16, 2009

kesedaran kita

f
Sekarang ini kita dihangatkan dengan kisah peperangan yang menyayat hati sedang berlaku di Gaza, Palestin. Kekejaman Israel musuh Islam dan musuh Allah bermaharajalela. Umat Islam ditekan, dizalimi. Tapi kita dikatakan pengganas. Amerika pembela, penuntut keadilan. Di jalan benarkah mereka yang tidak faham erti gencatan senjata? Tidak menurut perjanjian damai yang dimahukan.

Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud, "...tidak sesekali mereka (kaum musyrik) akan menyetujui kamu sehingga kamu menurut kata (tunjuk ajar) mereka...".

Mengapa ada antara kita (umat Islam) sendiri seolah-olah mengikut arahan Yahudi laknatullah? Isu Gaza, Palestin bukanlah isu atau masalah rakyat Palestin semata kerana ia adalah isu agama. Agama kita sedang ditindas. Agama kita sedang diperangi. Apakah yang kita lakukan? Masih menyogok membuntuti Amerika Syarikat?

Apakah kita fikir bahawa apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku pada kita? Saat kita sedang berenak-enak dibuai kenikmatan dunia yang dipinjamkan Allah, kita berjalan, kita bergurau-senda, mereka tidak sempat memikirkan apakah peperangan ini akan berakhir? Bilakah ia akan tamat? Adakah pernah kita cuba berfikir perkara itu akan berlaku pada negara kita, pada kita?




Saat kita berlari-lari berkejaran bersama teman, anak-anak, mereka terpaksa melarikan diri dari jutaan bedilan bom Israel. Saat kita menghubungi ahli keluarga kita, mereka menatapi kematian demi kematian ahli keluarga tercinta. Saat kita mahu tidur menghilangkan lelah seharian, mereka tidak punya masa untuk itu, malah mereka tidak mampu untuk berfikir apakah mereka akan hidup walau hanya seminit lagi.

yusuf al-Qardawi ada mengeluarkan fatwa yang bermaksud bahawa "...apabila kita membantu Yahudi (termasuk membeli barangan mereka), kita seolah-olah membantu mereka menambah peluru untuk menghancurkan saudara kita sendiri di negara yang diperangi".

Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu? Apakah kita berani menjawab di hadapan Allah tatkala dipersoalkan-Nya nanti, apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan agama-Nya? Kita tidak mampu untuk berperang, kita menghulurkan bantuan kewangan, perubatan dan makanan, tidak mampu untuk itu apa lagi ruang yang kita boleh berbakti selain berdoa dan memboikot barangan keluaran Amerika, Yahudi dan sekutunya? Kerana ekonomi adalah 'senjata' sesebuah negara, maka dengan itu kita mampu melemahkan kekuatan mereka.

Teringat kisah burung kecil dalam peristiwa Nabi Ibrahim dibakar dalam api marak. Burung kecil itu terbang mengisi air di dalam paruhnya dan menitiskan air tersebut ke atas api yang sedang membakar Nabi Allah Ibarahim. Burung itu apabila ditanya "hai burung kecil, apakah yang kau lakukan? sedang tubuhmu yang kecil (dan perlakuan menitiskan air) tidak akan sekali memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim?" Lalu dijawab burung kecil itu "sekurang-kurangnya aku melaksanakan tugasku dan aku takut disoal Allah pada hari pembalasan nanti jika aku tidak melakukan apa-apa untuk membantu nabi-Nya."..

Apakah kita masih belum mendapat iktibar dari perbuatan si burung kecil yang tidak berakal itu? Laksanakanlah kewajipan kita. Biarpun sukar, tapi kita mampu untuk melakukannya. Semuanya hanya pada diri kita sendiri, di manakah kesedaran kita...........?

Sunday, January 11, 2009

warna kehidupan


Putih – pendiam
Biru – jujur
Merah – panas baran
Hijau – peramah
Unggu – comel
Pink – nakal
Hitam – perangai pelik
Coklat – kelakar
Kuning – manja
Oren – personaliti yang menarik
Kelabu – pandai jaga hati kawan
Jingga – brutal


Yang mana sesuai untuk saya?


***************************
Rosmalizi; Kuning
Fazlan; Oren, Hijau, Hitam
Sir ahadiat; Indigo?
Shahida; Hijau, Unggu, Pink, Coklat, Kuning, Oren
Kak ainul; Hijau
Muhaimin; Pink
Izati; Coklat dan Hijau
Fahzan; Putih, Hijau, Ungu dan Kelabu

Saturday, January 10, 2009

ptotes kepada zionis

Anjuran Aman Palestin Malaysia

Hari ini kali pertama saya menyertai rapat umum. Rapat umum ini diadakan di Stadium Malawati Shah Alam sebagai tanda protes kepada Puak Yahudi di atas tindakan kejam mereka terhadap umat Islam di Palestin. Bagaimana saya boleh berada di sana adalah melalui ISMA Negeri Sembilan, walaupun saya belum menjadi ahli ISMA.

Bertajuk RISE OF GAZA, wakil-wakil pimpinan dari HAMAS sendiri, ABIM, PKR, UMNO, PAS dan lain-lain turut hadir menyatakan “TIDAK BERSETUJU” dengan apa yang sedang dilakukan Zionis dan menyeru mereka menghentikan kekejaman tersebut.




*************************************
Di sana, saya ada bertemu dengan teman baik saya Nik Syafawati, teman sekolah dahulu.. sebab tu gambar saya tak ada dalam ni... ;(

Juga, beberapa orang dari Nasyeed.Com (P/A System), tapi tidak menegur mereka. Razin Mestica juga ada, tetapi bukan sebagai artis, sebagai staf Nasyeed.Com. Saya cuma menegurnya.

Wednesday, January 07, 2009

berbeza tapi sama


Sem ini dalam banyak-banyak subjek, ada dua subjek yang agak berbeza saya ambil, tapi sebenarnya lebih kurang sahaja. Pertama adalah FIQH AL-MUNAKAHAT yang mana ianya adalah di dalam bahasa arab, berkaitan tentang hukum perkahwinan dan kekeluargaan menurut Islam.

Manakala subjek yang kedua ialah nama 'samaran' di dalam bahasa Arab, AHWAL ASY-SYAHSIAYAH, nama sebenar ialah FAMILY LAW, turut mebahaskan isu yang hampir sama, perkahwinan, pertunangan dan lain-lain yang berkaitan. Cuma yang membezakan ialah FAMILY LAW di dalam bahasa inggeris dan mempunyai enakmen dan seksyen-syeksen yang perlu dihafal. Kes-kes yang perlu diingat dan sewaktu dengannya.

Awal sem hari tu, ingatkan Ahwal Syahsiyah dalam bahasa arab, saya dan kawan-kawan 'bajet' subjek ni lebih kurang DAKWAH atau PEMIKIRAN ISLAM (yang agak mudah dan senang untuk score, he.he..) dan bergembira sebab tak ada subjek undang-undang untuk sem ni, rupa-rupanya... ada jugak..

Hmm.. tapi tak apalah, rasanya tak sesusah LAW sem satu dulu dan tak sesukar budak-budak lawyer belajar mereka punya subjek LAW. Alhamdulillah.. Nanti-nanti saya akan menulis tentang perbualan dengan tutor Fiqh Munakahat, iaitu USTAZ LUTFI.

Wait for me! =)

Saturday, January 03, 2009

cebisan kenangan


Tadi, saya ada bersms dengan abang hafiz. Tiba-tiba sahaja saya rasa mahu menghubunginya, sebenarnya jarang berbuat begitu. Dia senior saya yang berbeza fakulti dan dia kini berada di tahun akhir. Saya mengenalinya sejak semester pertama matrik dahulu, tahun 2006. Dia seorang yang baik, kemas, menarik (saya tertarik dengan lelaki yang berkaca mata, dia juga berkaca mata. ini definisi ‘menarik’ untuk saya,) dan yang paling penting, dia ada rupa.. =)

Sungguh, kawan-kawan saya ada yang mahu berkenalan dengannya selepas mengatakan; “Hensemnya…” (setelah saya kenalkan bahawa itu antara senior yang baik dengan saya).. Pernah ada kawan menegur “Eh Imah, kenapa kawan lelaki awak semuanya hensem-hensem?”. He.he.he.. Tapi bukan itu yang menyebabkan saya teringatkan dia.

Saya : Salam. Abg apa khabar? Sihat? Sibuk ke?
Dia : W’salam. Sihat je.. Cuma sakit2 sikit
Saya : Abg sakit apa?
Dia : Sakit sikit je..
Saya : Mesti tak makan ubat ni. Takpe la, abg rehat2 la. Nanti2 kita msg abg lagi.
Dia : Ok. Take care adik..
Saya : Abg jugak. Jangan selalu sakit ya.
Dia : Iye.. jangan bimbang ok.
Saya : Bila abg sihat. Tak risau.

Sebenarnya saya pernah menulis tentang abang Hafiz beberapa tahun lalu, semasa saya menyertai program di bawah Kelab Penyayang. Saya bukan ahli kelab itu, abang Hafiz Pengerusinya. Itulah kali pertama saya kenal dia, (panjang ceritanya).

Abang Hafiz pernah bercerita tentang sakit yang dialaminya, dan nasihat doctor kepadanya. Mungkin kerana itu, saya mahu mengambil berat tentangnya (Eh, lupa pulak tanya dia ‘dah ade makwe ke belum’, mana tau kot-kot ade chance.. ngeh-ngeh-ngeh).. Baru-baru ini saya ada melihatnya dalam keadaan baik, tapi tidak menegurnya. Mungkin luaran sahaja kelihatan baik… (Segan mahu bertegur sapa; eh, abang…).

Entah kenapa, semasa saya bersms dengan dia, saya teringat kepada abang Asyraf, abang angkat saya (atau mungkin lebih tepat jika dibaca : bekas abang angkat). Heh, layan jugak saya angkat-angkat ni… Tapi, itu cerita lama. Dah lost contact dengan dia sekali lagi, seperti yang diduga walaupun tidak dipinta. Ada rasa sebak bila abang Hafiz cakap yang dia kurang sihat. Risaukan dia dalam bayangan abang Asyrafkah? Kenapa risau? Rasa nak menangis pun ada. Heh, cengeng betul.

Abang Asyraf pernah memanggil saya ‘adik’ dan membahasakan dirinya ‘abang’. Abang Hafiz juga. Senior-senior (lelaki) saya yang lain jika ada membahasakan diri mereka ‘abang’, mereka memanggil saya nama saya atau ‘awak’. Ada juga yang beraku-engkau sahaja. Kerana itukah saya agak senang untuk menjadi mesra dengan abang Hafiz? Cumanya..saya tidak membahasakan diri saya sebagai ‘adik’ dengan abang Hafiz.

Susah kan, hidup dalam kenangan. Dengan abang Asyraf paling banyak, walaupun tak pernah bersua muka. Lebih 6 tahun sudah berlalu usia perkenalan kami. Banyak cerita yang pernah kami kongsikan. Termasuklah usik-mengusik tentang perasaan. Ha.ha.ha.. Kelakar juga bila teringat, walaupun sedihnya bukan sedikit.

Nanti bila abang Hafiz dah grade, barangkali dia juga akan lost contact dengan saya? Dia pula akan termasuk dalam senarai orang yang saya rindui. Mungkin ianya agak kelakar bagi sebahagian pembaca, atau mungkin yang memandang sinis dengan apa yang sedang saya tulis, tapi inilah kenyataannya. Semua yang rapat dengan saya, yang saya sayang, selalunya saya akan kehilangan mereka.

Dan kehilangan, sesungguhnya mengundang kerinduan….

Friday, January 02, 2009

cerita semalam

Aku terlihat kelibatnya tidak jauh di sana. Pantas langkahku menuju ke arahnya. Aku lihat Faiz juga ada berhampiran dengannya. Bagaimana dia boleh bersama Faiz? Tidak mempedulikan persoalan itu, segera aku mendapatkannya. “Awak ada kelas lepas ni?” Soalku. Lambat dia menjawab, “Tak ada, tapi ada rehearsal,”. Apa yang direhearsalkan pun aku tidak tahu. Faiz budak teater, takkanlah dia juga menyertai teater? Atau barangkali seni suara? Ah, biarlah seketika.

Aku membawanya ke suatu sudut, agar mudah perbicaraan tanpa ada gangguan. Tapi, kenapa dia adalah orang lain? Kenapa tiba-tiba wajah yang tidak ku kenal? Tapi, orang itu wataknya adalah dia. Dengan siapa aku berkawan sebenarnya. Di mana dia? Siapa pula orang ini?

“Sampai bila harus begini?”. “Kenapa awak melayan saya begini?” “Apa salah saya?” Bertalu-talu aku mengajukan soalan padanya. Walhal soalan ini sebenarnya pernah ku ajukan sewaktu dahulu, bahkan berkali-kali. Tapi sekalipun dia tidak pernah menjawab pertanyaanku.

“Dulu awak yang buat saya macam ni,” balasnya, sinis. Ya, walaupun orang ini bukan dia, tapi butir bicaranya seperti dia. Pedih hatiku tatkala mendengarnya. “Awak, kan saya dah minta maaf. Awak jangan ungkit lagi pasal tu,”. Rayuku. “Ungkit tak ungkit..” sambungnya. Sebak didada semakin terasa. Sampai hati awak…

“Cakap sahajalah, awak mahu meneruskan hubungan dengan saya atau berhenti. Kalau tidak suka, katakanlah, jangan berdiam diri macam ni,”. Aku tidak dapat mengawal intonasi suaraku lagi. Iyalah, berkali aku mengutarakan perkara yang sama, dia masih begini. Apakah dia tidak mempunyai hati? Tak bolehkah jujur, suka, katakan. Tidak suka, katakan juga. Jangan mendiamkan diri, menghilangkan diri entah ke mana dengan tiba-tiba! Aku tidak mampu bertahan lagi. Dua tahun begini, ah.. perempuan mana yang sanggup menunggu sepertiku?

”Kenapa cakap macam tu?” dia baru mula bersuara. ”Awak tidak percayakan saya?” suaranya perlahan, barangkali cuba memujukku. Pandai pula dia begitu. Beberapa kalimah dan perbuatan membuatku terharu. Ah, kenapa begini? Kenapa dia berbeza bila berjauhan denganku? Kenapa?

Aku tidak mengerti. Apa yang aku tahu, terasa ada bunga-bunga bertaburan disisiku sewaktu dia menghadiahkanku seutas rantai tangan dan sebentuk cincin. Aku merasa tenang. Ah, bahagianya hidup ini. Dia menyarungkan sendiri cincin itu ke jariku. Apakah dia sudah bersedia mengishtiharkan perhubungan kami? Apakah dia akan mengotakan janjinya, mahu mulakan hidup baru? Apakah dia benar-benar ikhlas terhadapku?
Tapi, kenapa bukan dia, tetapi orang lain? Dan aku terjaga dari mimpi.......... ah, sayangnya.

Monday, December 29, 2008

maal hijrah 1430

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah buat semua.

Alhamdulillah, forum Milenia Muslim sempena pesta konvokesyen USIM kali keenam pada 26/12/08 yang lepas berlansung dengan jayanya. Secara peribadinya, bagi saya forum berkenaan amatlah bagus, cumanya ada pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kurang berpuas hati terhadap perjalanan dan pengisian program. Ya, mungkin betul katanya dan saya (khususnya, dan kami AJK umumnya) mengakui ada kebenarannya. Ramai yang hadir terutamanya pelajar dari UIA (Nilai) dan memenuhi dewan. Tapi, manalah tahu, sendiri yang syok sendiri program kelihatan berjalan lancar.

Seseorang menegur saya semalam, tanyanya, bagaimana forum hari itu? Saya terlupa siapakah dia. Er, tapi yang pasti dia AJK Pesta Konvo juga, cuma di bawah bahagian lain, pasti bukan forum. Takkanlah tak kenal 'rakan sekerja', kan? hehe.. Katanya lagi bila saya menjawab soalan pendeknya dengan jawapan yang agak panjang lebar, "biasalah tu kene komen dengan orang HEP, kalau tak komen.." dan saya menyambung "bukan namanya pegawai HEP", dia mengiakan dan tergelak kecil. *P/S: saya memohon maaf kerana tidak mengingati namanya, tapi yang saya perasan, dia berdailek kelantan :D

Saya juga memohon maaf kepada Daing kerana saya rasa ada beberapa perkara yang pegawai berkenaan tujukan kepada Daing, ada kaitan dengan saya. Pertama, tentang tayangan pendek. Kami sama-sama terlibat dalam 'pembikinan' tayangan tersebut. Saya tak pandai nka cakap depan dia, tapi saya rasa bersalah kepada dia.

Kedua, tentang soalan yang diajukan kepada ahli panel. Soalan pun kita ada rangka bersama. Jadi, akak rasa tak adil kalau Daing seorang ditujukan sebagai pesalah, sebab akak pun ada terlibat. Ketiga, keempat dan banyak lagi yang dikomen oleh pegawai HEP itu, akak minta maaf kepada Daing. Maafkan akak.

Thursday, December 18, 2008

c-fest usim

Majlis konvokesyen dan pesta konvokesyen USIM kali keenam.



Majlis konvokesyen akan diadakan pada 20/12 ini bertempat di PICC, Putrajaya. Manakala pesta konvokeseyen pula akan diadakan di Kampus USIM, Nilai bermula 25/12 sehingga 31/12. Pelbagai program menarik diadakan sepanjang tarikh tersebut.



Saya berada di bahagian Forum Milenia Muslim (26/12). Jemput datang beramai-ramai.. =)



Klik untuk maklumat lebih lanjut mengenai C-FEST USIM ke-6.

Friday, December 12, 2008

kita dan kenangan

Kita adalah kenangan
Kenangan adalah semalam
Semalam adalah peristiwa yang telah berlalu
Lantaran itu, seharusnya kita
Membiarkan ia terus berlalu


Usah dikesalkan mengapa kenangan itu
Pernah menjengah kehidupan kita
Kerana ia mewarnai dunia kita
Dengan tawa, duka, bahagia dan air mata

Kerana kenangan itu sudah berlalu
Hari ini adalah realiti yang harus kita hadapi
Terus laluinya dengan hati yang baru
Menempuh hari yang bakal mendatang

Biarkanlah kehidupan yang lalu menjadi kenangan kita
Bukan kenangan menjadi kehidupan kita..

Sunday, December 07, 2008

salam aidil adha 2008

Maaf zahir batin.

Hari ini baru pulang ke kampung halaman di Kedah. Sebelum ini berada di rumah kawan lama di Sungai Besar, Selangor. Oh best yang teramat!

Terima kasih buat Nur Fasihah bt Ahmad sekeluarga..