© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, December 14, 2006

bicara hati


Untuk sekian kalinya, aku meluahkan perasaanku pada pc, pada blogku yang tersayang.. pada mereka-mereka yang sudi berkongsi hati dan perasaanku ini. Aku hanya inginkan sedikit sokongan dan dorongan agar hati ini lebih tabah dan bisa berdiri teguh menempuh hari-hari yang bakal mendatang, dari sesiapa yang sudi, dari sesiapa yang..cukuplah mengasihaniku walau tidak mengasihi..

Sekali lagi hatiku merasa sakit apabila mengetahui yang ku kasihi berhubung dengan yang lain..sakit yang teramat sakit. Pedih. Mengertikah kalian perasaan itu? Mampukah difahami, ditafsir segala rasa yang mencengkam jiwaku dikala ini? Pernah aku katakan bahawa aku sudi buah hatiku ('suamiku') 'bakal' menduakanku. Lalu teman-temanku berkata, perkataan itu mudah disebut sesiapa. Betulkah? Perkataan itu sukar dan seakan mustahil untuk dilaksanakan. Benarkah? Iya. aku pula baru tersedar akan kebenarannya.

Ahh..apakah yang telah mengganggu pemikiranku ini? Semuanya gara-gara virus. Ya, virus yang telah menyerangku.Virus Merah Jambu.Aku tidak mampu untuk menyembunyikan lagi rasa hati ini. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar....... Bukan aku tidak pernah menyukai mana-mana rijal, tetapi kali ini.....

Adie, aku pernah menyukainya dan tidak aku nafikan, aku pernah menyayanginya tapi.. ia tidak sehebat gelora yang melanda dikala ini untuk yang ku kasihi kini, si dia. Benar. Ahh..sukarnya untuk ditafsirkan perasaan ini. Pertama kali aku merasa perasaan yang terlalu aneh ini. Pelik. Dulu aku tak merasa perlunya dia (Adie) sentiasa, aku tidak begitu merindui dia. Malah tidak pernah punya keinginan untuk bertemu dengannya selalu. Dan dia sebenarnya bukan asing bagiku, dia seniorku.

Tapi dengan ..entah apa yang layak untukku bahasakan dia, buah hati? Kekasih hati? si dia.. Aku rasa ingin selalu bertemu dia. Aku selalu rindu dia. Aku perlu..bukan. Aku selalu melihat gambarnya. Melepas rindu? Entahlah. Teruknya diri aku ini, kan? Awak, saya benar-benar maksudkan apa yang saya ucapkan pada awak. Saya benar-benar memaksudkannya. Saya suka awak. Saya suka awak!

Kerana kata yang bersambut, bicara yang terbalas, rasa hati yang dilayan.. Katanya dia rindukan aku. Benarkah? Katanya juga aku disayangi. Apakah itu sekadar kata-kata? Senda guraukah itu? Halusinasiku? Imiginasi? Khayalan? Perasaanku? Perasankah aku..? Kerana kata-kata yang sebegitu, hatiku tertawan. Hatiku tersentuh. Hatiku itu dan ini padanya. Kerana itu dia mula bertapak dihati. Semuanya kerana hati. Salah hatiku kah? Atau salah diriku membiarkan hati ini terpaut, tertaut pada si dia?

Setelah hari yang boleh dikira bersejarah untukku itu, dia seakan menghilangkan diri dariku, menjauhiku. Menolak aku ke tepi. Menyisihkan aku. Aku telah cuba menipu hatiku dengan memujuk diri sendiri, dia sibuk. Dia banyak urusan, tugas dan sebagainya. Sampai bila perlu aku menipu hatiku lagi? Tertipukah aku selama ini? Bencinya.. Aku benci diriku. Benci mereka-mereka yang seakan cuba menyakiti hatiku dengan mengkhabarkan padaku si dia berhubung dengan mereka. Pedihnya. Pedih.

Bodohkah aku? Aku ingin membuangnya dari hati, dari fikiran, dari rasa, dari segala-gala yang berkait dengan diriku. Tapi aku juga takut akan kehilangan dia. Tidak. Aku tidak sepatutnya begitu. Apa yang perlu aku lakukan? Membiarkan hati ini terus merindui dan mengasihinya? Membencinya? Pura-pura tidak mengenali dia? Tidak pernah berkenalan? Mendapatkan kata putus darinya sebenarnya dia sudah berpunya? Aku bukan sesiapa untuknya? Aku umpama debu-debu yang hinggap dikaki, yang akan disapu, dibersihkan, dibuang secepat mungkin?

Tidak. Aku tak sanggup untuk itu. Pasti hatiku terlalu sakit pada waktu itu. Tolonglah aku. Aku telah cuba untuk melupakan dia. Cuba untuk tidak menghubunginya namun dengan harapan aku ingin dia memulakannya dulu seperti sebelum hari bersejarah itu. Namun penantian dan harapanku itu mungkin hanya tinggal harapan. Penantian yang sia-sia. Kenapa aku merasa begitu?

Dia tahu rasa hatiku. Dia juga yang seakan menyokongku. Meng'izinkan' aku meneruskan perasaan itu. Seolah-olah menggalakkan aku. Layan. Benar. Dia melayan aku dengan baik. dan terlalu baik untuk aku yang belum pernah..benar-benar sayangkan rijal yang ajnabi. Arghh..aku ingin melupakan dia. Tetapi aku juga rindukan dia. Aku..aku sayang dia.

Tidak. Aku sudah tidak tahan lagi dengan semua ini. Siapa aku? Siapa dia? Maafkan aku. Bukan niatku untuk menyalahkan dia. Bukan untuk meletakkan kesalahan ke atasnya. Bukan saya salahkan awak. Bukan salah awak. Bukan. Semuanya bukan dan bukan. Maafkan aku. Awak, maafkan saya. Maafkan saya. Maaf. Maaf.

4 comments:

khalidah said...

assalamualaikum ya penulis...
cite enti ni best tp...ana nak tau jgk sapa la gerangan `aku'kat situ...enti ke???

puteri said...

sebenarnya..ini bukan sekadar cerita atau karya. ia adalah luahan hati penulis/pemilik blog..

Anonymous said...

salamualaik..
artikel ni byk yg tersurat n tersirat..
if buat novel or cerpen best gak nih...

daiyah said...

puteri...sedihnya ble sy bace
sabar ye