© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, December 25, 2006

mushkil


Kalau dulu masa ana masih di bangku sekolah rendah, kakak dan keluarga ana pernah berpesan, jangan mengambil gambar dalam keadaan tidak menutup aurat seperti tidak memakai tudung. Ye la, nanti yang cuci gambar kite tu nanti, sape?

So, dari situ ana menerima 'kefahaman' bahawa, walaupun hanya gambar, soal hukum aurat tetap dititik beratkan. Lalu, pada mereka-mereka yang ajnabi, mereka hanya melihat gambar-gambar ana yang 'terpilih' sahaja (ade ke ana tunjukkan gambar kat diorang? huhu..macam xde je.. tapi dalam friendster ade la..hehehe).

Kemudian, ana meninggalkan sekolah rendah dan menaiki sekolah menengah. Tak lama kemudian, salah seorang dari kakak ana berkahwin, lalu ana mempunyai seorang abang ipar (buat masa ini la..:D). Nak dijadikan cerita, kitorang kat umah memangla ada banyak album masa kanak-kanak. Lepas tu, abang ipar melihat-lihat gambar isterinya dan adik-adik iparnya semasa kecil. Lalu, timbullah persoalan dan tanda tanya di dalam otak ana ni.. Bolehkah? Tak ape kah gambar kita mase kecik (tadika, sekolah rendah) dilihat oleh mereka-mereka yang ajnabi?

Ana benar-benar tidak mengerti. Kalau ianya tidak menjadi kesalahan, ana juga punya koleksi gambar 'tersebut' dengan banyak yang ingin 'dikongsikan'! B-) hahaha..

No comments: