© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, December 21, 2006

rasa hati



Alhamdulillah.. Kini ana tidak lagi terlalu mengingati akhi itu, terlalu merindui si dia.. malah, melihat namanya di henfon ana juga tidak menggerakkan hati ana untuk mengirimkan msg kepadanya apa lagi mendail nombornya itu.

Akan tetapi.. setiap kali melayari internet dan apa2 pelayaran yang ana lakukan, ana akan melihat gambarnya. bukan sengaja ana berbuat demikian.. Ini kerana, rakan-rakannya juga sahabat ana. dan ana.. sukakan mereka, bahkan ana sukakan mereka semua (termasuk si dia) sebelum ana benar-benar jatuh hati padanya.. Ah..perasaan itu menyapa kembali....

Dan melihat gambar-gambarnya membuat ana tersenyum pada telatahnya, pada gayanya. Ana menjadi suka, gembira.. Dan ana seakan-akan terlupa..apa yang membuat ana rasa terlalu sedih di atas apa yang berlaku. memang, bukan salah dia, tapi ana...entahlah. Semuanya pelik.

Entahlah enta, ana pun tak tahu apa sebenarnya yang ana inginkan.. Ana ingin menjadi teman enta. Saya ingin memiliki awak..mungkin. Entahlah.. Semuanya kerana sebuah perasaan yang sepatutnya ana hindarkan! Sekali lagi, maafkan saya ye awak.. maaf.

No comments: