© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, December 26, 2006

tragedi tsunami

26-Desember-2004

Hari ini dalam sejarah tahun 2004, berlakunya tragedi Tsunami yang menggemparkan dan telah meragut berjuta-juta nyawa. Di Indonesia, Thailand dan lain-lain negara juga Malaysia yang tidak terlepas dari serpihan hentaman ombak Tsunami itu. Tragedi yang dasyat dan tidak disangka-sangka itu berlaku dengan begitu pantas. Dunia kelam kabut.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka tidak perlu diuji.."



Kata sang orentalis, Tsunami itu terjadi kerana berlakunya pertembungan antara plat-plat bumi di dasar laut. Lantas mencetuskan gelombang ombak terlalu kuat yang skala ritchernya belum pernah diperolehi. Kata para alimin pula, semua itu petanda 'geledak' kemurkaan Allah Taala kerana begitu banyak dosa yang dijunjung, maksiat yang dipuja oleh manusia.

"Dia hanya berkata "jadilah" kepada sesuatu itu, maka jadilah.."



Iya, sang orentalis tidak mungkin mengerti apa lagi menerima kenyataan yang datangnya dari Tuhan semesta alam bahawa apa yang berlaku adalah kehendak-Nya. Pertembungan plat, gegaran dan ombak itu hanyalah Sabab dan Musabab.. Tidak mustahil tanpa ombak Tsunami itu, Dia tidak mampu 'menghukum' umat yang zalim dan ingkar. Tidak cukupkah untuk manusia mengambil pengajaran dari 'peringatan besar' dari-Nya itu?

No comments: