Bukan sengaja untuk menyedihkan diri. Tak ada seseiapa yang meminta untuk berasa sedih, berada dalam kesedihan. Tapi saya sedih sangat. Sangat-sangat. Ahad, keluarga ada di kl. Tu pun kebetulan bila saya hubungi pagi tu, kalau tak.. ntah saya takkan tahu sampai bila-bila agaknya. Nilai dekat sahaja dengan kl. Bila saya cakap pada teman bahawa keluarga saya ada di kl, mereka berkata, nanti mesti diorang akan datang sini. Tapi saya rasa tak. Ya. Mustahil. Untuk apa ke kl? Saya malas pula nak bertanya. Barangkali sebab kakak. Hari ni, dapat tahu rupanya konvo di um (amik skrol, ntah camne eja). Ke kl pun saya tak tahu, apa lagi nak datang ke sini, nilai? Kenapa tak beritahu saya? Kenapa tak ajak saya ke um? Kenapa? Kenapa?! Biarlah. Semuanya tak penting. TAK PENTING LANGSUNG. Kenapa? Sebab saya tahu, saya TAK ADA kepentingan pun. Sedih sangat. Kenapa bersedih? Bukankah itu perkara biasa? Bukannya tak pernah saya lalui sebelum ni. Tapi kenapa terlebih beremosi pula kali ni? Semuanya menyedihkan.
Saya ingin ada seseorang yang boleh saya kongsikan perbagai perkara dengan dia, saya ingin ada seseorang yang boleh saya ceritakan perasaan saya. Saya ingin seseorang yang sayangkan saya dan tunjukkan yang saya disayangi. Sekurang-kurangnya saya akan rasa yang saya dihargai. Tapi siapa orang itu? Tiada. Hanya kata-kata, penulisan ini menukilkan segala rasa, mempamerkan segenap ruang warna-warna kehidupan yang ada dalam jiwa.. sedih, gembira, terkilan, terluka, bahagia…yang walaupun hanya seketika. Saya dah tak tahu lagi macam mana nak tunjukkan yang saya ni gembira. Saya dah tak mampu nak membohongi diri sendiri.
“Sahabat, dalam kabut tercari-cari cahaya
Akhirnya kutemui sinar ceria
Diraut wajahmu..
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Diwaktu itu akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu..
Sahabat, kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi..
Sahabat, aku lemah mengharungi ranjau dunia..
Sahabat, aku ingin sepertimu dalam ketenangan..
Menghadapi hidup ini…” - Durrani
Petikan lirik lagu yang saya sangat-sangat tersentuh. Saya ingin menemui ‘orang’ yang dimaksudkan dalam lagu tu.
No comments:
Post a Comment