© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, September 17, 2007

tazkirah 2

kehebatan Surah Al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahir rahman nirrahim"
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalidwalam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :"Barang siapa membaca Qul huwallahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya iatelah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihakAllah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadipemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakanmembaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkanseberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat diadari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untukmengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa SaiyidinaAli (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surahAl-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Qurankerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasydi atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surahAl-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petangnescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anakAdam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

*****************************
pun dari e-mail jugak

4 comments:

Nordin Sulaiman said...

Puteri,

Terima kasih komen di entri saya. Tak sangka ya, kita tulis benda yang sama. Pasal syaitan. Yang saya takut "syaitan manusia" sebab syaitan jin boleh dihalau menggunakan ayat Quran

Anonymous said...

Salam puteri,

Membaca surah Al-Ikhlas tu memang baik. Tapi mengamal isi kandungan Al-Ikhlas itu seribu kali lebih baik.

Errr ... takde cerita ikhlas pun dalam surah ni. Ataupun surah Al-Ikhlas inilah rahsia untuk ikhlas?

-reform jgn tak reform-

Serunai Faqir aka SF said...

Kalau shj kita mengerti maksud tersirat surah ini, pasti kita tidak mencintai dunia lagi. Mari dik, dlm bulan ramdhan ini, moga kita dibukakan hijab yg tertutup utk merasai al-hak nya Allah.

puteri said...

abg nordin -->> btl tu.. syaitan biasa sng je nk halau..

anonymous -->> ala..knp anonymous je.. hm..neway, syukran. brgkali dlm surah tu mgajak kita ikhlas mncintai Allah..

abg SF -->> insya-Allah, syukran jazilan ya akhi.. =)