© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, April 14, 2010

selamat jalan

Kita berjalan seiringan
Meniti hutan dan belantara kekusutan
Melalui denai-denai ketabahan
Melangkah payah setiap liku dan onak
Hingga bertemu tunas kekuatan

Kita berjanji saling bersatu
Walau halangan masih beribu
Ku pegang erat jemarimu
Kita terus menuju ke satu arah
Taman harapan
Mahligai impian
Cahaya murni..

Tatkala tiba di pertengahan jalan
Kau berhenti melangkah
Aku merenungmu menanti jawapan
Kau diam membisu
Kau kaku membatu

Aku percaya jalan yang kita lalui
Sudah menghampiri matlamat hati
Namun kau meragui
Tidak sanggup lagi menghadapi
Dugaan yang tak bisa diduga
Mungkin menanti di depan sana

Kau melepaskan pegangan tanganku
Tidak lagi memandangku
Kau membelakangiku
Aku kehampaaan
Begitu mudah kau menyerah kalah
Begitu mudah engkau goyah

Kau meneruskan jalanmu
Aku meneruskan langkahku
Jalan yang kau pilih
Bertentangan denganku
Kita tidak lagi sehaluan
Tidak lagi seiringan
Tidak akan ada lagi.. pertemuan..

Selamat jalan, teman.

2 comments:

suri said...

salam puteri..
kak kurg shtlah..
bsok kak cuti.kak akan blik kg.tentu suri akn rindu pd puteri kan sb suri akan bcuti lama..huhu

suri perlu rht..dmam.skip pala.slsma..huhu

trma ksh sb slu msuk blg suri..

amboi..amboi..seri langka..
senag hati..atau berduka hati..sukar di cari ganti..

Puteri said...

kak suri.. daku jua akan mrinduimu..
hu.hu..
kite dmm xleh blik kg
wlaupun ngah cuti study week..
sbb isnin ni dh mule pekse...

huaa.. takot plak...