© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, August 31, 2010

susah ke nak memaafkan?

Mudah memohon maaf, juga mudah melafazkan kata-kata maaf. Tapi apakah benar-benar tulus dari hati? Memaafkan apakah bererti melupakan?



Semalam saya ada berbual dengan seorang teman..

Saya: Berdosa tak kalau tak nak maafkan orang?
Teman: Jangan. Tak baik. Nabi pun maafkan umat.
Saya: Betul ke orang kata kalau memafkan maksudnya melupakan?
Teman: Tak semestinya kita ingat maknanya kita tak memaafkan.
Saya: Sebenarnya bukan tak boleh nak memaafkan.
Cuma kadang-kadang mengambil masa yang lama.

Teman: Betul. Perlukan satu tempoh untuk memaafkan seseorang.

Hurm.. Memang tak mustahil untuk memaafkan seseorang. Malah jika orang itu meminta maaf, pastinya diberi. Namun tiada ucapan maaf diterima, apa perlu memaafkan? Opss.. bertenang. Sabar.

Sama ada orang itu meminta maaf atau tidak, tetap perlu memaafkan. Biarlah tempoh yang diambil lama.. 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun?

Saya masih ingat budak2 perempuan masa zaman sekolah saya dulu,.. apa yang mereka katakan kepada saya, apa yang mereka lakukan kepada saya.. 2002? 2003? Semuanya masih segar dalam ingatan.

Setiap kali nak buat re-union, saya selalu mengelak untuk turut serta. Kenapa? Kerana hati masih terluka. Itu zaman kecil, zaman anak-anak yang ditindas, dilakukan sesuka hati. Saya juga punya perasaan. Apa saya tak layak mempunyai perasaan?

Cuma yang tidak ada kaitan dengan 'mereka' itu sahaja saya masih berhubung, berbicara, bertemu dan bermesra...

Sehinggalah awal tahun ini, saya bertemu dengan beberapa orang dari 'mereka' di dalam majlis seorang teman. Lalu saya melayan mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tidak berpura-pura.

Kemudiannya saya sedar, mungkin saya sudah memafkan 'mereka'. Ya. Mungkin.

Tak mustahil untuk memaafkan. Dan tak semestinya jika tidak melupakan kesalahan orang itu bererti kita tak memaafkan.

14 comments:

Bangauputih said...

memaafkan memang tak selamanya bisa melupakan...
hati yang terlanjur terluka sudah tak bisa disembuhkan lagi...

cenya95 said...

Met pagi, Bonjour, God Morning !
Perbuatan terpuji bila memaafkan seseorang sebelum ia meminta maaf.
Luka tetap sebuah luka. Cara yang kita pilih untuk mengobatinya adalah sebuah maaf yg kita berikan. Insyaallah, Luka pun tak berbekas.
salam superhangat dari Batavia.

fiddeOmar said...

we can never forget. heheh. tapi kite ada kuasa untuk memaafkan...

bluethunderheart said...

blue datang menyapamu.ehheh
semangat
salam hangat dari blue

Cikli said...

wound heals, scar remains. that is what we call history.

Hadi Rofiee said...

Memaafkan dpt menenangkan jiwa kita. itulah apa yg telah saya rasai, tak perlu simpan, maafkan shj. :-)

suri said...

kemaafan itu perlu bagi mengubati hati yang teluka akan terpaut kmbli..

puteri said...

bangauputih -->>

jadi perlu berhati-hati
jangan mudah melukan hati orang
kan?

puteri said...

cenya95@batavia -->>

memaafkan itu suatu perbuatan mulia
ya kan?

puteri said...

fidde@gadisbunga -->>

yap..
doesn't forget
doesn't mean never forgive
right?

puteri said...

bluethunderheart -->>

salam kembali buat bluethunderheart itu,, :)

psstt..dlu suke tengok ThunderCat!
he.he

puteri said...

cikli -->>

luka dijari terlihat
luka dihati siapa tahu?

puteri said...

hadi rofiee -->>

terima kasih utk nasihat itu.
iya.. saya sedang cuba utk memaafkan semua kslahan yg tak terfikir utk dimaafkan sblum ni..

hukk.. kejam juga diriku ini ya??

he.he..
insya-Allah.. memaafkan yang termampu..

**jangan org2 itu ulangi kembali sudah la

puteri said...

suri -->>

tak juga.
sebab perhubungan ni macam gubahan bunga..
cantik, berseri, indah
tapi sekali terlerai..
mungkin boleh digubah kembali..
tapi bunga yang telah patah, tercedera,,..
dan gubahan kedua itu tidak akan sama indah dengan gubahan pertama..