~ dihari raya terkenang daku kepada ......... ~
Raya, merangkap cuti kali ini kurang terasa meriah, kerana anak-anak saudara saya tidak pulang ke kampung di sini, Sungai Petani, Kedah... Yang di Sabah, beraya di sana. Yang satu lagi, beraya kampung sebelah Terengganu.. Ohh..
Di Sabah.. Aisyah (6 tahun) dan Amirah (3 tahun).
Tak ada Amirah.. tak adalah yang selalu nak suruh saya dukung, bawak jalan-jalan, 'lari' (dia didukung, kita yang bawak dia lari!), men masak-masak, kira duit (walaupun kiraannya satu-dua-empat dan sepuluh sahaja :P).. Yang nak duduk diribaan saya seperti kakaknya Aisyah. Hu..
Tak ada Aisyah.. tak ada lah yang selalu masuk bilik saya cari saya, main hp saya, tengok cerita karton dekat laptop saya, yang bercerita macam-macam (termasuk yang tak berapa nak paham), yang nak main 'sam mekanik' dengan saya...
Di Terengganu.. Hafeez (9 tahun) dan Haikal (5 tahun).
Tak ada Hafeez.. tak ada lah yang nak tarik tangan saya pergi sana sini, masuk bilik saya, men hp saya, tengok cerita dalam laptop (macam Aisyah).. Paling ketara, tak ada lah yang nak suruh saya buat ais kerim milo, bancuh air, bla3...
Tak ada Haikal.. tak ada lah yang nak jeles kalau saya buat origami, atau layan abangnya, Hafeez lebih...
4 comments:
seronoknya jika bisa bersama mereka semua berhari raya... :-)
meriahnya raya ni bila kite semua dpt berkumpul kan?
bangauputih -->>
betul.. seronok kalau ada budak2
gadisbunga -->>
meriah dengan suara bising budak2.. he.he.. tapi diorang takde raya nih.. :((
Post a Comment