© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, September 08, 2010

lakukanlah semasa beraya

Ada beberapa perkara yang sunat dilakukan semasa menyambut ketibaan hari raya AidilFitri, antaranya ialah:



1- Hidupkan malam raya
Pada malam di mana ramai insan yang mungkin terleka dengan persiapan berhari raya, adalah mulia sesiapa yang bangun dan berqiamullail, menunaikan solat sunat dan seumpamanya. Nescaya Allah Taala tidak akan mematikan hatinya sewaktu hati manusia yang lainnya mati.

2- Bertakbir
Bertakbir, bertahmid, bertahlil, berzikir semuanya digalakkan. Alunan takbir bagi AidilFitri adalah bermula selepas Maghrib hari ini (jika esok adalah raya) sehingga selesai solat sunat AidilFitri. Manakala bagi AidilAdha pula juga bermula selepas Maghrib sehari sebelum raya, namun berakhir selepas 3 hari.

3- Mandi dan berwangi-wangian.
Pada awal pagi hari raya, dituntut mandi sambil berniat mandi sunat hari raya. Kemudiannya memakai pakaian yang baru. Namun jika tiada, memadailah kiranya memakai pakaian yang bersih, menutup aurat dan sesuai. Jangan pakai baju bola pulak! :P. Disunatkan juga berwangi-wangian yang tidak melampau. Namun pastikan tak ada yang akan pengsan dengan bau tersebut. :D

4- Menjamah makanan dipagi raya
Biasanya pada hari-hari di dalam bulan Ramadhan, kita tidak bersarapan. Oleh itu pada pagi raya, sebelum menunaikan solat sunat hari raya, eloklah kiranya menjamah sedikit sebanyak juadah sebagai mengalas perut, atau cukup sebagai syarat yang menunjukkan bahawa kita tidak berpuasa pada hari ini.

5- Sunat melewatkan solat raya
Solat sunat AidilFitri kebiasaannya lebih lewat berbanding solat sunat AidilAdha. Contoh, AidilFitri 8.30 pagi. AidilAdha 8.30 pagi. Hikmahnya, pada pagi AidilFitri, masih ada ruang dan kesempatan bagi mereka2 yang belum menunaikan ibadah zakat. Hukum zakat selepas solat raya adalah haram makhruh. Bagi AidilAdha pula, diawalkan kerana selepas itu, kita mempunyai ibadah khusus yang lain, iaitu menyembelih tujuan korban.



6- Bersalam-salaman
Jika seorang isteri bersalaman dengan suaminya, nescaya akan terhapus segala dosanya sebanyak jari-jemari yang ada. Begitulah digambarkan kelebihan bersalaman antara manusia. Namun harus diingat, bersalam dengan yang mahram (haram dikahwini seperti adik beradik) sahaja. Yang bukan mahram? tak boleh, tak boleh!..

Demikian, perkara-perkara yang sunat dilakukan tatkala meraikan lebaran yang mulia. Petikan kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh... tak sempat dengar nama ustaz tuuu :(( yang disiarkan di Mutiara.Fm pada hari ini 08/09/10 pada jam 2.30 petang. Diambil dan digabungkan daripada beberapa hadith Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua yang mengenali saya dari tadika, sekolah, universiti, program dan lain-lain medium persahabatan, teristimewa buat rakan-rakan blogger atau narablog yang berkunjung ke sini,, :)

Selamat Beraya!.

8 comments:

Cikli said...

nasihat yang bagus dik. arigato gozaimasu

puteri said...

cikli -->>

afwan,,.. :)

psstt..
sama-sama dalam jepun bunyinya macam mana ya? :D

Bangauputih said...

met idul fitri 1431 H yah puteri...
mohon maaf jika ada salah kata selama ini :-)

Rasa said...

Assalamualaikum.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
TQ

Cikli said...

ie...bunyi iyek.... e bunyi macam lekor bukan lemang. macam ilek...

ie....not at all...

puteri said...

bangauputih -->>

iya bangauputih :)
maaf zahir dan batin :)

puteri said...

rasahatiku -->>

waalaikumussalam..
salam aidilfitri juga :)

puteri said...

cikli -->>

haip! arigato gozaimas!,, :)