© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, June 18, 2011

kereta tenggelam ikut GPS

GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.


WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.

Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.

Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi


Sumber: Kosmo Online

6 comments:

Unknown said...

naseb baek tasik tu takde buaya. kalau tak....

Cikli said...

gps pun pening...

Puteri said...

nuraina -->>

kannss?
mesti nampak air tu macam jalan.
tu yang terus jalan je

Puteri said...

cikli -->>

GPS tak boleh dipercayai...
hee

akubiomed said...

Kalau waktu siang okay lagi kalau malam tidak tahu nak cakap :-)

Puteri said...

akubiomed -->>

huishh kasihan sangat tu