Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.
Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.
Malah apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
"Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?
"Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"," kata Shamsul kepada TV Selangor.
Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.
"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.
"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.
Shuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan kenyatannya.
"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini,” katanya.
Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai."Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut,” petik khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.
Sumber: Malaysiakini
NOTA 1:
Nampaknya tak boleh jual baju dah sekarang, menyalahi undang-undang kata mereka.
NOTA 2:
Atau tak boleh jual baju Bersih, tapi baju 'kotor' boleh.
4 comments:
isk.. nk komen, salah... x komen salah.. isk.... huhu
politik... xpelik pun...
takut bayang-bayang sendiri.
Kerajaan berat sebelah...
Anjing Berbulu Panda
Post a Comment