© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, August 01, 2011

duit rakyat didahulukan

Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas



KUALA LUMPUR, 26 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih. - UMNO Online

Kenapa Pas tolak sistem biometrik? dengar jawapan husam musa



Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

KUALA LUMPUR, 29 Julai: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.



Di negara luar biomatrik dianggap sistem sampah

4 comments:

tehr said...

time ngundi kalau internet slow/putus
macam mana, puteri?
kalau server sesak?
kalau blackout pulak?

saya lebih risau dengan aktiviti penggodam

Cikli said...

muhyiddin seorang je yang bijak.

Puteri said...

tehr,

itu lah.
bila biometrik lagi senang dimanipulasi
senang juga nak trace kita undi siapa

Puteri said...

Cikli,

he.he.he...
kita tengok sejauhmana kebijakan beliau