KUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS menyokong penuh agar satu siasatan rapi dilakukan bagi membuktikan apa yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama Lim Guan Eng digunakan di dalam khutbah.
“PAS melihat isu ini cuba dipolitikkan bagi menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya orang Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR),” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, ianya juga lanjutan isu perkauman yang dicanangkan oleh Umno BN setelah mereka gagal mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya dan kini menumpukan isu Melayu bagi meraih sokongan.
“Bagi PAS, siasatan perlu dilakukan, dan sekiranya kenyataan yang dibuat adalah palsu, kita tidak akan teragak-agak untuk menimbanghkan tindakan perundangan bagi membersihkan kerajaan PR di Pulau Pinang khususnya,” katanya lagi.
Menurutnya, walaupun doa hidayah kepada sesiapa sahaja merupakan perkara harus dalam Islam, namun bila mana ia cuba dipolitikkan, PAS harus menghadapinya dalam konteks politik.
Jelasnya, sejarah doa khusus untuk pemimpin dalam khutbah hanya diadakan di zaman kerajaan Bani Umayyah dengan mendoakan kesejahteraan kepada pemerintah dan kecaman kepada musuh politik pada waktu itu.
Namun, katanya lagi bila mana Umar bin Abd Aziz dilantik sebagai khalifah, baginda mengekalkan doa kebaikan buat khalifah dan menghapuskan doa kecaman kepada musuh poilitik dengan menggantikan dengan ayat: "sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada ahli keluarga kamu dan bilamana kamu menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu menghukumkannya dengan penuh keadilan".
“Doa khusus kepada pemimpin walaupun bukan rukun atau sunat dalam khutbah, kita melihat ia mempunyai kebaikan, kerana bila mana pemimpin memerintah dengan hidayah dan pertunjuk Allah, dengan memelihara batas larangan Allah, maka kebaikannya akan turut dirasai oleh rakyat,” jelasnya lagi.
Sumber: HarakahDaily
2 comments:
rasanya tak slaah jika kita nak doa akan kbaiakn org, hata dia bukan berketurunan islam.sb dia juga d ciptakan sperti kita..asal nya juga dari tanah...
k. suri -->>
saya sokong.
malah dia pemimpin.
xsalah jika doakan juga semoga dia diberi hidayah oleh Allah
memeluk agama Islam
Post a Comment