~Zahid diminta dedahkan nama khatib~
PULAU PINANG, 20 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mencabar Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengemukakan nama khatib dan masjid yang menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di dalam khutbah.
Ketuanya, Ustaz Yusni Mat Piah dalam kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini berkata, sekiranya ada pun bukan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong cuma meminta Guan Eng dilimpahkan hidayah kerana sikapnya yang luhur terhadap masyarakat Islam keseluruhanya.
Baginya, apa yang dituduh itu menggambarkan Umno Pulau Pinang 'gelabah biawak' kerana tidak lagi mampu berhadapan dengan senario politik terkini yang terus menyebelahi Pakatan Rakyat.
"Jika ada khatib yang berbuat demikian, saya harap dedahkan dan buat siasatan serta mahu tahu di masjid mana yang beliau khutbah. Jangan buat serkap jarang dari golongan yang cemburu terhadap perkembangan sokongan rakyat yang masih rendah terhadap Umno dan Barisan Nasonal (BN), " jelasnya.
Tambahan lagi, katanya mereka rasa lebih tertekan apabila Lim mengisytiharkan memberi RM1.5 juta kepada kakitangan awam negeri ini pada 3 September depan.
Pemberian itu semata-mata untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang selama ini berjaya meningkatkan prestasi di semua aspek pembangunan.
Bukan itu sahaja, malahan Lim juga berjaya menunjukan kelainan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat apabila memberikan peruntukan kepada guru agama, pelajar tahfiz, Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibekukan semasa pemerintahan BN dan lain-lain lagi demi memartabatkan Islam di Pulau Pinang.
"Umno dah gagal untuk buat sesuatu waktu ini melainkan mencari berbagai isu untuk kepentingan politik sempit mereka serta menimbulkan kemarahan rakyat Islam kononnya tertindas di negeri ini," tegas Yusni.
Sumber: HarakahDaily
10 comments:
politik itu berhabuk. i don't like! :)
fidde -->>
sekurang2nya perlu tahu. politik itu berada sekeliling kita,, harus mengambil berat. ia hidup kita. harus membuat pilihan. penentu masa depan dan keadaan negara.
Islam itu bukan sekadar agama. padanya hukum hakam pelbagai lapangan; ibadah, perkahwinan, undang-undang, ekonomi, perlembagaan, juga politik (siyasah) dan seumpamanya.
=)
berpolitik pun mestinya sesuai dengan syariat agama. semua pasti akan berjalan dengan baik dan lancar...
ini entri sepertinya entri melayu asli nih, banyak sangat yang sayer tak paham :)
owh tidak...khutbah pun dipolitkkan...
bangauputih -->>
benar. politik itu berkait dengan agama. sebab dalam Islam ada menceritakan tentang undang2 politik.
masdin -->>
he.he.. betul2 Bahasa Melayu + Malaysia :) :)
bahasa kewartawanan,, ;-)
zikr -->>
siapa yang isukan perkara ini?
akhbar siapa?
bukan akhbar pembangkang.
skadar mngar shja tak blh bayk komen..tak blh terllu di ambil pusing sgt nnti kita pulak yang poning...
k. suri -->>
kena amik tahu kak.
isu semasa.
bahkan hidup kita.
Post a Comment