© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, January 16, 2010

susah hati

Sem ini, saya dan rakan-rakan mengambil subjek Keusahawanan (Entrepreneurship), salah satu subjek wajib universiti. Untuk sem ini, kami perlu membuat business plan, dan menjalankan bisnes berkenaan.

Ahli-ahli kumpulan saya telah bersetuju untuk mengeluarkan modal RM100 bagi setiap orang. Memandangkan majoriti bersetuju, jadi ikut je lah kan? Orang dah sudi untuk jadikan ahli kumpulan pun dah patut bersukur. Boleh, bukan tak boleh.

Sebelum ini saya pernah bercakap dengan seorang teman semasa masih dalam perhitungan untuk modal setiap seorang. Ohya, ada 10 orang bagi setiap kumpulan. Jadi, kalau RM50 setiap orang pun ok jugak. Sebab rakan saya sebelum ini yang menjalankan perniagaan, 4 orang X RM50. Saya tengok ok jer..

Tapi mungkin itu bagi saya. Yelah, berapalah sangat RM100 tu, inikan pula RM50. Kecil sangat nilainya. Tapi banyak bagi saya. Banyak ke? Banyak la bagi orang yang tak berduit macam saya ni. Bukan kedekut, tapi memang tak banyak duit.

Orang cakap kalau tak ambil PTPTN, tentu banyak yang famili support. Setakat yuran, buku dan perbelanjaan bulanan sekitar +/- RM2++ setiap bulan memanglah ok. Kalau habis, boleh mintak.

Tapi saya ni segan sikit. Mak tanya ada duit lagi tak, saya jawab ada. Walaupun dalam tangan (masa tu) ada RM12, dan bank ada RM30. Memang segan nak cakap 'tak ada'. Sehingga saya ada RM3, barulah saya cakap tak ada. Sebab memang (hampir) tak ada, kan?

Bukan keluarga saya orang susah, bukan juga orang senang. Tapi yelah, mak ayah sudah tidak bekerja. Bertambah-tambah seganlah ada dalam diri.

Ada teman lain memberi cadangan, minta pertolongan dari abang atau kakak. Hurmm.. dengan mak ayah segan, adik beradik pun sama lah. Tambahan yang sudah berkeluarga. Oh susah, susah. Melainkan mintak duit raya, ha.ha.ha.

Bukan meminta simpati, sekadar berkongsi rasa hati.
Ops, rasa susah hati. He.he

3 comments:

Insan Biasa said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...

tapi jangan mencintai yang diciptakan melebihi yang Menciptakan.

Anonymous said...

golden goose
bapesta
yeezy outlet
kyrie 8
yeezy outlet