Seorang teman
bila berjauhan
dia akan menangis
kerana rindu
Bila dekat
dia akan menangis
kerana takut berpisah
Jika hari ini dia datang
jangan biar dia berlalu pergi
jika esok dia pergi
jangan harap dia kembali lagi
Sesungguhnya
yang indah itu pertemuan
yang manis itu kemesraan
yang pahit itu perpisahan
dan yang tertinggal
hanyalah kenangan..
-SMS yang diterima daripada Faradila-
20-01-10, 12.41 am
4 comments:
Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..semuanya kerana Allah SWT..indahnya persahabatan..
Jujur
Ikhlas
Sabar
Berkasih sayang
Mesra
Gurau Senda
Hormat menghormati
Saling menasihati kepada kebaikan
Mengingatkan kepada Tuhan..
Menu persahabatan yang enak, lazat dan berkhasiat.
=)
bicara hati dari seorang teman, sekadar mengongsikan bersama kalian..
;-)
Post a Comment