© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, September 03, 2010

masjid oh masjid

Ini merupakan entry kedua untuk hari ni. Selepas membaca karya nukilan CikLi kita tu; saling mendoakan antara Muslim dan kafir. Muslim di masjid, dan kafir di rumah ibadatnya sendiri.

Berbicara tentang masjid, rasa nak post juga tentang isu yang berkait dengan masjid ni.


Baru sahaja negara kecoh dengan isu mendoakan orang bukan Islam (dari DAP) di dalam khutbah jumaat di Pulau Pinang. Kemudian ada jawapan lama yang ditemui, namun boleh dipakai untuk 'menjawab' isu tersebut. Apa jawapannya? Doa dalam khutbah tak boleh, doa solat hajat dan bacaan yasin untuk bukan Islam boleh pulak yer,,??

Lepas tu, sekarang ni, kecoh lagi.. masih tentang masjid. Dan masih di negeri Pulau Pinang yang dahulunya merupakan kawasan jajahan Kedah. Kali ni tentang memberi ceramah (atau apa2 istilah yang selayaknya) di dalam surau dan masjid. Juga dari DAP. Tapi boleh yang bukan Islam masuk masjid dari MCA?

Mushkil betul dengan isu-isu kat atas ni. Tambah-tambah isu yang pertama tu. Saya meminjam kata-kata guru saya; Kecoh masuk masjid tak pakai tudung.

Berapa ramai yang 'bernama' Islam masuk masjid tak pakai tudung? Atau yang langsung tak masuk masjid (tak solat), yang tak pakai tudung, tak kacau pula? Walhal ini yang lebih utama. Termasuklah yang tak puasa, tak menutup aurat.

Aduhai,,,

8 comments:

gadisBunga™ said...

kan? org melayu ni byk sgt sensasikan isu2 remeh temeh. sebab tu susah nak maju. sebab tu senang dipijak-pijak.

Rasa said...

assalamualaikum puteri. salam aifilfitri maaf zahir batin.

sudah terang lagi bersuluh. seolah-olah kalau kesalahan atau perlanggaran hukum oleh orang Islam itu tidak mengapa. kalau nak dikira dosa atau kesalahan umat Islam yang boleh menjatuhkan martabat Islam amat banyak dilakukan hari ini, termasuk masuk masjid tanpa tutup aurat atau tutup aurat yang tidak lengkap, belum lagi kira yang kat luar yang mempamirkan 'pusat' Islam di merata tempat.
Tepuk dada tanya Iman kepada pihak berkenaan.
TQ

Cikli said...

adik puteri dah bijak bicara politik sekarang...:)

Puteri said...

gadisbunga -->>

melayu boleh dikatakan ada dua 'mazhab' kat Malaysia ni,,

B)

Puteri said...

rasahatiku -->>

waalaikumussalam. salam aidilfitri juga. maaf zahir dan batin. :)

itulah. banyak lagi isu2 setempat, masalah masyarakat boleh difikirkan. yang kecil2 juga dipiih.

apakah ketandusan idea dan isu?

Puteri said...

cikli -->>

ikut cikgu li lah,,
;)
:D

Zikri Husaini said...

isu kecil nak dibesar-besarkan..... mentang2 le dia pegang media... suka hati jer putar belit... bengong!!

Puteri said...

zikr -->>

ahaks,,,
cayalah zikr cakap cam tu
:) :)

sayang juga
yang nak bersuara kebenaran pun tak berani..
tak ada makna lagi pepatah,
'berani kerana benar'
hanyalah kata-kata..