© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, July 02, 2011

kenapa tshirt dirampas?

Persoalan ini sudah muncul dibenak saya ketika pertama kali penjual baju Tshirt bersih ditangkap. Sudah ditangkap, baju dirampas pula. Bila dibebaskan, Tshirt tersebut masih juga terkurung di sana. Apa motif pihak polis berbuat demikian?


Adakah Tshirt yang dirampas akan digunakan dipergunakan?

Ada pihak yang akan menyamar menjadi penyokong BERSIH namun membawa imej yang KOTOR? Atau akan menyerang penyokong sebenar BERSIH di dalam diam?

Lalu persoalan saya terjawab di sini. Ada batu disebalik udang.

Petikan: "Beratus-ratus baju BERSIH yang dirampas baru-baru ini akan digunakan oleh pemuda amno dan sekutunya dalam usaha memulakan huru-hara terhadap perhimpunan BERSIH minggu hadapan. Mereka (Melayu-BERSIH palsu) merancang untuk berlakon seolah-olah dibelasah (oleh bukan Melayu-BERSIH palsu).

Secara ringkas, 'peristiwa' ini akan dirakam dan ditayangkan oleh media putarbelit seMalaysia lalu mempertontonkan kepada rakyat bahawa PAS dan PKR adalah pengkhianat bangsa dan agama kerana membiarkan orang bukan Melayu memijak orang-orang Melayu".

Bagaimana untuk mengenal juak 'BERSIH' palsu....? Peserta BERSIH mesti berwaspada.

Sebelum ini juga taktik KOTOR mereka dikesan apabila risalah palsu BERSIH dikeluarkan, dan diedarkan. Sebahagiannya dilekatkan di cermin-cermin kenderaan.


Pada risalah tersebut tercatat: “Bersama Kita Tumbangkan Kerajaan Sekarang” dan “Buktikan Kita Mampu Seperti Libya”. Slogan ini sangat-sangat bertentangan dengan tujuan, dasar serta motif BERSIH diadakan.

BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat, melestarikan beberapa tuntutan BERSIH yang sememangnya BERSIH.

6 comments:

Fahmi Raazali said...

kerajaan yg zalim tetap akan jatuh....

Cikli said...

umno bn ni dah rotten to the core.

tehr said...

ada yang palsu pulak ke, puteri?
kawe tak tahu weh
dok jauh ni

Atom said...

wow..krn bersih..blogmu bertukar kuning ye puteri...hmm umno tu kan thu nk yg freee je ek time2 hrga brg mhl skrg ni (brg mhl angkara dorg jugak) .klu nk pkai bju tu,bli jela wey,main rampas2 plak..dhla ambik free nk buat keje KOTOR plak tu..pkai bju tshirt yg tulis KOTOR la nk bt kijo jahat sangak gak..naik darah hamba dibuatnya..ape jenis makhluk la dorg tu..eeeee kan hamba dh naik darah ni..heee

beautiful_rose said...

aku semakin rasa jelik dengan politikus malaysia.

Blogger said...

dah biasa sangat dengan taktik keji camni. cuma orang bodoh je yang akan percaya. sayangnya orang bodoh tu ramai sangat kat malaysia. baik dari pihak sana mahupun pihak sini.