ADA seorang sahaja manusia paling jahat, paling pengkhianat, paling memecah belahkan rakyat di negara ini, namanya Anwar Ibrahim. Jika dia ke Amerika, maka dia akan bertemu dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam, memporak perandakan Malaysia. Jika dia ke Indonesia, maka dia akan menghasut rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia, serta memberikan tekanan kepada Malaysia [Utusan].
Senang kata, ke mana sahaja Anwar Ibrahim melangkah di dalam dunia ini, nescaya akan berlaku kerosakan yang maha dahsyat ke atas manusia sejagat, terutamanya manusia-manusia yang tinggal di Malaysia. Jika ditanya, siapakah manusia paling jahat di dunia ini? Percayalah, jawapannya ialah Anwar bin Ibrahim.
Tetapi berbeza dengan seorang lagi insan yang sangat kontra perwatakannya, sangat berbeza tindakannya, namanya Najib Razak. Ke mana sahaja insan ini melangkah, akan membawa rahmat ke seluruh alam, membawa kebaikkan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan, memberi kebahagiaan dan keamaanan kepada pokok-pokok dan ulat gonggok.
Jika dia ke Amerika, nescaya seluruh rakyat Amerika akan memeluk Islam, jika dia ke Vatican, nescaya pope Kristian paling agung akan tunduk dan hormat kepada Najib Razak. Apa sahaja tindakannya disulami dengan tingkah laku bijak yang membawa keamanan, kebaikkan kepada seluruh manusia sejagat terutama manusia-manusia yang ada di Malaysia. Apa sahaja tindakannya tidak pernah silap, tidak pernah salah.
Malah jika Najib Razak lari berbogel di seluruh Kuala Lumpur bersama-sama dengan Lady Gajah sekalipun, tentu tindakan itu tersirat pemikiran bijak, disulami wawasan yang jauh, dengan perancangan yang mantap bagi membawa kebaikkan kepada semua manusia yang wujud sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini, berlanjutan sehingga ke hari kiamat. [Utusan]
RentaP© "Kesimpulannya Anwar jahat, Najib baik..."
4 comments:
nak tahu kebaikan tanya sahabatnya
nak tahu keburukan tanya musuhnya
minggu ni belum BERSIH kereta lagi ni
Tehr,
hari ini saya pakai baju warna kuning yang BERSIH
I wish jatuhnya sebuah kerajaan yang zalim dan bangunnya sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat dan mengamalkan perundangan berteraskan Islam :-)
Fahmi,
ameen...!!
insya-Allah
Post a Comment