jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Saturday, November 13, 2010
Thursday, November 11, 2010
pakcik!!
Jam 10 pagi tadi saya pi dah kedai pakcik,, tak dak lagi..
Petang saya tertunggu-tunggu
Malam... Saya mintak tolong kawan saya
Ni dah dekat 10 malam dah ni.. hu...
Mana tesis saya, pakcik,,..??
Sibbek esok jumaat. Masih hari 'bekerja'. Boleh saya pi hantaq kat pejabat.
Tapi pakcik.... esok supervisor saya tak dak,,.....
:( :((
senaman pagi
Ada yang masih belum atau baru bangun tidur? Jom kita usik,, he.he..
Tak sedar jugak?
He.he.. Ok.. kita mulakan dengan tarik nafas. Tak susah mana pun kan? Takde susah lah.
Betulkan urat-urat leher yang sengal-sengal tu dulu...
Kemudian regangkan tangan kita...
Bebaskan pergerakan tangan di sisi
Hayunkan tangan ke kanan dan ke kiri. Kanan, kiri, kanan, kiri..
Tukar step. Pusing-pusingkan tangan sambil gerakkan badan ke kanan dan ke kiri
Hooh.. penat sudahh....
Senang je kan kawan-kawan kan? Ok lah.. Kita berhenti.. Jarang-jarang buat, memang mula-mula rasa berat, tapi nanti dah selalu buat, akan terbiasa dan tak ada apa-apa dah nanti. Kalau hari ni kita senam 5 minit, esok tambah 7 minit, 10 minit dan begitulah seterusnya..
Kalau bosan wat sorang-sorang, nanti ajak lah kawan-kawan wat ramei-ramei.. he.he.he
Jumpa lagi semua!
Tuesday, November 09, 2010
syukur alhamdulillah
Semalam saya dah jumpa dengan my supervisor, alhamdulillah.. Saya punya draft tesis dah boleh dijilidkan. Semalam jugak madam tandatangan dan cop borang kebenaran untuk jilid. Tentang borang nak hantar tesis lambat, madam cakap, tak payah. Sebab minggu ni jugak saya akan (kena) hantar.
Lega... Madam patutla wat macam tak kisah dengan saya (selama saya bersusah hati dengan tesis yang belum edit dan jilid), sebab nya bagi dia, saya dah siap. Yang edit2 kali terakhir ni pun dia cakap tak perlu hantar dekat dia. Terus gi jilid kat kedai, nanti dah siap, hantar yang tu dekat dia.. Ohh,,

Kalau ikut semalam jugak nak hantar gi kedai, tapi kerja-kerja meng-edit belum selesai. Insya-Allah pagi ni. Hari ni hantar kedai,,.. Khamis atau Jumaat boleh ambik, insya-Allah. Ameennnnn...
Buleh balik kampung hari Sabtu ni,,, yey! Sukanya :) :) :X

Sunday, November 07, 2010
madam oh madam
tugasan saya dah siap..."
Esok (Khamis @ 8hb 11) seperti yang telah saya beritahu dalam entry yang lepas, kalau diikutkan dateline untuk hantar tesis yang sudah siap dijilidkan...
Akan tetapi disebabkan madam supervisor saya sibuk beberapa minggu (dan memang selalu sibuk pun, huu...) ini, maka kebenaran untuk saya menjilidkan tesis masih belum diperoleh.
Chapter yang telah disemak oleh beliau adalah chapter 1 dan 5. Chapter 2, 3, 4, juga acknowledgment dan bibliography belum diberikan kepada saya. Rasanya sudah check, cuma tidak lapang untuk sesi berbincang dan memberi komen kepada saya...
Dan kerana itu.... Esok pagi2... saya akan ke pejabat fakulti untuk isi borang penangguhan penghantaran tesis... Esok juga para supervisor harus memberikan markah tesis supervisee2 kepada
Esok, seperti yang dijanjikan pada hari Khamis minggu lepas.. saya akan berjumpa dengan supervisor saya... Paling tidak, esok saya boleh edit mana-mana part tesis yang ditegur, dikomen dan dibetulkan oleh puan supervisor saya... Dan insya-Allah.. hari Selasa boleh saya hantar kedai untuk dijilidkan.. ambil masa 3-4 hari untuk siap...
Erm.. Jumaat sempat kot siap? Harap2lah.. adoi... sebab hari sabtu dah nak balik kampung... atau perlu postpone kan balik kampung? Tiket dah beli......,,,,,,,,,,,,
Saturday, November 06, 2010
sendiri
Tangis tawa, aku sendiri
Suka duka, aku sendiri
Bahagia derita, aku masih sendiri
Pahit manis, aku tetap sendiri
Hidup mati, aku juga sendiri
nurfatimahz AKA puteri
Friday, November 05, 2010
galas, batu sapi
Calon PAS mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mendapat 5,324 undi.
Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.
Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.
Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.
[sumber: Cina Islam]
BATU SAPI :
Calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.
Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,013PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.
Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.
Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.
[sumber: Cina Islam]
Thursday, November 04, 2010
tesis gue,,,
Minggu lepas, nak jumpa supervisor, dia cakap jumpa minggu ni, hari Isnin. Hari Isnin tanya, dia kata tak boleh ada meeting. Jumpa hari Selasa atau Rabu. Hari Selasa jumpa sekejap, ada la dua minit kot? Dia cakap tak sempat, dia suh jumpa hari Khamis.
Merangkap hari ni la hari Khamis tu.. Tadi pergi... Masih sama... Sibuk... Huuuuu... Dia cakap jumpa Isnin minggu depan...
Adehh..... Frust....,,,,
Isnin depan 8hb.. Sepatutnya Isnin depan dah kena hantar tesis yang dah siap jilid.. Akan tetapi selagi belum supervisor habis check keseluruhan draft tesis, maka tak boleh jilid lagi... Ya, draft-draft saya semuanya dah siap. Cuma tunggu dikomen atau dibetulkan mana-mana bahagian atau grammar (usually grammatically error, he.he).
Isnin ni kene amik dan isi borang penangguhan hantar tesis. Biasanya tempoh penangguhan adalah 2minggu. Isnin betulkan.. Insya-Allah, harap2 Selasa boleh hantar kedai suh jilidkan. Harap-harap betul-betul Isnin....
Doakan puan supervisor saya tu lapang untuk saya hari Isnin depan ya kawan-kawan.!
Dah capek (penat) nih,,,,....
Penantian memang memenatkan. Patutla orang cakap "penantian itu satu penyeksaan"... Hurmmm..... :/
Wednesday, November 03, 2010
sekolah mengandung: apabila nasihat ditolak
~ PAS hanya pandai bercakap dan mengkritik ~
Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?
PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.
Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....
PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi...."Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman".
Oleh: Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka dan YDP PAS Kawasan Bukit Katil
[sumber: harakahdaily]
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Tuan Guru Nik Aziz beri rasuah?
[sumber: MiloSuam]Komen puteri:

Hurm.. Pelik betul zaman sekarang. Muallaf (orang yang baru memeluk Islam) sememangnya akan menerima zakat kerana mereka tergolong di dalam asnaf yang layak menerima zakat.
Siapa asnaf-asnaf tu? Tak tahu? Rujuk kepada tok-tok guru. Paling kurang tok-tok imam. Itulah. Ajaran siapa yang mengatakan zakat kepada muallaf itu namanya rasuah???
Dah jahil tu diam-diam je lah. Ni tunjukkan pula kepada satu dunia yang mereka jahil. Zakat kepada muallaf pun tak tahu ke? Sah, tak sekolah
[sumber kedua: HarakahDaily]
Tuesday, November 02, 2010
PAS beri rasuah di Galas?
Jika terbukti PAS membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap PAS, ujar Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazelan Baharuddin.
“SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka (PAS) ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi,” ujarnya ketika ditemui berkempen bersama calon BN, Ab Aziz Yusoff pagi tadi.
“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.
“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.
Note:
Kah..kah..kah..kah... Baru aku tahu kelim duit tambang tu dikira salah.. Tapi selama ni ahli umno yang tinggal di luar kawasan bila balik mengundi tempat sendiri, boleh menuntut duit tambang SPR tak pernah pula kata itu dikira rasuah politik? oooo... aku lupa plak.. dah tentu la SPR tu kelab penyokong umno. kalau umno "apa saja umtukmu..." kah..kah..kah..kah..
Video orang umno beri duit: sila klik di sini.
Tu video umno bagi duit apa tu? Mesti SPR akan tolong umno jawabkan.. ". PAS jangan suka-suka menuduh umno parti yang suci ini... mungkin mereka sedang mengagihkan wang zakat.." kah..kah..kah..kah... lantak ko la labu... ko jawab la sendiri dengan Allah nanti.
[sumber: bujangsusah]
Pautan menarik: Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR.
Sunday, October 31, 2010
i'm scared
Chapter 2, 3 dan 4 saya belum diberi komen oleh supervisor saya. Chapter 5 dah siap. Tapi belum serahkan kepada beliau. Kawan2 saya ada yang hantar melalui attachment di email. Tapi saya tak pernah buat macam tu. Selalunya saya akan hantar hardcopy punya. Boleh ke saya emel je? Tapi macam lain pula rasanya. Macam mana ni..?
Dan siang tadi saya mengirimkan beliau email (nombor telefon beliau yang terkini private, oleh yang demikian saya hanya berhubung melalui email, atau sesekali pergi ke pejabatnya dan menemuinya di sana sekiranya dia ada), dan beliau membalas.. dan membuatkan saya agak cuak... (Walaupun pada mulanya agak ok sebab dah nak siap keseluruhan tesis)..
Salam,Dear Fatimah,Tomorrow until Wednesday fully occupied.Tomorrow early in the morning will be monthly gathering before meeting at 9.30 amWhereas 2.30 I got rehearsal for Seminar Syariah 2010.If you come to Seminar Syariah, we will try to meet.I have been reading your analysis- it needs improvement.Until then, please email me again for an appointment. ThanksCheers,
Hurmm,,.......
Saturday, October 30, 2010
gomo kelate gomo
Ho.ho.ho..
Suka, suka, suka!! :) :)
[7.00 pm] Saya dan kak kaisi @ atom
Atom: Maksu, malam ni you harap pasukan mane menang?
Saya: Of kos la kelate sebab ambo minat ke ore kelate. he.he. Gomo kelate gomo!
Atom: Hehe.. Bagila kelate pulok. Terima kasih atas sokongan. I doakan you jumpa jodoh dengan ore kelate, nanti senang nak jumpa dengan you masa akan datang. Ngeee....
[10.00 pm] Saya dan abg saya: Abezim
Saya: Gomo kelate Gomo
Abezim: Nok kaloh doh
Saya: Yolo? Berapo doh?
Abezim: Kosong sa
[10.00 pm] Saya dan dia
Saya: Gomo kelate gomo
Saya: Gi bukit jalil?
Dia: Ye. kat stadium
[11.00 pm] Saya dan kak kaisi @ atom
Atom: Kelate mene 2-1. I tengok tv tadi. 2/3 stadium penyokong kelate, siap bawa bendera kelate lagi. Yang lucunya bendera PAS pun ada. Bukan 1, adalah dalam 3 gitu.
Saya: Yolo? Wiii... buley tuntut teh O.. kikikiki
[11.05 pm] Saya dan dia
Saya: Oh menang rupenye kikiki.. Buleh tuntut teh O.. Yeye
Dia: Haha
Saya: Sape bawak bendera PAS pegi stadium?
Dia: Saya
Saya: Ye? bagus :)
Nak tuntut teh O ngan sape? Abezim? Atom? Dia? Bukan, bukan, bukan... Bukan salah seorang dari nama-nama di atas, sebaliknya ialah... dengan rakan blogger yang bernama Tehr!! He.he.he..
PSSSTTT...
Merujuk kepada entry: Penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan oleh Tehr.
kisah si monyet
Ada kisah yang menarik tentang monyet yang ingin saya ceritakan di sini. Kisah ini sebenarnya diceritakan oleh pensyarah saya tidak lama dahulu, Ustaz Hasnizam.
Ceritanya begini.. Monyet, apabila angin ribut atau taufan melanda, apa yang dio-wan (dia+haiwan, kalau dia+orang=diorang, he.he) buat? Dio-wan akan peluk pokok, dahan dan mana-mana yang boleh dijadikan tempat berpaut supaya tidak terjatuh atau diterbangkan angin ribut tersebut.
Akan tetapi, apabila angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan ke arah dio-wan, dio-wan selamba sahaja, tak ada sibuk-sibuk nak peluk pokok atau sembunyi dibalik daun-daun... Walhal angin tu sama je suhu sejuknya dengan angin taufan. Yang berbeza hanyalah kelajuan angin tersebut.
Dio-wan rileks, siap boleh landing lagi kat dahan-dahan pokok tu, malah ada juga yang mendepangkan tangan menyapa dan menyambut kedatangan angin sepoi-sepoi bahasa berkenaan.
Yelah, bak kata orang (manusia ye, bukan orang utan!), "orang berbudi, kita berbahasa". (Er... tapi apa relevannya pepatah berkenaan dengan cerita ini? OPSS..). Sehinggakan mereka terjatuh ke tanah kerana langsung tidak memeluk dahan pokok atau memegang mana-mana bahagian pokok dengan kejap dan kuat.

rileks je dia...kan?
Sebenarnya inilah kiasan (seperti yang coba disampekan oleh al-ustaz).. Apabila kita menegur seseorang itu, kita perlu berhikmah.. Bayangkan orang yang nak kita nasihat (terutama non-Muslim) itu adalah seperti monyet-monyet di atas (bukan bayangkan mereka sebagai monyet!), bila kita gunakan kekerasan (angin taufan), maka makin erat mereka berpegang kepada kepercayaan mereka.
Akan tetapi bila kita gunakan kelembutan (angin sepoi-sepoi bahasa), mereka secara tidak sedar 'menerima'nya..... sedikit demi sedikit.. Insya-Allah....

Kepada rakan-rakan pendakwah, jangan kalah, jangan lemah semangat dan jangan berputus asa dalam berdakwah dan memberi nasihat!
Sekian.
********************************************************
Gambar menarik:
Thursday, October 28, 2010
masjid mati dulu sebelum manusia?
KUALA LUMPUR, 28 Okt:
Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid. Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam.
“Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala’, yang menggadaikan prinsip Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias.
PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah - keredhaan Allah (puteri) - tidak akan menggadaikan prinsip Islam.
“Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini,” ujarnya sinis.
Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.
Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.
Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.
[sumber : HarakahDaily]********************************************************
Nota:
Penganut agama (lain) manakah yang merobohkan rumah ibadat mereka?
Siapakah?
Adakah?
Wednesday, October 27, 2010
Malaysia hub hiburan malam?
Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.
Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.
Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?
Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?
Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?
Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?
Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.
Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,
"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )
"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)
Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?
Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..
[sumber] Artikel iluvislam.com
tsunami di Sumatera Barat
KUALA LUMPUR, 27 Okt:
PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dan hilang dalam bencana tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, malam kelmarin.
Ucapan sama turut dirakamkan kepada keluarga mangsa korban letusan Gunung Merapi di sekitar penempatan Surakso Hargo atau Mbah Maridjan di Yogyakarta, Indonesia.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan beharap agar semua keluarga dapat bersabar dengan ujian Allah tersebut.
"Kami berdoa agar semua ahli keluarga dan sahabat handai yang menerima kehilangan anggota keluarga dan kecederaan agar dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini dan dapat menghadapinya dengan penuh keimanan," katanya.
Selain itu, PAS juga tegasnya menyeru badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang berkait dengan misi kemanusian, agar segera memberi bantuan.
"PAS akan membuat pemantauan dan menyeru (NGO) dari Malaysia yang terlibat dalam aktiviti misi kemanusiaan untuk mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi membantu saudara sejiran yang menerima musibah ini," katanya lagi.
Sehingga malam tadi, bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter itu telah mengorbankan 58 orang manakala lebih 270 lagi hilang.
Dilaporkan, wilayah Dusun Munte di Kecamatan Pagai Utara antara kawasan paling teruk dilanda tsunami tersebut.
Pegawai Daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleuleubaja berkata, ada beberapa dusun yang belum terpantau kerana sukar dimasuki pasukan penyelamat.
"Selain itu, buruknya cuaca di perairan Laut Mentawai juga menyebabkan upaya memantau dusun-dusun lainnya belum dapat dilakukan," lapor agensi berita Antara.
Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.
Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.
[sumber: Harakahdaily]*****************************************************
Kita mendoakan sahabat-sahabat di sana selamat sejahtera, Insya-Allah.. Ameen.
Tuesday, October 26, 2010
hutang orang kita yang tanggung?
KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.
Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau bersamaan 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutangRM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. sebanyak
PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.
Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.
Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.
Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.
Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.
Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.
“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.
Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.
“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.
“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.
Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.
Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.
“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.
Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.
Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.
“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.
[ Sumber: Harakahdaily ]*********************************************
Pesan saya:
Undilah PAS atau Pakatan Rakyat.
"Kuasa ditangan rakyat"














