© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, November 03, 2010

sekolah mengandung: apabila nasihat ditolak

~ PAS hanya pandai bercakap dan mengkritik ~

Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?

PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.

Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....

PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi...."Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman".

Oleh: Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka dan YDP PAS Kawasan Bukit Katil

[sumber: harakahdaily]


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

8 comments:

Cikli said...

tak payah layan sangat, fokus terussss

tehr said...

sekolah mengandung?
baru dengar ni...
hehehe

puteri said...

cikli -->>

ho.ho.. nak wat debatnya pun tatau bila..iskq..

teringat zaman Dr M dlu.. nak wat debat Umno-PAS.. tapi apa cerita?

puteri said...

tehr -->>

opss?? biar betol
'sekolah harapan' ni tak dkthui??

:D~

surihati_ku said...

saya anak melaka.

no komen ..byk ckp satu isu yg panas..haaa...

zip mulut nnti tak pasal kena sama huhu..

suka harmoni tak suka peperangan..bikin kusut kepala..

puteri said...

k. suri -->>

kasihan orang zaman sekarang.
nak cakap yang benar pun takut.
siapa yang ajar?
ISA.
siapa ISA?
ha.ha

gadisBunga said...

sementara masih belajar ni mungkin isu politik yg hangat perlu ditapis dahulu. cam GB takpe. dah tua. muehehe

puteri said...

GB -->>

huwahaha
zaman belajar la kene amek tau pasal politik
nanti abes belajar jadi orang..
kalau tak.. jadi orang-orang!
hahahaha