© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, November 03, 2010

Tuan Guru Nik Aziz beri rasuah?

~ Fitnah Berita Harian kepada Tuan Guru Nik Aziz ~

Sudah menjadi tugas media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain untuk mencari jalan mencipta dan menyebarkan propaganda yang memberikan keuntungan ataupun faedah kepada kerajaan Barisan Nasional.

Kali ini Berita Harian memainkan peranan untuk memutar belitkan berita dan gambar-gambar mengenai peristiwa di Lojing di mana Tuan Guru Nik Aziz Mengislamkan tiga Orang Asal <--Sila klik. Sebaik sahaja meng "Islamkan" ketiga tiga orang asal tersebut, Tuan Guru Nik Aziz memberikan wang zakat kepada muallaf tersebut lantaran mereka sudah dikira sebagai satu daripada asnaf yang layak menerima wang zakat.

Sebaliknya Blog-blog pro kerajaan memutar belitkan cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz merasuah Orang Asal agar mengundi PAS. Manakala gambar di bawah pula adalah screenshot dari keratan akhbar Berita Harian. Berita Harian sengaja memutar belitkan cerita dari "wang zakat" kepada "membeli undi".

[sumber: MiloSuam]

Komen puteri:


Hurm.. Pelik betul zaman sekarang.
Muallaf (orang yang baru memeluk Islam) sememangnya akan menerima zakat kerana mereka tergolong di dalam asnaf yang layak menerima zakat.

Siapa asnaf-asnaf tu? Tak tahu? Rujuk kepada tok-tok guru. Paling kurang tok-tok imam. Itulah. Ajaran siapa yang mengatakan zakat kepada muallaf itu namanya rasuah???


Dah jahil tu diam-diam je lah. Ni tunjukkan pula kepada satu dunia yang mereka jahil. Zakat kepada muallaf pun tak tahu ke? Sah, tak sekolah agama!


[sumber kedua: HarakahDaily]

4 comments:

surihati_ku said...

alahai..undi undi janganlah menjadi talam dua muka..

macam2 kan pening pala jap heeee

surihati_ku said...

puteri brg suri kak dh dpt semalam.terima kash..sunggu comel nnti suri nak bwk kat pjbat isi pic anak hee..klu letak kt umg kompom mmg anak bawak main..tolak sana sini..

terima kasih byk1 puteri atas pemberian tsbut =)

Cikli said...

tiada yang cerdik berkaitan umno

puteri said...

cik li -->>

aha.. sama mcm ayat tempohari,,.
cuma lain bunyinya sahaja
tapi mksudnya sama...
:D