© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, October 27, 2010

Malaysia hub hiburan malam?

~ Malaysia sebuah Hub Pusat Hiburan Malam ~
alt

Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?

Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?

Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?

Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..

[sumber] Artikel iluvislam.com

19 comments:

gadisBunga said...

fikir balik, masih relevan ke Malaysia menggunapakai gelaran Negara Islam? :)

Cikli said...

adakah kita bersubahat dengan mengundi bn?

puteri said...

GB -->>

Malaysia bukan negara Islam.
Hanyalah negara umat Islam.

kan?

puteri said...

CikLi -->>

Jangan3!

Hanis MY said...

Salam ziarah..terima kasih sudi berkunjung...

puteri said...

Hanis MY -->>

sama2..
terima kasih kembali
:)

suri said...

beratnya nak menjawab..tapi tulah dia kenyatan yang terpaksa kita terima...

gejala sosial semakin menggila...anak2 perempuan pula yg buat suri rasa takut berbanding dgn anak2 llki...

Fahmi Raazali said...

hehe... kerajaan kan bijak memerihtah... dia tahu la apa yg terbaik utk rakyatnya...

haha... konon2 nya la :-P

BuDak cOUntry said...

sure larh xlm lg ank luar nikah kt malaysia akn meningkat lg, kdr prceraian pn akn naik sm...masyarakat kita dh ckup tenat dgn gejala sosial, knp nk prmudahkn lg jln ke neraka?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

memang macam macam hub negara kita ni

puteri said...

k. suri -->>

sayang seribu kali sayang
masih ramai yang buta
mata hati.....

puteri said...

fahmi raazali -->>

tahu mana yang baik?
untuk diri sendiri ye lah kot,,,

puteri said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o -->>

aah kan..?

hub halal ada
hub haram pun ada

ha.ha

puteri said...

budak country -->>

tanyalah kepada pemilih....
mengapa memilih yang demikian dijadikan pemimpin

BuDak cOUntry said...

aku x....hehhehee

puteri said...

budak country -->>

tapi kdg2, org xundi pun..
tp undi ttp byk..
mklumlh.. bkn org je g ngundi
hantu pun undi maaaaa

BuDak cOUntry said...

2 lah y unik ye kt malaysia nih...hantu pun semangat nk mengundi gak...jembalang, jin, jelangkong, seme kuar...mcm mn xmng bsr?

puteri said...

budak country -->>

mmg 1Malaysia lah!
ha.ha

aveeakira said...

hmm.. Aki memang tak sokong mana 1 Malaysia ni. Tapi dalam hal ni, Aki tak taw nak cakap. Aki bukannya suker berpolitik or kuat agame yang layak nak komen bender ni.. just nak cakap.. Aki agak terkejutt jerr...