© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, October 12, 2010

give and take

Beberapa hari lepas, ada seorang kawan meluahkan perasaannya kepada saya. Ops.. bukan meluahkan rasa jatuh hatinya kepada saya atau kepada sesiapa, cuma berkongsi sedikit ketidakpuasan hatinya kepada teman yang lain.

Ya. Tak dinafikan, ada juga kawan yang sekadar mengambil kesempatan. Tapi layak ke orang sedemikian dipanggil 'kawan'?

Apa yang menarik, petikan kata-kata teman saya ini yang ingin saya kongsikan ialah "kawan = gives and takes". Ya, saya beri, awak terima. Awak beri, saya terima. Barulah best berkawan, kan?

Ni tak.. Seorang tu je yang memberi. Dah memberi tu, dia tak menerima. Tapi yang menerima tu pula, tak pernah memberi. Seperti ayat popular ini: hartamu hartaku, hartaku hartaku jua. Tak bagus kan orang macam ni?



Bila kita dicari.... semuanya bersebab.
"Awak, nak tanya ni...", "Awak tahu tak macam mana.....", "Betul ke buat benda ni macam ni.....?", "Tolong bla bla bla......".

Asal sms atau call.. mesti ada benda. Sampai bila nampak je nama orang tu naik dekat telefon, dah boleh terdetik "apa benda yang budak ni nak pula kali ni??". Bila kita minta tolong dia, boleh pula dia buat tak tahu, buat tak reti, buat tak peduli.

Bukan bermakna apa yang kita beri ini tak ikhlas. Ikhlas. Tapi, yelah kita ni manusia. Imannya bertambah dan berkurang. Bukan malaikat, yang iman bertambah tak berkurang-kurang.

Saya cuma boleh katakan kepada teman yang mengadu tu, sabar dan buat tak tahu je lah. Buang masa je layan orang macam tu. Banyak lagi kerja yang berfaedah boleh dibuat selain melayan rasa makan hati dengan orang macam tu.

Macam pengalaman je? A'ah. Memang. Dah banyak kes macam ni pernah saya hadapi. Pedas ke? Minum la air ye.. jangan makan cili banyak2 lepas ni..

Bersabarlah kawan!

3 comments:

gadisBunga said...

sabar je ok. manusia ni mmg mcm2 ragam.

pengalaman sendiri, bila kita ikhlas, org akan tergerak utk turut ikhlas dgn kita. :)

BuDak cOUntry said...

ai mah...aku rase cam penah dgr ayat tuh...fhm2 jelah...huhuuuu

suri said...

kita leh degar tapi kita diam jer..krg klu lagi cakp takan dia tal blh paham lgi peragai org2 kita nih..adeii