© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, October 24, 2010

isu festival fesyen Islam: suatu fitnah?

~ Menjawab pertuduhan Umno yang mengatakan PAS@pembangkang pemfitnah

Oleh: Pria Malaya




Nampaknya isu ini semakin panas...setelah penyokong Umno termasuk cybertoopers mereka mengambil masa yang lama (mendiamkan diri) utk bersuara, hari ini mereka mula muncul dengan 'doktrin2' penafian, mempertahankan Rosmah Mansor..

Namun sayang, ada di kalangan mereka cuba mengalih isu dan 'pusing cerita' seolah-olah mereka yang membantah ini jahil maklumat dan telah melamparkan fitnah..

Antara blogger Umno yang mula mengalih isu ini ialah Panglima Perang Cyber dan Pisau.Net...penulis jawab tuduhan mereka di bawah....

1. Tunjukkan bukti dakwaan blogger 'Panglima Perang' kononnya gambar yang didedahkan di dalam blog2 pembangkang seolah-olah gambar palsu dan fitnah, tunjukkan bukti gambar2 tersebut tidak berkaitan dengan Rosmah Mansor..melainkan ianya adalah gambar asal yang diperoleh dari sumber2 primer..

Boleh lihat antara sumber penulis di sini..


i. http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html#next
ii. http://www.emirates247.com/islamic-fashion-on-monaco-s-ramps-1.277555

Sumber video pula di bawah..

i. http://naziehah.wordpress.com/2010/10/07/monte-carlo-islamic-fashion-festival/
ii. http://www.legendsmodelingagency.com/Legends_Modeling_Agency_Monaco/IFF_-_Movie.html
iii. http://www.youtube.com/watch?v=yE52iwr7UJw

Bukti apa yg bangkitkan di atas benar2 wujud di alam nyata, bukan edit, photoshop ataupun fitnah dari Pakatan Rakyat..

2. Dakwaan kononnya Rosmah tiada kaitan dengan IFF (Islamic Fashion Festival) yang dianjurkan kali ini adalah tidak tepat, dan salah satu cubaan utk menyelamatkan diri..

Rosmah tetap merupakan PENAUNG utama IFF ini yang digelar sebagai 'Faunding Petron' walau program ini diadakan di mana2 sekalipun..ia tidak, dan belum 'berubah tangan'..buktinya..

"For One year, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor as the founding Patron, has helped establish the fashion festival as a landmark event in the history of global fashion"


Jelas, dari kenyataan di atas, beliau bukan sahaja bertindak sebagai penaung, tetapi juga sebagai orang yang bertanggungjawab tertubuhnya idea festival fesyen ini..

*Utk kefahaman lebih jelas tentang maksud 'penaung' ini, sila rujuk artikel penulis di SINI..dan fakta berkaitan IFF di SINI (mesti tengok)..

3. Sebagai 'orang penting' program ini, Rosmah diberi layanan istimewa di sana sehingga diberi keutamaan dalam menyampaikan ucapan dalam majlis sebeleum berlangsungnya acara 'menayang body'..ucapan beliau mendapat liputan media2 antarabangsa...boleh lihat antaranya di SINI..



Bukti pengaruh beliau begitu besar dan menonjol dalam FFI termasuk pada festival yg diadakan di luar negara!...x cukup bukti beliau sememangnya berkuasa?..lihat seterusnya...

4. Lagi bukti bahawa orang-orang 'kenamaan' dari Malaysia adalah antara majoriti yg terlibat dlm IFF ini..dan jangan terkejut anak Najib+Rosmah sendiri terlibat dlm IFF ini!...buktinya..



Sumber: http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=60&Itemid=75

5. Bukti Malaysia adalah antara yang berperanan besar dalam festival ini dapat dilihat pada website rasmi IFF ini...

http://www.islamicfashionfestival.com.my/

Perkataan 'my' di atas menunjukkan IFF ini adalah berpangkalan di Malaysia, yg mana jelas ia dipolopori oleh Rosmah Mansor yg bertindak sebagai penaung..

Kerana itulah didahulukan perkataan 'KUALA LUMPUR' sebelum dituruti 'JAKARTA' dan 'MONTE CARLO'..

6. Kita lihat bagaimana Malaysia di beri tempat istimewa sehingga festival fesyen ini menampilkan pertunjukan pentas oleh penari dan penyanyi dari Malaysia, bukan Indonesia atau Carlo..so, negara manakah yg lebih menonjol? siapakah yg lebih berkuasa?
Bermula dengan pertunjukan kebudayaan Zapin Sarawak dan persembahan membanggakan dua penyanyi Malaysia, Syafinaz Selamat serta Datuk Shake yang kini kembali bermastautin di Perancis, paparan koleksi pereka IFF dengan penggunaan warna terang bersesuaian dengan cita rasa penduduk di selatan Perancis itu turut mencuri tumpuan. - Berita Harian
7. Fenomena mengkritik penganjuran festival kali ini yg jelas menghina Islam bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, bahkan 'pemerhati2' dari negara lain...mereka turut menyalahkan pihak penganjur sebagai pihak yg sepatutnya menggalas tanggungjawab apabila insiden ini berlaku...

Lihat contoh di sini, http://www.emirates247.com/islamic-fashion-on-monaco-s-ramps-1.277555

Apakah di sini, tiba2 kita 'tidak mahu' menyalahkan pihak penganjur dengan alasan mereka tiada kuasa, bukan berlaku di Malaysia maka tiada keperluan utk kita bersikap sensitif, terdapatnya wakil isteri Perdana Menteri kita yg 'kita sayangi' menyebabkan kita mengambil pendirian tidak mahu membantah??..sudah tentu TIDAK!..

Memang jelas, pereka fesyen yang menyalahi Islam itu telah bertindak salah..namun apakah mereka shj perlu dipersalahkan, sedangkan pihak penganjurnya melepaskan tangan?.. TIDAK MUNGKIN sama sekali!...

8. Di sini, penulis juga ingin mempersoalkan, apakah kewajaran semua pereka2 fesyen dari Malaysia semuanya adalah dari kalangan non-muslim..?
Melengkapkan IFF Monaco yang bertemakan The Beauty of Modesty, pereka Malaysia Melinda Looi, Michael Ong, Khoon Hooi, Variante dan Albert King, berkongsi pentas mempertontonkan rekaan kreatif diilhamkan daripada busana Muslimah menerusi tema Interpretations. - Berita Harian
Sebagai mewakili Malaysia, apakah Rosmah Mansor tidak tahu-menahu perkara ini? sudah tentu beliau tahu..namun apa tindakan beliau? ..T.I.A.D.A...

9.
Kita tidak membantah Festival pakaian Islam yg di adakan di tempat lain termasuk di Malaysia sebelum ini kerana ianya tidak keterlaluan dan hampir menepati ciri pemakaian Islam...bukti pembangkang tidak membantah membuta tuli, dan hanya membantah perkara yg jelas kesalahannya.. (Mungkin kerana Rosmah Ketika itu tidak terlalu menonjol berbeza ketika beliau menjadi tetamu 'istimewa' di Carlo...)

Yang menjadi persoalan kini adalah apa yg berlaku di Carlo dimana Rosmah ketika itu masih memegang tittle 'penaung' IFF serta diberi penghormatan yg istimewa di sana...



Sila baca di sebelah, http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223

10. Adat kebiasaan...jika wujud kepincangan dan kelemahan dalam mana2 program, maka sudah tentulah pihak penganjur yang patut dahulunya dipersalahkan..dan di sini, kebetulan wakil dari negara kita turut terbabit, iaitu Rosmah Mansor, bukan sahaja sebagai penaung IFF, tetapi tetamu istimewa dlm festival itu..jadi, apakah salah jika orang ramai mengkritik penganjur termasuk Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah dan Penaung IFF, Rosmah Mansor??



Namun, mengikut faham penyokong Umno, Rosmah Mansor tidak boleh dipersalahkan, tidak boleh diusik, kononnya beliau tiada kuasa, tak tahu-menahu (atau tidak mahu ambil tahu?) tentang jenis fesyen dan pereka fesyen dan lain2 alasan...kalau ini benar, maka terbukti Rosmah telah lepas tangan...tujuannya rupanya hanya utk nama dan 'jenama', bukan penghayatan terhadap syiar islam sepertimana gahnya nama "Islamic Fasyion Festival"!...boleh baca di SINI (mesti baca)..

11. Utk yg terakhirnya...apakah semua di atas masih belum cukup utk menggambarkan 'kuasa' yg ada pada Malaysia, atau lebih tepat Rosmah Mansor?..apakah masih belum cukup menunjukkan Malaysia mempunyai peranan yg sangat besar walaupun diadakan di luar negara?..apakah masih belum cukup utk mengatakan Rosmah mesti bertanggungjawab terhadap insiden ini???... sila jawab penyokong tegar Rosmah Mansor!

Akhir kalam...bagi penyokong Umno yg masih terkial2 mencari alasan dan dalih utk mempertahankan Rosmah mansor, sila baca 'amanat' oleh blogger-blogger tegar umno pada link di sebelah, "Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno"...

Kalian juga diseru utk membaca pernyatan tegas oleh tokoh agama negara Dr MAZA di SINI, dan Ust Zaharudin di SINI...wallahua'lam..

p/s: Penulis akan kemaskini entry ini...

Artikel berkaitan (IFF):
- [Kemaskini] ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)
- Bukti 'Festival Fesyen Islam' hina Islam: Penaung FFI Rosmah Mansor harus bertanggungjawab!
- Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno
- Isu IFF: Penulis jawab ketua '40 ulamak muda' Umno...

Artikel berkaitan Rosmah Mansor:
- 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
- Koleksi entry berkiatan Rosmah Mansor yang mesti anda lihat

[Sumber diperoleh: Pria Malaya]

16 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

maksud fitnah bukanlah bermaksut tuduhan palsu atau mengata..
maksud fitah adalah sesuatu yangmendatangkan kerosakan pada agama dan masyarakat.. ia itu kerosakan yang besar

puteri said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o -->>

er.. saya sokong kedua2nya.
fitnah = tuduhan palsu,
juga mendatangkan kerosakan
tak kiralah kepada individu, atau masyarakat atau sebagainya.

Zikri Husaini said...

datin rosmah harus minta maaf... terima kasih diatas penerangan dan juga link2 yang berpautan...

puteri said...

zikr -->>

ye. malah bukan setakat maaf, ampun.. juga insaf.

**
sendiri tak berpakaian seperti muslimah, ada hati pula nak anjurkan festival pakaian muslimah..

yang lagi tak tahan, festival tu langsung tak de ciri2 muslimah.

suri said...

pening lagi macm2 festivel..program itu ini lagi byk meserabutkan kepala ku ini..

lagi menghabiskan duit malaysia adalah ..

BuDak cOUntry said...

dah trg lg brsuluh si nenek rosmah ni lebih2 dlm mnjalankan tanggungjawab dia sbgai isteri pm...

puteri said...

k. suri -->>

abe sduit tu ok lgi la..
ni burukkan nama negara dan agama je
buat ape?

puteri said...

budak courty -->>

virus B1N1 kot,,,...??
he.he

BuDak cOUntry said...

hihiiiii...kelakor dengor...

puteri said...

budak country -->>

ho.ho...

Anonymous said...

macam pakaian org2 sakai=).nk jual pn xlaku kot

Anonymous said...

ini memang betul2 mendatangkan kemarahan org ISLAM... kalau org letak tanda salib kat pakaian..marah.. tapi sendiri letak nama nabi kat pakaian x mnutup aurat.. org kafir duk gelakkan kita.. pehh.. apa nak jadi ni...

Anonymous said...

bQxn ghd
qUhw ugg boots sale uk
vHia michael kors outlet
8sXpw ugg boots uk
9nZkx chi hair straightener
1hPck ghd hair straightener
8gIyr wholesale nfl jerseys
2pFsn ghd
5jXaq north face outlet
1bCkg botas ugg españa
1vJti ghd hair straighteners
2sIzb michael kors outlet
4jTwl cheap nfl jerseys
3lJbl ghd baratas
8hLpl discount uggs

Anonymous said...

[p]After just a week of using the sensitive brush head for one minute a day in conjunction with my Eve Lom cleansing balm, there was a marked improvement in the condition of my combination skin that I haven隆炉t been able to achieve with a facecloth or muslin cloth or manual cleansing brush . Later used to think the skin is a bit dry, then disable twenty-three days, painted mild exfoliating function, so we figure, if your skin is really oil, brush every day, but when the efforts of the brush must be gentle, or brushing the skin will still be a bit of a pain to remember to light, like the breeze was blowing gently to the skin like a circular motion on the line . This product also goes to diminish the problem of acne . You might have struggled with dark circles, wrinkles, pimples, dry patches or significant pores, to identify a handful [url=http://www.clarisonicssale4u.com] clarisonic mia[/url] of . I隆炉ll be frank: I think the salespeople at some of these cosmetics shops are either full of it or don隆炉t know what they隆炉re talking about when it comes to the Clarisonic Mia; the term 隆掳breaking out隆卤 does not mean what they think [url=http://www.hotsaleclarisonicmia.com]clarisonic mia[/url] it means . This is a cleanser and also aides in tightening of [url=http://www.hotsaleclarisonicmia.com]clarisonic mia 2[/url] the skin . uk Vouchers or Suncamp . Keeping the skin clean [url=http://www.clarisonicssale4u.com]clarisonic[/url] can prevent acne breakouts.[/p]

Anonymous said...

nJen coach factory
kMss ugg sale
nAjo michael kors sale
4dJby ugg boots uk
3wHeb chi straighteners
8pKpp michael kors bags
0xExh cheap nfl jerseys
9rIri coach outlet online
7xWgm north face outlet
7nWxt ugg
9dNpx cheap ghd straighteners uk
0yFhv michael kors wallet
9gWzb nfl shop
9lIhr ghd españa
1lXeo cheap ugg boots

Anonymous said...

www.tollywoodpolitics.com
www.bollywoodindiaboxoffice.com

telugu