© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, October 14, 2010

kenangan lama



Tadi, pusing-pusing di FB. Kemudian, bertemu dengan blog sekolah lama, Maktab Mahmud Kuala Muda (MMKM).. Juga menemui blog ustaz-ustaz dahulu... Yang baik, sporting, ramah.. Memang baik, kamceng sangat...

Maaflah cerita pasal ustaz (guru lelaki) sahaja.. He.he.. Entahlah. Rasa senang sikit. Mungkin sebab anggap macam abang kot? Dulu dalam famili, saya paling rapat dengan abang.

Ustaz Halim... Warden asrama. Juga guru untuk beberapa subjek. Walaupun dia bukan kaunselor di sekolah, tapi dia pernah menjadi kaunselor saya. Semasa saya di tingkatan tiga, dan lima. Pada masa yang masalah berat-berat menimpa saya. Kebetulan, tahun-tahun itu saya menjadi penghuni asrama. Ustazlah guru yang paling saya sayang, saya respek, saya hormat.

Tapi.... ustaz selalu lebihkan 'anak-anak emas' ustaz. Hurrm,.,. siapalah guru saya yang sekarang mahu menjadikan saya 'anak emas'nya ya? Ho.ho....

Seterusnya Ustaz Hilmi. Ustaz Hilmi mula mengajar di MMKM tahun 2006. Itu tahun saya di tingkatan enam. Saya tidak menghabiskan tingkatan 6, sekadar masuk sementara menunggu panggilan IPT (Institut Pengajian Tinggi). Bajet macam kompem dapat IPT je kan? Ha.ha...

Ustaz pun sporting. Baik sangat. Saya suka + minat dengan ustaz. Ho.ho. Kawan-kawan suka usik (di belakang ustaz): "abang Hilmi hang tak mai hari ni, MC". Ha.ha. Something like that.

Saya selalu berada di tempat duduk depan di dalam kelas. Pernah juga terlupa bawa buku. Tapi cover dengan buku lain. He.he. Bila time kawan saya; Faradila tak bawa buku, ustaz tegur dia: "Tak bawak buku?". Kemudian Faradila mengomel-ngomel perlahan kepada saya: "Ustaz! Fatimah tak bawak jugak!!!". He.he..

Kemudian.. berakhirlah kisah saya di MMKM. Setengah tahun juga masuk tingkatan enam untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), tapi saya tak daftar pun untuk ambil STAM. He.he.he. Bulan Julai, saya mendapat panggilan ke USIM, pada masa itu namanya KUIM (Kolej Universiti Islam Malaysia).

Setelah lama meninggalkan sekolah, pernah beberapa kali saya menjejakkan kaki ke sana. Tapi jarang sebenarnya. Tak dinafikan, ada perkara yang manis, dan ada yang pahit. Tapi entahlah, setiap kali saya teringat, cuma yang pahit-pahit sahaja berlegar-legar difikiran. Sebab itu saya mengelak untuk ke sana.

Jumpa kawan-kawan lama? Kami berjumpa di rumah. Jarang juga kawan-kawan rapat saya untuk pergi ke sekolah. Jadi kami tak pernah terputus hubungan. Sebaliknya.. dengan ustaz dan guru-guru yang lain....

Hurm... apa yang nak tulis sebagai penyudah entry ni. Macam tergantung sahaja. Ya kah? Biar je lah. He.he.

9 comments:

BuDak cOUntry said...

mcm larh ko tuh mah...ustaz jew? hihiiii...

Zikri Husaini said...

pertemun yang tak disangka..hehe

Puteri said...

budak country -->>

apa yang macam aku weh?

Puteri said...

zikri husaini -->>

ya. pertemuan yang tak disangka. tapi seolah-olah langsung tidak memberi sebarang makna..

Cikli said...

salam...
cakap pasal kenangan lama ni... bolehke cik puteri tukar lagu background ni.... lagu yang lama lagi ok dan mengimbau kenangan lama. patah-patah hati tak payah layan la..haha

Puteri said...

cikli -->>

w'salam..

ha.ha.. cikgu li jer yang selalu tegur pasal lagu.. hehe..

lagu ni bukan sendiri patah hati.. tapi tuju kepada mereka2 yang merasa patah hati.. hehe..

ok3.. saya tukar :P~

suri said...

apalagi mintalah rahsia dari mereka yang telah byk berjaya dlm kehidupan dan pelajaran heee..

Puteri said...

k. suri -->>

tapi banyak sudah berubah..,,

yanmaneee said...

yeezy
jordans
supreme clothing
supreme clothing
moncler jackets
supreme clothing
yeezy boost 350
balenciaga speed
yeezy boost 350
off white nike