Oleh: Pria Malaya
1. Sebelum korang teruskan pembacaan, penulis cadangkan korang baca dahulu artikel terbaru Ketua Pemuda PAS di blognya bertajuk "Memo Taubat Buat Rosmah", mengulas isu yang sedang hot ketika ini....suatu artikel yang penulis kira tepat, jelas dan 'sempurna' bagi menggambarkan hakikat yang berlaku..
2. Sebagai makluman, esok (jumaat 22/10/10) juga dijadualkan akan berlangsungnya demontrasi secara aman di seluruh masjid utama negeri-negeri..memetik kenyataan Ust. Nasrudin Hassan dlm portal berita Malaysiakini:
"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)..Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya" - Nasrudin Hassan
3. Satu page bantahan di facebook turut diaktifkan bagi pengguna facebook..walaupun baru dilancarkan (tidak sampai 2 hari), sudah hampir 13,000 facebooker telah menyertai page ini bagi menunjukkan sokongan mereka membantah FFI yang terang2 menghina Islam, serta mendesak Penaung Utama FFI, Rosmah Mansor memohon maaf kepada seluruh umat Islam..
Korang boleh sertainya pada link "Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam"
"Saya juga telah menyertainya" - puteri.
Penulis ucapkan syabas kepada blogger2 ini...penulis kagum dengan mereka!..
Tidak seperti kebanyakkan penyokong Umno yang penulis temui di dalam facebook dan forum politik, mereka masih setia menyokong Rosmah Mansor dengan memberikan pelbagai alasan membela Rosmah, dan dalam masa yang sama mengkritik pembangkang kononnya tiada isu, dan suka menyebarkan fitnah..
Kepada penyokong/blogger umno ini, yang masih ligat mempertahankan Rosmah Mansor dan Najib, korang fikir-fikirkan nasihat 'keras' dari rakan kamu sendiri..jangan kerana sokongan kalian, masa depan Islam di Malaysia menjadi tidak keruan...fikir2kan.. wallahua'lam..
(sumber: BujangSusah).
20 comments:
Saya sokong UMNO jugak tapi perbezaan politik tu kita tolak tepilah dulu kan. Masing2 ada sebab baik utk buat pilihan.
Apa yg Datin Sri Rosmah buat memang lah tak kena dan tak patut. In fact majoriti penyokong UMNO pasti tak akan mempertahankan tindakannya. Cuma yg kononnya "liberal minded" aje setuju.
Inilah masaalahnya bila Islam lemah dan tidak bersatu. Rasanya ramai penyokong UMNO (dan PAS jugak) frust sebab pemimpin2 kita dewasa ini terlalu terkejar-kejarkan undi bukan Islam. Akibatnya kita akan jadi porak peranda.
Saya tak kisahkan siapa yg start bantahan ini, PAS atau UMNO ke.. tapi saya akan support.
Bagi sesiapa yg sudah biasa dgn tulisan jawi, sekali tengok corak itu pasti sudah jelas yg tulisan itu adalah tulisan nama Nabi kita yg amat disayangi. Ya Allah..
Tidak kira siapa, perkara ini mesti ditentang. Islam lebih penting.
Ayuh, boikot!.
p.s: terima kasih kerana makluman ini.
suka umno sebab sy anak malaysia.
tapi klu bab2 agama di permainkan mmg tak suka...
Ismail N -->>
betul. tak kisah siapa pun, tapi kalau salah, itu tetap salah. tambah-tambah pula bila seolah2 mempersendakan agama (walaupun sebelum ni pun memang selalu dah) tapi ini terlalu keterlaluan.
sah-sah nama fashion show tu sendiri, dan juga tulisan pada pakaian model tu.
astagfirullah al azim..
apa yang berlaku kepada bangsaku?
Hadi Rofiee -->>
Ya. Perkara sebegini memang tak boleh dibiarkan. Makin menjadi-jadi pula.
Yang salah tetap salah.
Tak kira siapapun dia.
tak kira besar mana pun dia.
Tegakkan Islam.
Hukum sesiapa yang menghinanya!
k. suri -->>
saya suka PAS sebab saya ISLAM.
islam adalah satu cara dan gaya hidup
apa pun yang kita buat perlu berlandaskan islam
segala yg berkaitan dengan festival fesyen ini adalah SALAH dan SANGAT meghina islam
saya turut prihatin atas kejadian ini
jelas telah menghinakan agama Islam dan Rasulullah Yang kita cintai
Salam :)
Fitnah di akhir zaman berleluasa tanda dekatnya hari kebangkitan dengan kita. orang-orang jahil menjadi pemimpin dalam islam.
ahhh memalukan..tak berilmu dan tak berotak
BONGOK BETULLAH DORANG TUH!!!! BLH PLK PERSENDAKAN ISLAM MCM TU? TULIS ALLAH MUHAMMAD TP FESYEN TAH APE2, SEKSI...MASYAALLAH...
tehr -->>
benar sahabatku,
lina riyanto -->>
trimas. boleh join Page FB yang ada sebagai tanda sokongan.
dan harap ada pihak yang ambil tindakan.
dan 'watak utama' sedar kesilapan. serta bertaubat.
benrauf -->>
apakah..,,
petanda kiamat semakin hampir?
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o -->>
juga petanda tiada sensiviti terhadap Islam. sungguh mengecewakan,
budak county -->>
haa.. tau tak apa.,.
'dulu kini selamanya' macam tu.
bila nak insap tatau lah
sokong pas!!
sy pun pelik... mcm tu pun boleh dikatakan Islamic fesyen... sgt sengal org2 yg kata tu...
langsung tak menghormati perempuan fesyen2 dia...
Zikr -->>
Sokong3!!
Undi3!!
:)
Fahmi Razaali -->>
itulah. nama festival tu langsung tak mencirikan maksud disebalik perkataan yang digunakan.. sekadar sedap pada nama, namun hakikat sebaliknya.
Post a Comment