© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, October 21, 2010

rupanya kerana enggan berkahwin

KUANTAN: “Jika dia (Rozaliya) setuju, perkahwinan mereka akan dibatalkan,” kata Mat Lazim Mat Ismail, 52, bapa kepada Rozaliya, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu ketika membeli persiapan perkahwinan bersama tunangnya di Pasar Besar Kuantan, di sini.

PUJUK...Rozaliya ditenangkan Mat Lazim pada sidang akhbar  di IPD Kuantan, malamtadi.

Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap". Terdahulu, Rozaliya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, selepas dikatakan dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan.

Difahamkan, penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar sebelum dia dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.

Ketika sidang media di IPD Kuantan, Rozaliya turut hadir, tetapi enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya lebih banyak tunduk dan menutup mukanya.

Sebelum kejadian itu, dia dikatakan keluar dari rumah keluarganya di Bandar Cheneh Baru dengan berpakaian blaus hitam dan seluar denim gelap bersama tunangnya, kira-kira jam 11 pagi untuk membeli persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 12 November depan.

Klik -->> untuk berita selanjutnya.


Saya rasa kelakar pula membaca berita ini yang diperoleh daripada Harian Metro Online ini. Syukurlah dia (Rozaliya) sudah ditemui dan tiada apa-apa kecederaan yang berlaku ke atasnya.

Namun, saya masih merasa kelakar. Di saat dia dilaporkan hilang sebelum ini, dia dikatakan sempat mengirimkan SMS kepada tunangannya dan mengatakan bahawa ada dua orang lelaki seperti sedang mengekorinya.

Kasihan juga kepada si tunangannya itu. Beria-ia kembali semula ke pusat membeli belah itu untuk mencari si gadis, tapi hilang tak ditemui. Bagaimana agaknya perasaan lelaki itu pada waktu itu? Terkejut? Takut? Cemas? Risau? Bimbang? Kecewa? Hampa? Separuh mati? Menyalahkan diri sendiri kalau berlaku apa-apa ke atas si gadis?

Apa ni? Geram betul saya. Tipulah ye SMS tu? Kalau jadi betul macam mana? Betul-betul ada orang seperti dalam SMS yang dikirimkan kepada tunangnya itu, baru tahu.

Kot iye pun taknak dah dekat lelaki tu, cakap je la elok-elok. Bawak berbincang. Kan senang. Kalau tak berani cakap depan lelaki tu, bagitau mak ayah atau ahli keluarga atau kawan-kawan terdekat. Ni tak, buat perkara yang entah apa-apa. Apa motif??? Motif hilangkan diri? Motif bagi SMS ada orang ekori? Motifffff....???!

Maaflah cik Rozaliya. Tindakan anda keterlaluan. Walaupun awak tak kenal saya, dan saya tak kenal awak. Tapi perbuatan awak amat keterlaluan.

Sementara itu, Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar.(Sumber: Metro).

22 comments:

suri said...

aduh..klu tak suka tak yah kawin..ckp baik2 kans huhu...

masalah..masalah...

suri said...

terus ingat lagu radja jangan benci bilang cinta hee...

rindu kat puteri..

gadisBunga™ said...

tuhan beri akal utk digunakan bersama dgn lidah supaya apa yg terbuku di hati tu sampai ke pengetahuan pihak lain.. hm....

Puteri said...

k. suri -->>

betol3! cakap je la xyah lari2 wat2 ilang, wat2 ad org ekori la ape la..

buang karan je baca paper pasal dia hilang sblm ni.. Satu Malaysia yang baca mesti pk risau kat dia...takot jasi apa2 mcm kes Nurin ke, lagi haru mcm Dato Sosilawati tu..

alih3.. chaittt

Puteri said...

k. suri -->>

Cinta Jangan Kau Pergi
(Vidi Aldiano)

=)

ku juga merinduimu

Puteri said...

GB -->>

Kannn??

pawaka19 said...

saya agak pelik..pempuan ni susah nak cakapkan tidak..kenapalah perlu jga hati org..tp hati sendiri merana..hairan2

New Entry "Si Penggila dan Si Buang Tebiat , Remi Gaillard"

Zikri Husaini said...

lah.. dah jumpa...

tehr said...

kenyatan dari rozaliya belum ada
hanya kenyataan dari bapanya sahaja
...bagi saya belum pasti lagi apa sebab sebenarnya

Ismail N said...

Tak berani nak komen byk sangat sbb kita dengar cite ni melalui akhbar dan blog aje. Mungkin ada fakta yg penting yg kita tak tahu sehingga jadi begini kes diaorg.

Harap2 settle la lepas ni.
Semoga jadi pengajaran jugak kepada pihak2 terlibat dan pembaca semua agar tidak bersifat terburu-buru.

Bila masuk media sehingga ke HOT FM pagi semalam pun buat lawak pasal kes ni, ia memalukan semua pihak terutama keluarga.

BuDak cOUntry said...

kalaulah ape y akhbar cerita, budak pompuan tu mmg tak matang lg la...xleh kawen lg tu...lain kali, ckp la dik oiiiiiii...ni main lari mcm tu je, pape kes? cr pompuan lain jelah...

Atom said...

ala la la laaa cik imah oi..motif nyer sng jerr...nak cari publisiti maaa..kan ke tindakan dia tu dah dpt liputan akhbar..kan ke famaous tu wajah dia terpampang kt akhbar..haa..ke gane cik imah oii?kehkehkeh..

Puteri said...

pawaka19 -->>

saya sangat kasihan kepada pihak lelaki tu......
dah beberapa hari dia dapat nama buruk, konon2 dia yang menyembunyikan si gadis, walhal...,,,...

Puteri said...

zikri -->>

dah jumpa apa?
en.rasa??

Puteri said...

tehr -->>

bapa dia cakap berdasarkan apa yang dikatakan anaknya sebelum ini..

juga menati apa yang bakal dikatakan rozaliya

harap2 jawapan tak mengecewakan helmi, atau melukakan hati sesiapa

Puteri said...

ismail N -->>

tadi pagi dalam ERA.
"pengantin yang konon2nya hilang rupanya menghilangkan diri sebab taknak kawen"

Puteri said...

budak country -->>

aku sokong.
takmo kawan ke takmo kawen ke, bagitau.

pssst..
kalau dia tak mau,
aku sebaliknya..
hihihihihi...

Puteri said...

atom -->>

waaahh.. konklusi yang menarik..
haha

suri said...

budak nyer cantik persis boy..

Puteri said...

k. suri -->>

lawa kan dia kan?>

Zikri Husaini said...

lawa rambut palsu dia tuh..hehe

Puteri said...

zikr -->>

rambut palsu?
aik>?
tahu mana?