© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, November 02, 2010

PAS beri rasuah di Galas?

~ Galas - Pemuda Umno Akan Buat Laporan Rasuah PAS Kepada SPRM ~




Jika terbukti PAS membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap PAS, ujar Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazelan Baharuddin.

“SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka (PAS) ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi,” ujarnya ketika ditemui berkempen bersama calon BN, Ab Aziz Yusoff pagi tadi.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

Note:
Kah..kah..kah..kah... Baru aku tahu kelim duit tambang tu dikira salah.. Tapi selama ni ahli umno yang tinggal di luar kawasan bila balik mengundi tempat sendiri, boleh menuntut duit tambang SPR tak pernah pula kata itu dikira rasuah politik? oooo... aku lupa plak.. dah tentu la SPR tu kelab penyokong umno. kalau umno "apa saja umtukmu..." kah..kah..kah..kah..

Video orang umno beri duit: sila klik di sini.

Tu video umno bagi duit apa tu? Mesti SPR akan tolong umno jawabkan.. ". PAS jangan suka-suka menuduh umno parti yang suci ini... mungkin mereka sedang mengagihkan wang zakat.." kah..kah..kah..kah... lantak ko la labu... ko jawab la sendiri dengan Allah nanti.

[sumber: bujangsusah]

Pautan menarik: Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR.

9 comments:

Cikli said...

segala berkaitan umno adalah bodoh...

Anonymous said...

PAS pun satu. Kalau nak bagipun jangan cakap. Bagi je. Inikan dah susah. Bagi salah tak bagi pun salah. Sepatutnya PAS jangan ikut permainan UMNO. Bodohlah siapa yang buat cadangan ni. Bukan Husam agaknya?

Puteri said...

Cikli -->>

ambo setuju.

Puteri said...

Anonymous -->>

Erm.. PAS kalau bagi tapi tak cakap, lagi menimbulkan fitnah.

Yang beritahu ni pun orang fitnah kata rasuah dan sebagainya.

Baik betul kan siapa yang mengaku yang dia memberi rasuah?

Ada ke orang mengaku beri atau terima rasuah?

:)

Anonymous said...

inilah ketidakcerdikan pas dalam hal ini.. mmg umno tu suka rasuah.. yang hang ikut sekali tu buat apa? tak yakin dengan kuasa Allah ke? bila Allah nak beri kemenangan pada pada sesiapa pun, Allah akan bagi.. xbagi duit pun, pengundi akan balik untuk jalankan taklif dia sebagai penyokong parti islam..
jika umno bagi rasuah secara sir.. pas pula rasuah secara open.. who the biggest wrong?? penzina yg melakukan zina secara sembunyi dgn penzina yg melakukan secara terbuka.. fikir2lah sendiri..

kenapa ikut budaya umno? if nak ikut pun.. plez.. don't show! inilah budaya politik hampeh..

sebagai mana komen di atas.. ini bukan melibatkan semua pimpinan pas.. hanya segelintir pimpinan sahaja yg terlibat.. dia rasa kenyataan dia mgenai perkara ini dlm akhbar adalah kenyataan bijak n berstrategi.. namum amat malang sekali.. ianya makan tuan..

pada para pejuang islam.. jangan kita taksub dengan mana2 parti, tokoh n ideologi.. letakkanlah kebenaran n islam sebagai panduan... insyaallah.. kita berjuang didalam keadaan benar dan mendapat redha Allah..

Anuar,
Insan yg tidak memandang sesuatu melainkan tawajuh pada Allah n Kebenaran..

Puteri said...

Saudara Anuar,

Maaflah. tapi saya tak setuju dengan pernyataan 'PAS mengikut jejak langkah umno' dalam kes memberi wang ini.

Ini bukan rasuah. Sekadar inesiatif dan penghargaan kepada mereka yang sanggup pulang ke kampung halaman semata-mata demi mengundi. Diorang nak undi siapa, itu lain cerita.

sekali lagi, PAS tidak memberi rasuah!

saya tahu siapa yang saudara maksudkan. saya juga ada melihat rakaman yang berkaitan.

Saya bukan ekstrim.

Tapi.. Kalau betullah PAS nak merasuah, tak payahlah susah2 nak masuk media. Bahkan tak perlu beritahu kepada sesiapa.

Pelangi cinta said...

umno pas mana satu
semoga undi akan berjalan dgn lancar.Amin

Puteri said...

k.suri -->>

PAS!

Anonymous said...

saudari puteri,

saudari faham ke tak makna rasuah itu? kenapa masa pilihan raya ni je nak bagi inesiatif? kenapa sebelum ni pas xde sebut pun mengenai inesiatif?

begitu juga umno.. dia bagi je kat sesiapa pun.. samada nak undi dia or x, itu bukan persoalan.. undi rahsia..

enti kena memahami konsep rasuah..

perhargaan apa? jika seseorang itu punya responbility pada islam.. no need give anything.. dia akan balik untuk laksanakan taklif dia..

mmg pas salah dalam hal ini.. ini budaya umno.. ana berada di galas beberapa hari untuk survey semua ini..

mmg ramai pimpinan pas yang tidak setuju dgn cara ini.. tapi dah terlajak kata..

pas bukan saja mengikut jejak langkah umno.. bahkan lebih melampau dari umno.. kenapa nak hebohkan satu dunia.. saudari menulis berdasarkan pengamatan saudari dari fakta2 pro n kontra dari media massa pembangkang n kerajaan.. ini tidak mencukupi..

jika saudari pergi melihat sendiri situasi di galas.. sy yakin.. saudari mengerti setaip bait tulisan ini..

teguran ini bukan kerana benci pada pas.. tapi teguran ini kerana terlalu cintakan pas..

keutamaan kita adalah Islam, bukan Pas.. jika pas mendokong kebenaran Islam, maka itulah yg kita Dokong.. jika ia mendokong kebathilan,.. kewajipan kita untuk meruntuhkan kebathilan yg berada didalam pas..

moga Allah mengembalikan semangat perjuangan islam pada pas sebagaimana yg telah diberikan sebelum ini..

moga Allah juga memberi petunjuk pada penyokong2 pas yg buta hati, kerana ketaasuban pada pas.. mereka sangka semua dari pas adalah betul n benar.. allah telah memberi ibrah pada semua para munafikin yg berada didalam pas dengan kemenangan umno bersama majoriti yg banyak..

Anuar,
Penyokong Islam yg tidak pernah tunduk pada kebathilan..