© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, June 28, 2010

gula kurang di Malaysia?

"Gula Malaysia dieksport keluar"

Keretapi bawa Gula ke Singapura tergelincir. Rupanya gula Malaysia dijual ke Singapura. Adakah ini punca gula tiada di Malaysia? Harga gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sekilo manakala di Singapura ialah RM3.05, lagi untung jual di Singapura.

Enam gerabak keretapi kargo dari 30 gerabak yang membawa gula dari Prai , Pulau Pinang ke Singapura telah tergelincir pada 23 Jun 2010 di Kluang. (Berita asal)



Bujang Susah Note:
Berita ni ada keluar kat Media perdana ke? Mungkin aku terlepas pandang berita ni. sbb berita ni keluar pada 23 jun 2010. Tapi bukan itu persoalannya. Yang nak aku persoalkan ialah macam mana dalam keadaan gula dicatu di malaysia tapi malaysia boleh eksport sehingga 30 gerabak gula ke singapura?


Ni pun "nasib baik" la keretapi tu terbalik dan NST kluarkan berita ni.. klau x siapa pun x tahu cerita ni. Entah dah berapa ribu gerabak gula la agaknya yang dah dihantar ke singapura yg kita semua x tahu..


Ini lah bak kata perpatah "Kera dihutan disusukan rakyat semua dibangang bangangkan," karam sing hadiau dari TV3 suku... hehehehe..

Puteri Word:
Betul tu.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sepandai-pandai ikan berenang, akhirnya kena tangkap jua, kan?

10 comments:

Unknown said...

puteri...

itu macam ka............ baru ini tau ..... haiya sepandai-pandai tupai melompat... jatuh dari landasan... wuppppsss... tak betul itu punya perbahasa...

tak patut sungguh.... ini boleh diibaratkan kera dihutan disusukan... anak sendiri kelaparan.

zackpantai said...

hehe..sesedap-sedap gula perai, mati jugak manusia kerananya.

Thoha said...

salam..
baru saya tahu pasal ni..lama xbaca berita..patut lah selalu je timbul isu gula habis kat pasaran..rupanya gula dijual ditempat lain..

Puteri said...

k. izan -->>

itu lah..
anak org utan didodoikn
anak sendiri diabaikan

isq34.. mmg xptot

Puteri said...

zack -->>

banyak2 gula di malaysia
tak sempat merasa juga orang kita

Puteri said...

thoha -->>

dalam tv slalu msuk, knon peniaga sorok gula la, pmbekal sorok sana, sini sbb nak kaut untung lebih..

walhal sape yg kaut untung sbnrnya?
'ketua pniaga' tu siapa?

RasaHatiku said...

Assalamualaikum.
Kes gula bermula apabila diumumkan pada tahun lepas ura-ura kerajaan akan menaikkan harga gula selepas TBC. Seminggu selepas itu masalah kekurangan gula pun timbul, sampai sekarang tak selesai. selagi harga tidak naik dengan % yang banyak, maka masalah tak selesai...
TQ

Puteri said...

tak lama lagi la tu...
kan?

Barang Naik

suri said...

haaa padan muka..patotnya gula tu utk rkyat mlysia tapi bgi jual kat tmpat lain..last2 bertebaranlah gula tu di pasir..huhu..

nasib gula..rakyat yg merintih..

Puteri said...

k. suri -->>

saya rasa gula tu kot yang merintih. sudah lah tidak dapat berbakti kepada warga negaranya (gula tu ada semangat patriotik taw!), sebaliknya habis terbuang begitu sahaja..