jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Wednesday, June 23, 2010
rintihan jiwaku
Hujanan nuklear
Bedilan fosforus
Kebakaran dahsyat
Umpama pesta bermaharajalela
Nilai nyawa tiada berharga
Kehilangan yang menyayat
Menjadikan aku seorang yatim piatu
Keluargaku.. di mana?
Ayah, di mana ayah?
Ayah pergi berjihad tiada pulang..
Ibu, di mana ibu?
Ibu longlai lesu terbujur kaku..
Abang, di mana abang?
Abang menjadi mangsa senapang rakus
Terkoyak rabak tubuhnya
Sama seperti helaian bajunya..
Kakak, di mana kakak?
Nafsu binatang manusia syaitan itu
Menghentikan denyut nadinya..
Adik, di mana adik?
Adik sudah lumat, berkecai
Dihancurkan kereta kebal jahanam..
Apa kau melihat deritaku?
Apa kau merasa apa yang ku rasa?
Apa kau punya mata namun hatimu buta?
Kau rela bersekongkol dengan mereka
Menembak mati saudara-saudaraku
Menghancur lenyap sahabat-sahabatku?
Atau kerana ini kisahku
Bukan kisahmu
Ia berlaku padaku, keluargaku
Bukan kamu, keluargamu?
-nurfatimahz AKA puteri-
12.15 am / 23.06.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
buat hatiku terusik seketika..
ia nukilan puteri ia? bagus skli hasil inspirasinya
Kita yang jauh disini hanya bisa berdoa untuk kebebasan Palestin.
suri -->>
ya..
pihak u ada wat program
mmpringati gaza...
masdin -->>
brdoa dan malukn apa yg trmmpu
trmsuklh boikot
:)
kita juga mmpu jatuhkn zionis aby.
kita mmpu jtuhkn ekonomi mreka
"boikot"
Assalamualaikum Puteri.
Puisi/sajak yang menyentuh perasaan. Tahniah.
Sama-sama kita doakan agar mereka yang gugur mempertahankan agama dan negara, tak kira di mana jua, agar dicucuri rahmatNya, mendapat keampunan dan syurga.
Terima kasih
rasahatiku -->>
Ameen...
terima kasih.
(mkin smgt utk mnulis krya sdmikian)
:)
wah bagus blognya
hmcahyo -->>
slmt dtg
:)
Salam,
terima kasih atas nukilan yang dikirimkan.
Insha-Allah, pihak penganjur Minggu Utk Gaza USIM akan paparkan sajak saudari di waktu selingan dalam persembahan esok.
Mungkin ada baik kiranya saudari berada di Nilai, boleh kami jemput saudari deklamasikan sekali sajak tersebut.
Apapun tahniah buat saudari.
Terima kasih.
W'salam..
Terima kasih kembali
;-)
Majulah MPP USIM untuk USIM!!
Post a Comment