Ada tengok filem Kecoh Betul? Dalam cerita ni,,. ada part peminta sedekah order pizza.. waaahh hebat kan? Bukan nak memandang lekeh, tapi yelah.. Mantap tu.. saya ni pun belum pernah beli pizza satu kotak besar tu.. kalau beli pun share dengan kawan-kawan.. uhukksss....
Kemudian tadi, saya dan seorang teman pergi ke KFC, makan tengahari. Sebenarnya kami berdua menebus Hot Tiket (Maxis) yang kami beli.. =) Tengah syok-syok makan kat situ, tiba-tiba ada sorang pakcik ni datang.. Dia letakkan kad ayat kursi atas meja kami berdua sambil berkata: "Derma ikhlas (seikhlas anda)".
Saya amat-amati rupanya, bukan seperti warga Malaysia. Saya mengambil beberapa helai wang kertas dan menyerahkan kepadanya atas. Kesian pun ada. Saya kemudian bertanya: "Orang mana?" Dia menjawab: "Pakistan". Ohh..
Selepas itu, pakcik itu pun beredar ke meja-meja yang lain. Saya melihat setiap meja yang dia kunjungi tidak menghampakannya. Semua orang menderma. Memang warga Malaysia ni pemurah! Kan? :)
Dah habis pusing (sempat lagi saya dan teman memerhatikannya) meja-meja yang ada, pakcik tu entah ke mana. Kami tak tahu. Tapi tak lama lepas tu, pakcik tu membawa sedulang menu KFC ke selang sebuah meja dari kami. Aik?
Apakah macam dalam cerita Kecoh Betul tu? Nampak je miskin minta sedekah, tapi sebenarnya punya banyak wang? Mampu membeli makanan yang mahal2. Apakah...,,,????
Lalu kami pun bersepakat, mungkin pakcik tu ke kaunter sebentar tadi, kemudian orang-orang di kaunter dengan baik hatinya memberi dia menu tersebut. Tapi tak mustahil juga dia membeli sendiri kan...??? Teman saya berkata: Kalau dia bayar sendiri, mesti duit awak dan duit orang-orang yang bagi tadi digunakan, kan.. HUhU..
Bila pakcik tu dah keluar, kawan saya mengusik. Entah-entah balik naik Mercedes tak? Boleh jadi..,, He.he.he.... Bukan nak berburuk sangka, tapi perkara ini ada berlaku. Harap-harap pakcik tu tak terlibat lah...
Sempat lagi snap gambar pakcik tu... kui,kui,kui,,.. :D
Oklah.. Petang ni nak gi openhouse Nasyid.FM kat Salak Tinggi, Insya-Allah. Majlis bermula jam 8 malam. Syawal dah nak abes, tapi openhouse masih meriah. Ada satu lagi openhouse Nasyeed.Com yang saya dapat hari ni, di Shah Alam
Ahaks, memang rakyat Malaysia pemurah! Syukur hidup di Malaysia :)
12 comments:
cerita ini mendefinisikan maksud IKHLAS.... jika dah ikhlas, apa dia buat dengan duit tu, kita redha aje...
KFC... bau pun dah menjilat jari. tapi saya sekeluarga masih dapat maintain tak beli sejak gaza di kurung oleh israel dan sekutunya.
cikli -->>
benar.
tapi ada juga kes yang terancang
bimbang juga kalau puak2 itu bermaharajalela
nak buruk sangka dosa jadi biarkalanh dia dgn Tuhan mjwbnya nnti..yg kita dah bg just ikhlskan hati jer...
Pelik tu. :-)
k. suri -->>
seperti saya tulis di dalam post, bukan mahu berburuk sangka.. cuma jadikan peringatan. sebab ramai di luar sana yang berlakon. harap2 orang yang kita temui ini bukan dalam golongan 'pelakon' lah.
hadi rofiee -->>
uhuu..
huhu... sy bila org minta sedekah... jarang2 bg.... lg2 pulak klu tgk org tu sihat aje...
sebab ada orang yg ambil kesempatan atas kebaikan orang lain...
fahmi raazali -->>
betul. saya pun sama. bukan kedekut. tapi takut yang mengambil kesempatan tu makin bermaharajalela..
tapi bila time kesian sangat..bagi la.. walaupun xbyk.. hehe
tringat citer dr tuah...pemnta sdekah kt masjid blk naek motor...hihiii lwk betol larh...mcm da sah2 ko kn tikam blkg nih!
budak country -->>
ahakss... tu la pasl.. nk bg derma pun kena wsapada skrg ni..
aku pun igt cite dr.Tuah tu.. org tu balik naik moto mahal kan... entah2 ada yang balik naik kereta MERcedes tak? PORche ke?? hahaha.. kita mana tahu.. kan?
pe pun phala sedekah tu dpt jgk kt kita...xde y rugi pun, cm xnk minta sdekah ni jd budaya je, naye nt!
yup.. btol3!
Post a Comment