© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, December 12, 2010

perjalanan sepi

Aku dan sepi
Bukan sesuatu yang harus
Dijadikan pertanyaan
Kerana ia adalah kenyataan

Aku
Masih menanti, tercari-cari
Di mana mungkin ku temui
Jawapan persoalan hati

Pada siapa harus
Ku luahkan segala rasa
Bisa memahami sepinya aku
Di perjalanan ini
Bersama denganku
Mengorak langkah
Menemaniku segenap lorong kehidupan

Pernah suatu ketika
Aku berfikir
Haruskah ku teruskan perjalanan ini
Atau biarkan sahaja
Ia terhenti dipertengahan..?

~Nurfatimahz AKA Puteri~
MMKM. Kota Kuala Muda. 2005

4 comments:

tehr said...

hehehe
langkah perlu diteruskan
sambil tu kutip je apa2 yang ada di sepanjang jalan
yang tak sempat kutip, biarkan je...
dah rezeki orang lain

Puteri said...

tehr -->>

masih karya zaman sekolah.. hi.hi

kutip apa yang ditemui dalam perjalanan?
erm... .

dah cuba kutip, tapi tak terbawa.
sbb xdapat alihkan tempatnya..
macam mana ya..?

gadisBunga™ said...

you will find what u're searching for. never stop praying ok. :D

Puteri said...

GB -->>

alright. thanks :)