© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, October 02, 2007

fashion show

We had a 'big assignment' to make a fashion show. Under english subject. Hmm.. around two weeks preparation (grammar ntah dapat berapa). Every group should be guys and girls. So, my group team were :
harun (harun)

zafira (fiera)

rosmalizi (jie)

zainab (zai)

naharudin (nahar)

our team : classy6 (classic)

Today, we presented our fashion show. Our fabric type was 'pelikat'. Me as the fashion designer, harun as MC. Another, be the models. In our company Classy6, nahar as the manager, fira as his assistant, harun as marketing executive, me as fashion designer, jie as advertising executive (i don't know the true 'title' for this job) and zai as accountant.

Although we not the best group, but we had done our the best. I am proud to co-operate with them, thanks to harun, jie and nahar (i used to co-operate with fira and zai).

*****************************
i will remember the time i put the 'kerongsang' to 'tanjak' over.... who's head?

Monday, October 01, 2007

bersama

sepanjang bulan sembilan..

Dengan miss farida, hari last beliau dekat usim..



Dengan classmate ; wahee (waheda) dan wahidah

Sunday, September 30, 2007

buah melaka

dalam banyak-banyak buah, buah apa yang bila masak naik ke atas?

tepung yang telah diadun

gula 'gerek'

rebus

golek-golekkan

taraa..

dah siap

*********************
terima kasih kepada lili (suhaili).

Friday, September 28, 2007

besdei abang 2007


Selamat Hari Lahir buat abang saya, Muhd. Zahidi Ridzuan bin Ahmad. Pagi, ada msg abang, tengahari abang balas.. Rindu.

Sebenarnya agak lama menyepi. Merajuk (hahaha). Geram betul. Abang diam, so saya pun diam je la. Sedih jugak sebab abang la yang paling saya rapat. Teringat masa abang hantar ke sutera indah tahun lepas, lepas salam dengan kakak ipar, ‘sayang2’, lepas tu salam dengan abang.. Abang bagi isyarat buat jugak apa yang buat dekat kakak ipar (ngada-ngada betul :p). Lepas tu dia buat-buat malu. Huh.

+ Doaku..

+Ampunilah org
yg baca sms ni
Ya Allah..

+Tambahkan
utknya rezeki,
amal&taqwa.

+“Selamat Hari
Lahir’’

+Miss u abg

Dan abang membalas – trima kasih

;(

Thursday, September 27, 2007

bahas fatwa 3


Melihat lelaki akan perempuan.
(Lelaki melihat perempuan)

"Iza ajnabiyah, haramun illa wajhuha wa kaffiha"
Jika perempuan itu adalah ajnabi (asing) adalah haram melhatnya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan).

Mazhab Maliki dan Hanafi : Jika perempuan yang sudah berusia, dibolehkan untuk melihatnya, tetapi jika gadis, adalah haram kecuali untuk tujuan pertunangan dan nikah.

Mazhab Syafie : Tidak boleh sama ada muda atau berusia. Kemungkinan timbulnya fitnah dan membangkitkan syahwat.

*****************************
Ustaz, I'm so sory I know I had made you dissapointed with me. I'm so sory, please forgive me.

Monday, September 24, 2007

bahas fatwa 2

sambungan bahas fatwa 1

(Qaulu Sohabi) tempoh period bagi seorang perempuan

1-pendapat Abu hanifah : sekurang-kurang 3hari dan 3malam
Hujah ; hadis dari Anas (3,4,5,6,7,8,9,10 hari)
Hujah ; hadis dari Wa’ilah al-Asqa’ (3-10hari)

2-pendapat Syafie dan Hambali : sekurang-kurangnya satu hari
Hujah ; dari pada ‘Uruf dan adat, sekurang-kurangnya satu hari dan paling banyak adalah 15hari.

Soalan : Kita sedang bercakap tentang Pendapat Para Sahabat, kenapa pendapat kedua daripada ‘Uruf dan adat?
Jawapan : Kerana imam Syafie tidak menerima Pendapat Sahabat untuk dijadikan hujah. Juga, hadis dari Wa’ilah adalah kategori hadis dhaif (lemah).

Soalan : Bagaimana nak tahu hadis tu dhaif atau tidak?
Jawapan : Ada banyak. Antaranya perawi hadis tu tidak atau kurang dikenali seperti Wai’lah.

*************************
Pembentang Helmi Fahmi dan Fakhrul Razi

Saturday, September 22, 2007

buat keluarga jazlin

Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham* Nurin Jazlin Jazimin.

Minggu lepas saya ada membaca akhbar (metro atau kosmo) perihal penemuan mayat kanak-kanak yang tidak diketahui identiti (menurut akhbar itu), dalam fikiran saya pada waktu itu, barangkali ia adalah nurin jazlin. Saya tak adalah mengenali nurin jazlin atau keluarganya, tapi.. saya rasa begitu.

Petang sehari selepas membaca artikel dalam akhbar tersebut, saya mendengar berita dari radio (era atau hot.fm) yang kebetulannya dipasang di dalam bas, mengesahkan mayat kanak-kanak tersebut adalah jazlin. Keluarga jazlin ada pembuat penafian, tapi saya rasa itu perkara normal, mungkin mereka terlalu terkejut, tidak mampu menerima kenyataan yang sedang mereka hadapi. Arwah jazlin juga ditemui dalam keadaan yang teruk, kesan penderaan yang dialminya. Siapa akan mudah terima?

Pagi ini, sahabat saya (lailatul zam-zam, UDM) menceritakan kepada saya keadaan jazlin ketika ditemui. Penderaan seksual.. Terung, timun.. Ya Allah, zalimnya manusia itu. Terlalu kejam.

Kepada ibu bapa nurin jazlin; norazian dan jazimin, bersabarlah. Didoakan moga Allah memberikan kekuatan kepada kalian untuk meneruskan kehidupan. Yakinlah, Allah sentiasa bersama. Semoga kebenaran akan tertegak suatu hari nanti, insya-Allah.

Al-fatihah buat adik jazlin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

*****************************
Allahyarham* ; ustaz saya pernah memberitahu dari segi nahu (tatabahasa) arab, penggunaan ‘Allahyarhamah’ adalah salah.

Friday, September 21, 2007

miss farida

Miss Farida Hazwani

Ni lecturer saya masa sem satu tamhidi dulu, ngaja subjek ICT (Information Communication Technology) dan juga subjek Communication. Masa sem dua, miss dah tak ngaja saya dan kawan-kawan lagi. Walaubagaimanapun, kami masih mempunyai hubungan yang baik (bodek2..hehe).

Kadang-kadang bila jumpa miss, lambai-lambai tangan, macam kawan je. Isk3.. Mungkin sebab dah terbiasa buat macam tu dekat miss dan kawan-kawan yang agak baik masa tamhidi dulu, bila jumpa miss masa degree sekarang ni, masih buat benda yang sama. Pernah terserempak miss dekat fakulti FSU..

+ eh miss?
- hai
+ miss buat ape kat sini? (tanya lagi.. of kos la ngaja.. hoho)
- ade kelas kat sini
+ ooh.. ok

Pastu sembang sikit-sikit, miss nak gi kelas. Hmm..selepas miss berlalu (sedang memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu), saya ceritakan pada rakan disebelah saya, ni la miss farida, lecturer saya masa tamhidi dulu-dulu (macam dah lama sangat je). Dia terkejut. “Lecturer ko sakni?” (tak pandai eja dalam dialek kelate). Dia cakap, ingatkan kawan ke, senior ke. Dah la bukan main mesra desa + mesra alam, miss tu plak nampak muda je (miss farida, tolong jangan riak ok..hehe).

Pagi ni dapat sms dari miss, “salam, hari ni hari last saya dekat USIM. Kalau free datangla jumpa, ble kita snap2” Lebih kurang begitulah bunyinya. Hari tu masa jumpa miss dekat bangunan tamhidi miss ada cakap “dah tak lama lagi”, saya faham, maksudnya dah tak lama nak berangkat ke oversea (nak gi mane tah, ala miss, lupe ah.. yang ingat negara omputih je, hehe).

Lepas abis kelas, pergi ke FKP (Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan) sebab FST (Fakulti Sains dan Teknologi) ada dekat situ, miss di bawah FST. Sebelum tu, singgah ke koperasi, tak tahu nak bagi apa dekat miss, beli kad raya je (simpan lek lok walaupun tak lawa :D). Hmm.. Rasa sedih la jugak, lepas ni dah tak dapat jumpa miss lagi… Apa-apa pun, didoakan semoga miss berjaya di sana nanti dan yang paling penting, jangan lupakan saya ;)

Wednesday, September 19, 2007

kad raya


Hari tu putri (putri hidayatul istiqamah) ajak saya pegi koperasi. Dia belek2 kad raya. Wahh..

+ eh putri, awal lagi ni dah nak beli kad raya?
- alah, keluarga aku jauh. aku mahu hantar cepat, nanti lewat sampai
(dia cakap pelat sabah, tapi saya tak reti nak ajuk balik.. hehe)
+ ok2.. premis diterima
(versi 'premis' dan 'hujah' masa debat)

Teruja pula melihat2 kad raya tu. Ohho.. tingat masa zaman muda2 dulu (tahun lepas je pon..). Putri mintak pendapat pilihkan kad untuk dia. Aduh, sekali terjerat pula (beli kad jugak.. hihi).

Hmm.. sape2 nak kad raya, ble2.. Sila tinggalkan nama dan alamat kepada saya dalam blog (betul nih.. sms pun ble), insya-Allah saya akan hantarkan. Selamat menghantar kad raya!

*****************************
p/s : tapi klau sms, kena sertakan nickname ;)

Tuesday, September 18, 2007

bahas fatwa 1


Ermm.. ni takde kena mengena pun dengan fatwa peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Cuma nak kongsikan sedikit cerita. Hari ni masuk kelas toturial orang lain dengan putri (putri hidayatul istiqamah). Presentation fatwa. Ustaz Lutfi (pensyarah subjek ni) mengalu-alukan jika sesiapa yang berminat untuk melihat bagaimana cara nak present. Masa tu saya dan putri berada di luar kelas, nak masuk..tapi bila buka pintu sikit, nampak student lelaki sahaja. Alamak, ni kelas dak lelaki je ke? (barisan sebelah baru ada pelajar perempuan, tak nampak masa buka pintu).

Dua-tiga minit lepas tu, Ustaz Lutfi keluar, masa tu saya dan putri di depan kelas yang bertentangan dengan kelas yang ustaz baru keluar tu. Senyum dekat ustaz (bagi salam). Ustaz pun balas.

+ Ermm.. ustaz.. nahnu nuridu li... (adui.. belit2 jugak lidah ni.. hehe)
- tafaddal, udkhuli..

Tak sempat nka abiskan ayat lagi ustaz dah faham, nak masuk kelas dia.. Tapi ustaznya pegi mana tu? isk3.. segan la nak masuk. Kami hanya melihat ustaz pergi. Hmm.. tunggu dekat luar tu jugak, sampai ustaz datang balik, barangkali mengambil barang yang tertinggal.

- Masya-Allah, udkhuli, tafaddal (sambil usatz bukakan pintu)
+ Er.. la' la'.. ustaz awwalan, nahnu ba'daka (entah betul ke tak nahu sorof nih..hehe)

Ok la.. pendekkan cerita, ada student lelaki sedang present pasal Qaulu Sohabi. Di bawah tajuk tempoh hamil seorang perempuan dan tempoh period bagi seorang perempuan (bagus jugak tajuk ni, baru tahu apa yang tak tahu). Alamak, sekali tak ingat pula pendapat2 tu dari pada siapa. Er.. nanti sambung lain (",).. Ada mencatat, tapi tertinggal kat rumah.

Monday, September 17, 2007

tazkirah 2

kehebatan Surah Al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahir rahman nirrahim"
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalidwalam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :"Barang siapa membaca Qul huwallahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya iatelah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihakAllah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadipemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakanmembaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkanseberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat diadari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untukmengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa SaiyidinaAli (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surahAl-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Qurankerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasydi atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surahAl-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petangnescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anakAdam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

*****************************
pun dari e-mail jugak

Saturday, September 15, 2007

tazkirah 1


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

**************
tazkirah bulan puasa =)

Friday, September 14, 2007

kawan baik


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

***********************
dapat e-mail...

Thursday, September 13, 2007

sebuah ibukota

Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah

(Bint Jbeil – Hundreds of visitors continue to flock Bint Jbeil, the southern Lebanese town considered the capital of Islamic resistance, from different parts of Lebanon and the world in an attempt to see the Martyrs Tree, a tree stem cut in 2005 and placed in the main hall of the town commemorating fighters who lost their lives in wars with Israel)

(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah pekan di Selatan Lubnan yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada pelbagai pelusuk Lubnan dan dunia untuk menyaksikan sendiri ‘Pohon Para Syuhada’, sebatang pokok yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama pekan itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam perang dengan Israel)

On Wednesday, August 1, 2007, the stem surprised the town residents with natural green leaves growing out of its branches. The branch was also surrounded by drops of musk that came out of a large crack that was suddenly found in the stem.

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk pekan tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan tersebut juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon itu.


The tree stem has names of the martyrs carved on small blocks of wood, and it is painted in dark brown, symbolizing the color of the land after absorbing the blood of the martyrs. After the July 2006 war with Israel, 43 more blocks were added with the names of the martyrs of the recent war.

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya, dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada itu. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid pada perang yang terbaru itu.

Town residents were astounded to find that the green leaves that grew out of the branch were exactly 43.

Para penduduk pekan tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43.

This week, Bint Jbeil honors the memory of the martyrs that gave their lives one year ago in the war with Israel. The timing of the incident is considered a Godly miracle honoring the martyrs.

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel. Waktu dimana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.

"On Saturday night we organized a festival celebrating the victory in the war one year ago," explained a resident, "we had invited Syrian poet Omar Al Farra. As he sat in the hall he asked about the tree and eyed it with respect as Haj Selim Bazzi [leading town figure] explained to him the idea of the monument and how it was made. No leaves were in the monument at the time. Everything was normal."

“Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu,” kata seorang penduduk, “kami menjemput seorang penyair daripada Syria , Omar Al Farra. Setelah beliau mengambil tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haj Selim Bazzi (seorang yang terhormat di pekan itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan sewaktu itu. Segalanya adalah seperti normal.

Lebanese immigrants have booked flights from the US, Canada, and Australia, while people from different parts of Africa and the Gulf, have started to flood the town to see the monument.


Para imigran Lubnan telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Canada dan Australia, sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi pekan ini untuk melihat sendiri monumen itu.

"Bint Jbeil has been called the capital of resistance and liberation, the mother of the martyrs, and the town of the revolutionaries," commented another resident, "Now it has a new name: The Capital of Godly Miracles. May Allah bless this sacred town and its martyrs and fighters, and may Allah bless all those who have a heart, and who will learn."

“Bint Jbeil telah digelar sebagai sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada, dan sebuah pekan para pelaksana revolusi,” komen daripada penduduk yang lain, “Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas pekan yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya, dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.

Sumber artikel : peduli-palestin

Wednesday, September 12, 2007

dendam terlerai

artis : anis suraya

Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku

( korus 1 )
Haruskah aku lalui
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Haruskah aku tempuhi
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali

( korus 2 )
Biar diri menunggu
Mengharung sisa hidupku
Biar diri menunggu
Bersama sisa menanti
Moga kesempatan ini
Menjadi dendam terlerai

Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

( ulang korus 1 & 2 )

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku

************************************
hehehe.. lagu favourite masa sekolah rendah dulu :)

Tuesday, September 11, 2007

mubarak ya ramadhan


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.. Penuhilah ia dengan berzikir dan bertadarus al-Quran.. =) Semoga ramadhan kali ini akan membawa makna dan keindahan yang lebih dari Ramadhan yang lalu. Semoga Allah mengganjari kita selayaknya di atas segala amalan kita.. ameen..




Oh.. hari ni esok malam ye.. pengunguman puasa? ;)

Monday, September 10, 2007

sangat-sangat

Bukan sengaja untuk menyedihkan diri. Tak ada seseiapa yang meminta untuk berasa sedih, berada dalam kesedihan. Tapi saya sedih sangat. Sangat-sangat. Ahad, keluarga ada di kl. Tu pun kebetulan bila saya hubungi pagi tu, kalau tak.. ntah saya takkan tahu sampai bila-bila agaknya. Nilai dekat sahaja dengan kl. Bila saya cakap pada teman bahawa keluarga saya ada di kl, mereka berkata, nanti mesti diorang akan datang sini. Tapi saya rasa tak. Ya. Mustahil. Untuk apa ke kl? Saya malas pula nak bertanya. Barangkali sebab kakak. Hari ni, dapat tahu rupanya konvo di um (amik skrol, ntah camne eja). Ke kl pun saya tak tahu, apa lagi nak datang ke sini, nilai? Kenapa tak beritahu saya? Kenapa tak ajak saya ke um? Kenapa? Kenapa?! Biarlah. Semuanya tak penting. TAK PENTING LANGSUNG. Kenapa? Sebab saya tahu, saya TAK ADA kepentingan pun. Sedih sangat. Kenapa bersedih? Bukankah itu perkara biasa? Bukannya tak pernah saya lalui sebelum ni. Tapi kenapa terlebih beremosi pula kali ni? Semuanya menyedihkan.

Saya ingin ada seseorang yang boleh saya kongsikan perbagai perkara dengan dia, saya ingin ada seseorang yang boleh saya ceritakan perasaan saya. Saya ingin seseorang yang sayangkan saya dan tunjukkan yang saya disayangi. Sekurang-kurangnya saya akan rasa yang saya dihargai. Tapi siapa orang itu? Tiada. Hanya kata-kata, penulisan ini menukilkan segala rasa, mempamerkan segenap ruang warna-warna kehidupan yang ada dalam jiwa.. sedih, gembira, terkilan, terluka, bahagia…yang walaupun hanya seketika. Saya dah tak tahu lagi macam mana nak tunjukkan yang saya ni gembira. Saya dah tak mampu nak membohongi diri sendiri.

“Sahabat, dalam kabut tercari-cari cahaya
Akhirnya kutemui sinar ceria
Diraut wajahmu..
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Diwaktu itu akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu..
Sahabat, kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi..
Sahabat, aku lemah mengharungi ranjau dunia..
Sahabat, aku ingin sepertimu dalam ketenangan..
Menghadapi hidup ini…”
- Durrani

Petikan lirik lagu yang saya sangat-sangat tersentuh. Saya ingin menemui ‘orang’ yang dimaksudkan dalam lagu tu.

Friday, September 07, 2007

hijrah

munsyid : Devotees

Hijrah.. Hijrah.. Hijrah..

Bulat niat tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Hijrahku menuju Allah
Ia sunnah para nabi,
para salihin dan mutaakhir
Kembara hati menuju Ilahi

Thursday, September 06, 2007

seminar fiqh semasa


Semalam ada mengikuti seminar fqh semasa di UKM, anjuran UKM. Kebetulan tiada kelas pada setiap hari rabu, kecuali malam.. Jadi, pergilah ke sana. Hmm.. pergi dengan classmate, putri (putri hidayatul istiqamah). Hehe.. macam nickname saya je. Mulanya putri tarik tangan saya ke arah iklan tu, walaupun kami sedia maklum dah 2-3 hari jugak la iklan tu ada di papan kenyataan USIM. Dia ajak saya isi nama, ok je.. ;)

Dalam semangat nak pergi tu (hari selasa), baru kami terfikir.. eh, nak naik apa ni? bas nak tunggu dekat mana? Lepas tu, putri ada bertanya kepada pejabat fakulti USIM, rupanya kenderaan tidak disediakan! Lalu, kami menghubungi pihak UKM (yang nombornya disertakan pada iklan), mereka juga mengatakan tidak diseiakan. Jika kami awal menghubungi, mungkin ada. Ah.. kenapa tak terfikir sebelum itu?

Pendekkan cerita, kami pergi juga ke UKM, menaiki teksi ke ktm, teksi ke UKM. Hmm.. Dalam senarai yang nak mengikuti seminar ni memang ramai, tapi sampai sana? Hanya kami berdua. Barangkali kerana tiada kenderaan..hehe. Selepas tu di sana, kami menemui seorang pelajar USIm di sana, lelaki. Huhu.. Yang boleh saya cari dia sebab ajk program tu ada membuat kesilapan (kami perlu membayar RM15, harga student tapi dikira RM20, orang awam). Dia satu course dengan kami, berlainan kelas. Kebetulan juga, dia orang kedah, waa.. best tu.. Mudah mesra ;)

Ada bentang pasal kes murtad dan kesannya kepada undang2 Malaysia, pasal wasiat harta pusaka Islam, pasal e-dagang, e-niaga, menghukum halal haramnya botox dan botox itu sendiri dari perspektif Islam. Insya-Allah, ada masa lagi, saya akan sambung pasal ni (lebih2 lagi jika ada yang berminat).. =)

Sunday, September 02, 2007

ta'lim di smap labu


Malam tadi ukhti maziatul ana menajak saya ke smap labu (entahla, xsalah bunyiknya macam tu). Hmm.. ada majlis ta’lim di sana. Er.. gugup juga pada mulanya. Nasib baik la saya cuma penjadi pemerhati sahaja.

Memang ramai student sana yang melibatkan diri. Wah.. terharu2. Sambutan yang begitu menggalakkan. Dah habes semua tu, ada seorang adik tu datang jumpa saya. Dia tanya sikit sebanyak (berkenalan), lepas tu dia minta izin untuk bertanya. Macam2 dia tanya sampai ada yang saya pun hampir2 kantoi sebab tak tau nak jawab. Alamak…

1- Kisah hidup, zaman remaja Nabi Harun, Nabi Isa dan lain2.
2- Ya’jut dan Ma’jut
3- Solat sunat naufal (saya tak pernah dengar pun sebelum ni).

Lain2, dia ada tanya macam mana nak ajak kawan join qiamullail.. bila dia ajak, macam2 alasan, nantila, pegi la dulu, bla3.. Hmm.. semua jawapan tu, saya pun biasa terima jugak, jadi saya bagitau dia apa yang saya penah lalui, yang saya terima dan bagaimana nak menanganinya (sebenarnya bercakap dan menasihati diri sendiri juga).

Satu, adik mesti ajak berkali2, tak kisahlah jawapan dia tetap sama dari segi lafaz atau makna. Dua, ajak dengan lembut, gunakan nada yang berbeza2. *Contoh yang saya beri ialah saya menegur kawan perempuan saya yang tidak memakai skaf. teguran peringkat pertama; “eh, nampak rambut la”. Peringkat kedua; “kenapa tak pakai skaf?”. Peringkat ketiga sedikit berbentuk arahan “pakaila skaf”. Tiga, berdoa semoga Allah membuka pintu hatinya. Dan lain2.. hmm..

Kemudian ada beberapa masalah lain seperti masalah belajar, ‘halamak… :D’ Er.. jawabla dengan jawapan yang terbaik, sebaik mungkin, insya-Allah.. hehe.. jadi pakar motivasi tak bertauliah sebentar ; ) Last, balik dekat pukul 1.00am jugak la.. hurm.. pastu zzZZZ… (+.+)

Thursday, August 30, 2007

hari merdeka 2007

Selamat Menyambut Hari Merdeka 2007!!


Jom sama-sama kibarkan Jalur Gemilang.. Kalau takde pun.. semangat ada pun dah kira ok la tu =) (xde bendera gak..hehehe)..

Mulanya ingat nak ke KLCC malam ni.. Hmm.. Nak bersama perkim.. tapi rasanya tak jadi kot. Tak apalah, ada majlis ta'lim malam ni.. Jom sila3.. ke Camelia Court, B(7) 5 - 7 setiap khamis malam.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50 buat semua rakan2 blogger dan juga semua rakyat Malaysia!! (",)

Wednesday, August 29, 2007

bola merdeka

Malaysia VS Myammar

Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya memperoleh (menyumbat) 3 gol. Mulanya hanya melihat semasa berada di dalam bas, dalam perjalanan pulang ke apartment.. Masa tu, 3-0 (xsilaplah.. orang yang cakap, kalau salah, tolong betulkan ;)).

Kemudian dah sampai, singgah ke kedai untuk beli barang sekejap, kebetulan ada yang sedang menonton siaran bola, jadi, saya tumpanglah se'mata' (se'kaki' tumpang main bola la jadinya, hehe). Ah.. 3-1?! Sedihnya.. Tapi ok la, dari yang 3 itu pihak lawan yang memperolehnya.

Apa-apa pun, selamat maju jaya buat pasukan Malaysia, tingkatkan usaha anda!!

****************************
Sokong team Kenari (Kedah) dan team Malaysia!!

Sunday, August 26, 2007

debat intrafakulti


Hari ni merupakan hari pertama bagi tahun ini Fakuti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM mengadakan debat intrafakulti. Tujuan utama debat intrafakulti ini adalah untuk mencari pendebat yang terbaik untuk masuk ke pertandingan debat interfakulti dan FSU merupakan satu-satunya fakulti yang menganjurkan debat intrafakulti sebegini. Tahniah dan syabas FSU!

Saya juga menjadi peserta di dalam pertandingan debat ini. Sebenarnya, inilah kali pertama saya menyertai debat, menjadi pendebat! Hmm.. mulanya agak teragak-agak untuk menjadi wakil. Sesi pertama, saya hanya menjadi simpanan sahaja. Mahu melihat bagaimana cara berdebat terlebih dahulu (yang bahasa arab dulu tengok gitu2 je, dan..tak faham sangat pun – itu yang utama ;)).

Ada tiga kategori, bahasa melayu, arab dan juga english. Saya mencuba bahasa melayu (je) dahulu. Menimba pengalaman, mungkin.. =) Ahli kumpulan saya (FF), zafirah (FF), nazmi (FF) dan afendi (SU). Saya dan zafirah merupakan rakan sekelas dan nazmi merupakan rakan sekuliah kami (baru kenal masa nak debat ni). Afendi pula berlainan course tapi juga di bawah FSU (saya kenal dia sebab kami sama2 bekas pelajar Tamhidi USIM).

Usul sesi yang pertama adalah “Kandungan Internet Tidak Wajar ditapis”. Kami (saya memerhatikan sahaja) mewakili pihak kerajaan memfokuskan internet tidak wajar ditapis kepada para pelajar terutama mahasiswa. dan alhamdulillah. Usul kami diterima. Sesi kedua, usul bertajuk “Gaji Lumayan, Kerja Berkualiti” dan yang ketiga, “Hak2 Ibu Bapa Mengatasi Hak2 Anak2”.

Sesi kedua. Kami berada dibarisan pembangkang. Inilah kali pertama saya berhujah. Huh..macam mana agaknya ya? Alhamdulillah, ok. Kami mempunyai isi2 dan bagus dan menarik. Premis kami adalah “Gaji Lumayan, Kerja Tidak Berkualiti”. Kami (saya sebagai timbalan ketua pembangkang) kaitkan dengan isu rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Tajuk ini agak menarik. Kami membuat beberapa celahan ketika kerajaan berhujah.

Ketua pembangkang :
gaji lumayan, kerja tidak berkualiti merupakan punca berlakunya rasuah.


Perdana menteri :
kerajaan telah meningkatkan sebanyak 17% gaji pekerja bla3…. Apabila gaji meningkat, hal ini mampu mengelakkan berlakunya rasuah. Bla3..

Ketua pembangkang : (barangkali kerajaan tidak memahami soalan kami)
jika begitu, mengapa rata2 yang terlibat dengan rasuah adalah pihak atasan yang mana mereka mempunyai gaji yang lumayan?

Perdana menteri :
apakah buktinya?

Timbalan pembangkang :
akhbar sendiri telah mencatatkan 617 pekerja dari sektor kerajaan terlibat dengan rasuah dan 20% daripadanya adalah dari pihak atasan. Bukan kami yang mengeluarkan fakta sedemikian dan adalah sedia maklum bahawa akbar2 itu milik kerajaan. Ini membuktikan bla3..

Seterusnya pihak kerajaan (TPM) ada menyebut tentang CCTV yang dipasang memantau pergerakan pekerja dan ini menjadi satu lagi mata bagi kami untuk dijadikan hujah.

Ketua pembangkang :
merujuk kepada CCTV yang disebut oleh pihak kerajaan, ini bermakna berlakunya rasuah dan seumpamanya, kerana itu ianya dipasang. Bukankah ini cukup membuktikan adanya kerja yang tidak berkualiti?

Timbalan PM :
CCTV dipasang tidak semestinya kerana berlakunya rasuah, bla3.. memantau pergerakan pekerja dll…

Ketua pembangkang :
Bukankah ia bermakna berlakunya kerja yang tidak berkualiti sedangkan gaji adalah lumayan apabila pergerakan pekerjanya ingin dipantau dan dikawal? Kita lihat contoh pekerja buruh, mereka melakukan kerja yang berkualiti, namun gaji tidak lumayan.

Apa lagi saya tak berapa ingat. Hehe.. Tapi pihak kerajaan menyokong usul mereka dengan mengatakan gaji lumayan ini membangunkan negara dan sebagainya. Contoh, KLCC.Pembangkang ketiga membidas : KLCC turut dibina dan dibangunkan oleh pihak buruh. KLCC itu sendiri bukti yang sangat dan terlalu jelas bla3..

Hmm.. saya ingin memuji pihak pembangkang (kumpulan sendiri) dalam hal ini. Kami mempunyai ide (ejaan idea yang baru, kan?) yang bagus namun, mungkin kami tidak menyampaikannya dengan sebaik mungkin. Kemahiran bercakap dan berhujah kurang, kata Yang Di Pertua. Lalu.. premis kami ditolak ;(

Dan akhir sekali kami berada di barisan kerajaan, saya sebagai Timbalan PM. Hmm.. kurang berminat untuk berkongsi topik ini.. :D Esok final. Kami tidak terlibat. Hanya akan menjadi penonton. =)

**********************************
1- PM : nazmi, TPM : zafirah, MP : afendi
2- KP : nazmi, TKP : saya, PK3 : afendi

3- PM : nazmi, TPM : saya, MP : afendi

Saturday, August 25, 2007

bunga mawar


Terlihat rakan sekelas (hazirah husna) mencari-cari gambar bunga di internet. Dia ada bertanya kepada saya, bagaimana hendak mendapatkan gambar bunga? Lalu saya memberikan cara yang mudah iaitu melalui search engine seperti google, kemudian, setkan pencarian image atau gambar. Seterusnya taipkan perkataan (jenis gambar) yang dikehendaki.

Kemudian, saya pula tertarik kepada apa yang dilakukannya. Wah.. cantiknya gambar bunga!!













Hmm.. saya suka sangat bunga mawar.. tak kisahlah putih atau merah (selalunya mawar putih) atau apa-apa sahaja warnanya, janji namanya adalah bunga mawar, saya sukakannya. =) Er.. takde sape2 nak hadiahkan kepada sayakah? ;)

Friday, August 24, 2007

penggunaan masya-Allah


Sebarkan kepada kawan/sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap. Bayangkan jika anda forward kankepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalaz im" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya..! Wallahulam.. ..!!!

*****************************
curi dari entry macai_suci =)

Wednesday, August 22, 2007

bacalah

Munsyid : Wildan & Moonshade
Album : Mubarak Ramadhan
Penampilan : Abi Hazeeq Mustaqeem, Razin Mestica, Fazli FarEast



Bacalah.. bacalah..
Dengan nama Tuhanmu
Bacalah Al-Quran
Hatimu akan tenang selalu

Bacalah.. bacalah
Kitab suci yang diturunkan
Kepada nabi junjungan mulia
Panduan berguna
Hingga ke akhirnya di sana

Dengan membaca Al-Quran
Nanti kau akan tahu
Segala suruhan Tuhan yang difardukan ke atasmu

Al-Quran jadi panduan
Kepada setiap insan
Al-Quran jadi pedoman
Janganlah kau meraguinya
Kama suci ini

Bacalah Al-Quran dan hayati
Isilah masamu dengan membacanya
Semuanya ada di dalamnya
Kalam Tuhan sirah para nabi

Jangan jadikan Al-Quran sebagai hiasan
Kerana Allah murka dan berdosa pula
Banyak hikmah dang pengajaran
Jadikan teman dikala sendirian

*****************************
P/S : Jangan tinggalkan dari membaca Al-Quran

Monday, August 20, 2007

mubarak ramadhan


Assalamualaikum semua. Hmm.. Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan al-Mubarak yang mulia. Jadi dikesempatan ini saya ingin mempromosikan album Mubarak Ramadhan daripada Nasyeed.Com (belumpun puasa dah dengar lagu raya, hehe..). Sesuai untuk peminat dan bukan peminat nasyid (sebenarnya dah lama berada dipasaran).

Album Amal Sempena Ramadhan Al-Mubarak.

MUBARAK RAMADHAN : Wildan, Amrain.
Penampilan Istimewa : Moonshade, Abi Hazeeq Mustaqeem, Razin (Mestica), Fadzli (Far East), Akbar (Brothers) dan Azihin (Narrator).

Antara lagu yang terkandung di dalam album tersebut adalah :
1- Mubarak Ramadhan
(Wildan, Amrain & Moonshade)
2- Nikmat Ramadhan
(Wildan)
3- Bacalah
(Wildan & Moonshade)
4- Wahyu Pertama
(Far East, Wildan & AlarmMe)
5- Tangisan Rindu
(Wildan)
6- Fitrah Hari Raya
(Wildan, Amrain, Ideal, Alif Ila Ya, Amal & Salleh (Brothers))
7- Indah di Hari Raya
(Wildan & Moonshade )

Antara lagu yang memang saya sudah agak familiar dan menggemarinya adalah ‘Wahyu Pertama’ (Far East) dan ‘Tangisan Rindu’ (Wildan). Manakala lagu yang baru saya dengar semuanya best sangat, pasal puasa dan raya ; ) Yang paling saya suka adalah ‘Nikmat Ramadhan’, mendayu-dayu sangat lagu tu. Lagu ‘Bacalah’ pula mengisahkan tentang Al-Quran, bacalah Al-Quran…

Haa.. tidak ketinggalan lagu ‘Mubarak Ramadhan’ yang merupakan lagu utama yang dijadikan tajuk album (disertakan Minus One Mubarak Ramadhan), juga best. Ada 3 bahasa di dalam lagu itu, Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.. Harga bagi setiap satu album (CD) hanyalah RM19.90. Dapatkan yang ORIGINAL.

Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi saya sendiri (Nur Fatimah a.k.a puteri : 012-564 6274) atau pihak Syumul Edutaiment (Bro Shidie : 017-614 1629) dan pihak Nasyeed.Com. Sokong dan selamatkan industri nasyid Malaysia. Bantulah mereka.

********************************

peminat, penyokong dan sahabat nasyid….. ;)

Sunday, August 19, 2007

blind date


Erm.. masuk kali ni, 3 kali sudah saya ‘bersuai kenal’ dengan blind date. Hmm.. sebenarnya saya tak tahu pun ape bende tu.. tapi kawan saya yang cakap dan memperkenalkan istilah itu kepada saya.

Kali pertama, tahun 2006. Kali kedua, kawan sms. Bulan 7, 2007. Kebetulan masa tu dekat bangi. Hurm.. Kawan serumah saya agak teruja bila dia tahu, “wah, blind date?!” Masa ni baru tahu istilah tu (dalam hati.. kalau macam tu, ni kali kedua la..tapi diorang tak tahu).. Kali ketiga adalah hr ni, s.. tu pun sebab ada urusan. Hmm..(urusan) ni agak menarik.

Hm.. semua blind2 date tersebut tidak memberi kesan seperti yang pertama. Hmm.. well.. itulah kenangan.. best sangat. Kekadang rasa kelakar, lucu pula bila teringat situasi tersebut. Malu2, segan2. haha (dalam tenet, sms bkn main lagi).. Jumpa abg senior USIM pun macam tu.. Hmm.. jumpa sebab dia pengarah program dan saya setiausahanya. Aneh, satu jawatankuasa tapi tak kenal pun masa dilantik. Lagi sorang pengarah Kelab Penyayang, sebab dia ajak join program under kelab dia.

Hmm.. semua sama, (tak buat saya tak hilang lapar pun..). Huhu. Kecuali yang itu. Hmm.. dia. Sebenarnya dah 3 kali jumpa. Pertama, tuuutt..(kredit anda tidak mencukupi). Kedua, ada show nasyid dekat UKM. Ketiga, ada show dekat USIM sendiri. Gabra, gelabah, gembira. Masa hari tu sebelum nampak dia, saya baru je beli something untuk makan. Lepas terserempak tu… Haih. Mana la pegi nafsu yang ada tadi. Isk3.

Lepas tu, hari ni baru la jumpa dengan orang, yang mana urusan kami ada kaitan dengan nasyid. Ah, sebetulnya s mengenali mr dan bercakap sedikit sebanyak tentang mr. Tapi dia tak tahu apa2 (tentang saya VS mr). Tapi sebab dia tak tahu jugaklah dia buat saya tiba2 rindukan mr. Ah.. kenapa ni? Hmm.. tamatla riwayat. Balik rumah lepas tu..
+ lapar la..
- tak kenyang lagi tadi?
+ haha

Hmm.. ‘dia’ memang lah suatu kelainan. Bilakah akan berlalu semua ini? Rindu ini..

Saturday, August 18, 2007

mengarang esei


Hmm.. Baru-baru ini terbaca iklan tentang pertandingan mengarang esei bahasa Inggeris anjuran senior Sains BioTeknologi. Hmm.. agak menarik dan berminat untuk menyertainya. Perkataan, sekurang2nya 1000-1500.. Sekarang baru berjaya membina lebih kurang 400patah perkataan. Ada lagi lebih kurang 600 hingga 1100 lagi.. Oh? Tarikh tutup lak 19-09-08..insya-Allah.

Antara tajuk2 yang saya ingat adalah :
1- write a story that end with “…after that day, I had never seen him anymore”
2- Happiness
3- Siti Nur Haliza

Hmm.. sape nak join, sila2.. Tapi err.. kene jadi student USIM la. Hmm.. takpun.. bagi karya kepada saya.. =) Jom3..

Thursday, August 16, 2007

tentang masa


hari dan masa
terus berlalu
tanpa henti
ku kejar masa yang berlari
jauh ia meninggalkanku
ku seru ia agar kembali
ia tidak mempedulikanku
ku menanti
namun telah pasti
ia takkan sesekali
kembali lagi.......

hmm.. sekalung penghargaan buat teman2 yang sudi memberi sokongan untuk entry cerita saya sebelum ini.. Diya, miss ida (ble ke msukkn dlm snarai 'teman'? ;)) dan abg SF yang berkongsi 'permainan' yang best di zaman kanak2 dulu.. =)

Jugak buat amirah (teman baik dari SRI Abim dan kini sama2 di USIM), terima kasih kerana.... Banyak memahami dan banyak berkongsi rasa hati ini.

- kenapa awak tulis macam tu (cerita saya)?
+ kenapa?
- sedih tau tak?
+ hmm...

Berbalik tentang posting. Masa. Apa perkaitan masa dengan entry pada kali ini? Benar, masa bisa merubah segalanya. Masa juga perawat yang terbaik. Tapi, kadangkala.. sebaliknya yang berlaku. Tanpa sedar, kebanyakan masa merubah diri kita sebaliknya! Bukankah masa memerlukan kita menjadi penanti yang setia, dan penantian itu sesuatu yang amat menyeksakan!

Mungkin bukan untuk semua. Tapi, entahlah. Apa yang bermain difikiran saya sekarang.. Saya rasa menyesal kerana membiarkan 'memori' itu berkamus dalam kehidupan saya. Ya.. 'masa' itu telah merubah persepsi saya.

Ah lupakan. Saya harus melupakan! Saya tidak boleh menghukum semua orang dengan hukuman yang sama hanya kerana dia yang pernah melakukannya.

Masa adalah penawar.

Tuesday, August 14, 2007

bahagia itu

bahagia itu
bukan milikku
bukan untukku
apa lagi tertulis buatku
namun
jika dia
hanya itu
yang bisa
membuatkan aku tersenyum
aku tertawa
aku gembira
memberi makna dalam hidup ini
izinkanlah aku
menikmati dan mengecapi
bahagia itu

Monday, August 06, 2007

cerita saya

Kisah ini berlaku semasa saya kecil-kecil dahulu, barangkali ketika berusia 4,5 atau 6 tahun. Dulu, saya tinggal bersama nenek dan arwah datuk di kampung. Saya mempunyai seorang bapa saudara yang tinggal di taman (dalam daerah yang sama) yang tidak terlalu dekat dan juga tidak terlalu jauh dari rumah nenek saya. Jadi setiap hujung minggu atau cuti, sepupu-sepupu pasti akan datang ke rumah nenek. Kami akan bermain-main dengan gembiranya.

Sepupu saya yang paling rapat adalah fadli, saya memanggilnya ‘dik li’. Walaupun usia kami sebaya dan dia sebenarnya lebih tua (dua bulan) dari saya, saya memanggilnya ‘dik’ dan dia hanya memanggil saya dengan nama timangan saya. Ini kerana ayah kepada dik li merupakan adik kepada ibu saya. Adik-adik fadli semuanya lelaki. Dia hanya mempunyai seorang kakak. Memandangkan saya agak rapat dengan fadli dan adik-adiknya, perangai saya juga seakan mereka. Agak kelelakian. Hehe..

Kalau budak-budak perempuan dekat kampung pakai kain, baju kurung, saya pula lebih selesa memakai t-shirt dan seluar panjang. Tapi yang baiknya walaupun agak kasar, saya tetap memakai tudung (untuk ke sekolah dan mengaji al-Quran).. =) Kalau waktu raya, budak-budak perempuan beraya dengan kawan-kawan perempuan, saya pula beraya dengan sepupu-sepupu lelaki saya. Bestnya sebab orang tak berani kacau (sebab ada lelaki yang menjaga saya).. (“,) Kadang-kadang saya rasa saya lebih kasar dari dik li. Saya selalu letakkan tangan saya atas bahu dia (agak ganas, kan? hehe).

Kawan-kawan perempuan saya suka main anak patung, beruang, masak-masak. Saya main jugak. Tapi selalunya saya main ‘power rangers’ dengan sepupu saya. Kadang-kadang ‘ultraman’. Entahla siapa yang jadi raksaksa, saya sudah tidak dapat mengingatinya lagi. Paling diingati, kami selalu berlawan memanjat dan berpusing di tiang (pegang tiang dengan sebelah tangan dan berpusing disekitarnya) dalam rumah nenek, ataupun memanjat pokok-pokok rambutan yang ada di halaman rumah. Kami pernah tidur bersama, mandi dan lain-lain lagi. Rasa kelakar pula bila teringat. Ah.. rindu pula pada zaman itu. Bahagianya..

Pada petang itu, kami bermain-main di dalam rumah seperti biasa. Berlari-lari. Pusing-pusing disekitar tiang yang selalu menjadi alat permainan kami. Masing-masing menunggu giliran. Kemudian, tibalah giliran saya. Saya pun mengambil ruang untuk memegang tiang dan berpusing. Entah bagaimana, tiba-tiba..saya tersasar. Saya terlanggar tiang itu. Bukan terhantuk di kepala, tapi di mulut. Saya rasa agak sakit. Tapi saya tak adalah menangis. Tapi bila darah keluar, barulah saya menjadi takut (bukan takut darah, takut darah abis keluar, agaknyala..).

Apa yang saya ingat selepas itu (saya ada mengadu pada sesiapakah? Tak ingat..), saya masuk bilik datuk sambil memegang segenggam kapas, saya pekupkan pada bibir saya. Banyaknya darah. Saya menangis sambil tidur. Lepas tu, memang saya langsung tak dapat ingat apa-apa lagi. Yang saya tahu selepas itu, saya menerima beberapa jahitan, lalu kini, kesan jahitan itu ada. Kekal.

Kenapa saya ceritakan? Saya ingin orang tahu. Saya ingin kalian tahu. Saya ingin kawan-kawan tahu kenapa saya begini. Saya tahu, ada yang menganggap saya s*****g. Saya sedih bila orang anggap macam tu. Ada kawan yang pernah bertanya. Tak apa, saya tak kisah. Saya akan ceritakan. Tapi.. saya sedih bila ada yang memandang hina terhadap saya. Memanjang jelik. Rendah. Bukan saya tidak redha dengan ketentuan ini. Bukan saya menolak takdir ini. Bukan juga saya tidak mensyukuri nikmat, sekurang-sekurangnya saya masih mampu bercakap dengan baik. Saya mempunyai kawan-kawan, guru-guru dan saudara yang sayangkan saya. Bukan juga saya menghina kejadian Tuhan. Cuma.. saya terkilan dengan pandangan manusia yang sebegitu.

Bukan juga saya berfikiran negatif atau berprasangka buruk. Tapi ini adalah hakikat. Suatu hari semasa saya berada di rumah mak su (ibu kawan baik saya, faradila), ada tetamu di rumahnya. Dia memandang-mandang saya. Saya berperasaan aneh. Saya tak endahkan. Saya menghadiahkan senyuman buat mak cik itu. Lalu saya terdengar (tentu sekali mendengar kerana saya berada disebelah mak su) mak cik itu bertanya kepada mak su “dia ada lelangit dak?”. Mak su tak tahu, dia memandang saya. Kak fidah (kakak kepada faradila) pun. “che (panggilan mesra di negeri kedah) ada lelangit dak?”, Tanya maksu. Kemudian kak fidah mencelah,“dia walaupun macam ni, ngaji pandai, masuk U dah ni..” Ucap kak fidah sambil menepuk-nepuk paha saya. Saya sedih bercampur terharu. Lalu saya menjawab (soalan mak su), “lelangit? Ada..” kemudian menyambung kembali “dulu eksiden (jawapan mudah dari saya)”. “oo.. ya ka..?”. Saya kuatkan hati, ‘tak apa, dia tak tahu’, ‘dia hanya bertanya’.

Saya suka ramai kawan. Saya berbangga memiliki ramai kawan. Ada kawan yang mencemburui saya kerana memiliki ramai kawan dari mereka. Kawan sepermainan, sekolah, sekelas, sekampung, senegeri, senegara, luar negara dan termasuklah rakan siber dari YM, MIRC (dulu-dulu join, sekarang dah berhenti), sms, forum dan lain-lain (ramai kan kawan saya?). Ada yang meminta gambar. Ada yang saya beri, ada yang tak. Saya memang jarang bergambar dahulu. Kalau ada pun gambar terkini (pada masa itu) yang diambil semasa di tingkatan 2 dan 3. Ada juga yang ingin berjumpa. Saya menolak.

Kenapa saya menolak? Sebab saya takut saya akan kehilangan kawan-kawan saya tersebut. Kenapa saya takut? Perasaan saya sahaja? Semuanya saya tolak, ‘saya belum bersedia’, ‘jauh’, ‘susah nak keluar’, bla la bla… sehinggalah tahun lepas ada seseorang yang betul-betul membuatkan saya tertarik, mr. Dialah ajnabi pertama saya ceritakan secara detail tentang saya, rupa paras, tinggi rendah (dia juga bertanya tentang berat, malu untuk beritahu, tapi saya cakap jugak). Dia ajak jumpa, saya tak nak (walaupun dalam hati ada keinginan). Saya cakap

+ saya takut.
- apa yang awak takutkan? Saya bukan makan orang
+ memangla. Tapi saya takut
- takut saya tak terima awak?
+ hmm..

Setelah bercakap sedikit sebanyak, dia seperti menerima ‘saya’. Saya bersetuju untuk berjumpa dengannya. Saya pergi dengan seorang kawan. Dia seorang. Sebenarnya saya memang takut untuk itu. Takut sebab dia rakan siber pertama yang saya akan temui. Lelaki pula. Dan terlebih takut, saya akan kehilangan dia. Bukan setakat perasaan, tapi hubungan sebagai kawan. Mungkin kerana instinct saya kuat , ianya menjadi kenyataan.

Selepas berjumpa dengannya, dia senyap sahaja. Diam. Sunyi. Sepi. Saya mengagak apa yang berlaku. Tapi saya tak sanggup berfikir jika anggapan saya itu benar. Saya hubungi dia. Dia layan, cakap dengan baik. Macam biasa. Tapi saya sedar perubahan dia. Dia tidak lagi menghubungi saya seperti dahulu. Saya tertipu. Tertipu dengan perasaan sendiri. Dan akhirnya saya tahu.. betul. Sangkaan saya tepat.

Bagaimana saya tahu? Saya bertanya sendiri. Beraninya saya? Ya. Saya berani. Dengan sokongan seorang teman lagi, yang juga rakan siber, lelaki. Abg taufiek. Katanya, saya perlu berani untuk bertanya dan berani untuk terima apa sahaja jawapan yang bakal dia (mr) berikan. Lalu, saya peroleh kebaranian di situ. Dan.. saya menangis selepas itu. Ahh.. apa lagi yang mampu saya lakukan. Selain ketawa dalam menangis. Ketawa kerana saya sudah mengagak itu jawapannya. Itu jawapan dia. Itu puncanya.

Itu cerita lama. Saya tak marahkan dia. Saya juga tidak mendendami dia. Saya tak salahkan dia. Itu hak dia. Dia berhak memilih, membuat pilihan. Tapi saya berkecil hati kerana dia pernah memberi saya harapan.. untuk dikecewakan. Sedih. Memang sedih. Sedih yang amat. Tapi itulah hakikat yang perlu saya terima. Terpaksa. Saya tahu saya bukan sesiapa, tapi saya juga punyai hati dan perasaan. Apapun itulah kenangan yang menjadi milik saya. Dan sekarang, saya masih menjadi kawan dia.

Sekarang saya sudah berubah. Saya suka bergambar. Saya suka meletakkan gambar saya. Biar semua kenali saya bagaimana. Rupa saya. Ciri-ciri saya. Tak perlu membuat sebarang andaian lagi saya ini bagaimana. Saya senang begitu. Saya tak menipu sesiapa (walaupun saya tak pernah mengkhabarkan diri saya dengan baik). Kalau tak suka (kerana ciri-ciri, kelemahan dan kekurangan saya), tidak mengapa. Anda boleh meninggalkan saya.

Saturday, August 04, 2007

bermukim di hati


Dunia.. terlalu kejam
Mengapa menghukumku?
Mengapa terus menerus menyeksaku?
Mengapa manusia suka menyakitiku?
**“Dan hendaklah engkau berteguh hati (sabar) dan keteguhan hatimu itu hanyalah dengan (pertolongan) Allah.. (An-Nahl : 16 : 126)”

Berbarah.. bermukim di hati
Rasa benci
Terkilan
Luka
Pedih
Kecewa
Siapa yang peduli?
Tiada yang cuba mengerti
Menolak aku ke tepi
Jauh..
**“Allah tidak memikulkan kewajipan (bebanan) kepada seseorang melainkan sekadar kekuatannya (kemampuannya).. (Al-Baqarah : 2 : 286)”

Derita.. terlalu lali aku dengannya
Sedih..aku sudah terbiasa
Mengapa menyisihkan aku?
Aku juga manusia seperti mereka
Punya hati, perasaan
Tercalar.. hatiku serik
Sukar lagi menerbitkan bibit percaya
Semuanya dusta
**“Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan cukupkanlah kesabaranmu, dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beruntung (Ali-Imran : 3 : 200)”

Manusia suka berdusta
Pandangan mata itu yang utama
Pandangan luaran itu segalanya
Tidak punya ruang kasih untukku
Untuk manusia sepertiku
**“..Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu hanyalah orang-orang yang sesat (Al-Hijr : 15 : 56)”

Terlalu pentingkah paras dan rupa
Terlalu hinakah mereka yang tidak mempunyainya?
Mengapa membeza-bezakan?
Mengapa?
**“…Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertaqwa (memelihara diri dari kejahatan).. ( Al-Hujurat : 49 : 13)”

Rasa yang bermukim dihati
Bagaimana ku ingin ia berlalu?
Mampukah aku?
**“Orang-orang beriman dan tidak mencampurkan keimanannya dengan kejahatan, mereka itu beroleh keamanan.. (Al-An’Aam : 6 : 82)”

Wednesday, August 01, 2007

salam persahabatan

Happy Friendship Day!!







Salam Hari Persahabatan.. Entah di mana kebenarannya bahawa friendship's day adalah hari ni, 1 Ogos, tapi tak apalah.. saya tetap ingin juga mengucapkan Selamat Hari Sahabat buat semua teman2.. abg fysal, kak irah, amir, dayah, diya, abg de_kerinchi, kak ein, papa, mama, abg macai_suci, abg zul, risha, yonna, abg SF, dan semua yang mengenali puteri di dunia cyber ini =)